Monday, June 30, 2008

BAHANG SEMAKIN TERASA.....

Minggu Lepas, Jumaat : 27/6/08 saya telah menghadiri Mesyuarat Exco Puteri Malaysia. Turut hadsir ke mesyuarat kami adalah Setiausaha Agung UMNO Msia, iaitu Datuk Seri Tgku Adnan MAnsor... Penjelasan dan penerangan telah diberikan oleh beliau. Antara yang disentuh adalah mengenai status keahlian Puteri, Persidangan Cwgn2, Tataetika yang baru serta pemilihan yang akan datang..
Banyak juga yang telah beliau kongsikan bersama kami. Esp.pengalaman beliau yang lama di dalam UMNO. Yang baik kita jadikan teladan..... kan?

Tahniah juga ingin saya ucapkan kepada YB Rosnah Shirlin yang telah mengumumkan akan menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Msia. Begitu juga dengan YB Dato Shahaniza Shamsuddin pun turut sama menawarkan diri sbg. calon KPUM. Yang lain2....mungkin belum sampai masanya utk umumkan... atau mungkin masih lagi sedang mempertimbangkan untuk menawarkan diri sebagai salah seorang calon KPUM. Dengar2 dalam 5 orang.. Tapi apapun... yang penting, bak kata Tgku Adnan... wpun masing2 bertanding, masih lagi boleh tidur sebantal dan sebilik.Turut sama menawarkan diri bagi jawatan tinggi pada hari tersebut adalah Nordiana Shafie, ketua Puteri Terengganu sebagai Naib KPUM.

Harapan saya kepada semua teman2.... kita dah lama melalui suka duka susah senang bersama.... masing-masing ada cara dan pendapat sendiri kenapa mereka ingin menawarkan diri bagi sesuatu Jawatan... Elakkan dari memburuk-burukkan orang lain...
Tetapi beritahulah kepada Orang Lain apakah kehebatan dan sumbangan yang boleh kita bawakan sekiranya kita dipilih.... Itu yang sewajarnya...

Tengahari tadi saya menerima panggilan dari suami saya yang mengatakan ada orang yang ingin bercakap dengan saya sewaktu beliau di restoran....
hmm..... ketua cwangan tut...MR.M rupanya.nampaknya beliau ingin menawarkan diri sebagai salah seorang calon yang ingin bertanding sebagai AJK UMNO bhgn ...Eloklah tuh.. saya rasa tak salah malah sesuatu yang sihat apabila ada orang yang ingin bertanding menyatakan hasratnya...(saya pun akan alami perkara tu..ahaksss.)
tapi saya mohon maaf kepada Mr.M kerana telah meng"interview" beliau.. bukan untuk menidakkan kebolehan beliau.... saya dah nampak beliau boleh bekerja.. n yet he delivered..saya tanya kepada beliau kenapa nak bertanding jwtan trsbt....dan sekiranya beliau menang sebagai AJK UMNO Bhgn,..dan diberikan peluang untuk memegang sebagai pengerusi Biro, maka apakah Biro yang beliau hendakkan?(pheh..Ketua Bhgn pun tak tanya gitu..sori Bos!)dijawab beliau, Biro Kebajikan.kerana....bla...bla...bla...(jwpan adalah rahsia..)Oklah tu...ada misi dan Visi bagaimana nak membantu masyarakat Melayu islam di Masjid Tanah... saya doakan beliau berjaya nanti... at the end of the conversation..sempat juga beliau kata kepada saya:
"oh emy... sampai hati kau nak interview abang ek....."... bukan macam tu maksud saya, tapi at least saya tahu apakah rasionalnya beliau ingin bertanding..
bukan untuk menidakkan keupayaan beliau... kerana saya tahu beliau boleh bekerjalah saya menyoal sedemikian rupa...

Makin hangat..makin panas.... sama-samalah kita buat yang terbaik.... jangan lupa..ini masih lagi waktu yang sukar utk UMNO memulihkan kembali kepercayaan sahabat-sahabat, keluarga dan orang ramai yang semakin pudar kepercayaan mereka bahawa UMNO lah yang mampu memperjuangkan nasib orang Melayu Malaysia...

Monday, June 23, 2008

LAPTOP BUAT HAL Daa.....

Assalamualaikum...
Skarang ni saya tengah menaip kat sebuagh cyber cafe di Melaka. Sementara nak menunggu laptop saya dibetulkan oleh technician. Lama dah x dapat nak tulis dalam blog ni.... 3 hari kira lamalah tu.... ntah apa saya godam dia punya setting terus x boleh nak connect...
Jam 12tghri kejap lagi ni, nak bertolak ke LCCT. Saya akan ke Tawau, Sabah jam 3pm ni. Ada urusan kerja.Di bawah Yayasan Melaka... nak tengok Ladang Kelapa Sawit di sana. Esok YAB Ketua Menteri Melaka akan turun ke sana. Jadi saya akan postkan gambar ke dalam blog ni....asap. Itu yang nak kena betulkan juga laptop hari ni...jadi bolehlah saya buat kerja di sana juga...
Oklah.... tak boleh tulis lala-lama..c u guys later... wsalam

Friday, June 20, 2008

TUHAN KU - BY UNGU

"Oh Tuhanku,
Yang selalu kuserukan dalam doa
Selamanya... seumur hidupku

Kau Nafasku,
Yang Selalu kuhirup di setiap waktu
Hanya Padamu, ku pasrahkan hidupku

Di bawah langit Biru
Ku serukan namamu
Kerana kutahu...
Engkaulah Tuhanku

Di atas rumput hijau
Ku bersujud padamu..
keranaku tahu
akulah hambamu.... Ya Allah..."

This is my fav song.. (buat masa ni laa..)
Helmy belikan cd ni 2 mingu lepas but 2,3 hari ni lah
yang baru saya dengar betul2 lirik n melodi dia..
chantek....(the music/melody ler!)
you guys should listen to this song too...
u wont regret....
saya kini dlm perjalanan ke k.l. Ada tugasan yg perlu dibuat segera hr ni. Dalam kereta sempatlah saya berbual2 dgn kwn saya.dia juga biasa dgn politik tanahair. Katanya kalau kita surf blog pembangkang, di bhgn program yg disusunnya pasti ada shj prog ceramah yg telah disusun. Mereka memang konsisten. Sebelum, semasa dan selepas pilihanraya. Inilah yg mrk lakukan. Saya kira kta patut mengikut cara mrk ini. Bila kerap majlis ceramah atau majlis penerangan dibuat,maka rakyat akan lebih tau apakah kerajaan BN telah lakukan.telah perjuangkan utk mereka. Kita panggillah speaker yg hebat.dpt menarik minat mereka utk mendgr. Cuma 1, saya syorkan x perlulah kita sbg penganjur pun nak berucap panjang. Cukuplah sekadar pgrsi majlis alukan kedatangan dan seterusnya menyerahkan majlis kpd penceramah. Ini tidak, buat maj.penerangan/ ceramah. Sebelum tu 2,3 org berucap dulu. Penganjur lain, tuan tanah lain, YB Lain. Bila sampai turn penceramah nak berucap, orang dah penat,malas nak dengar. Silap haribulan tinggal separuh dwn.. Macamana maklumat nak sampai...? Memanglah kata orang, orang politik ni suka bercakap. Tp Apa kata kita cuba dulu... Tengok berapa byk masa yg dpt jimat..dan berapa byk ilmu yg dpt ditimba.

Wednesday, June 18, 2008

MONDAY BLUES - PUTERI MASJID TANAH: LAWAN BOWLING 16/6/08


MAJLIS JALINAN KASIH PERGERAKAN PU3 BHGN TANGGA BATU





Perasmian: YB Datuk Yaakub Md Amin,

Ketua Umno Bhgn Tangga Batu.

Tetamu Kehormat: YB Rosnah Shirlin,

Naib Ketua Pu3 UMNO Msia.
Acara:


1) Meraikan sambutan HAri Bapa.

2) Meraikan AJK Pu3 UMNO yang telah habis term.

3) Pertunjukan Nescafe TArik.

4) Persembahan Nyanyian.


Tahniah kepada Pu3 Bhgn Tangga Batu atas penganjuran Program yang baik seumpama ini. Kita kadang-kadang terlupa utk menghargai mereka yang telah berjasa dalam Perjuangan Puteri... Jadi, bila meraka ini diraikan, walaupun dalam satu majlis yang kecil ianya tetap memberi seribu makna..

Tuesday, June 17, 2008

UMNO SELAYANG TUBUHKAN BRIGED PENERANGAN.








Tarikh: 14.6.08 (SABTU)
Tempat: Kompleks Al Falak, Al khwarizmi.

Ramai jugak Puteri yang hadir ke Majlis Pelancaran Briged Penerangan Bahagian Selayang. Turut Hadir Kak Fairus Waheeda kpu3 Selayang, Mija Tahir exco Puteri Msia, Jaja Ket.Penerangan Puteri Selayang. Ketua Wanita Kak Ayu pun hadir juga bersama ajk Wanita Bahagian. Turut diadakan tayangan Video mengenai pihak Pembangkang. T.k to Dib and Yati yang meneman...ke sana tapi kena duduk di luar sebab tak cukup kerusi dalam auditorium...

Monday, June 16, 2008

KONVENSYEN PEGUAM SYARIE KALI PERTAMA DI PICC PUTRAJAYA, 14/06/08.



Apabila mendapat jemputan ke Konvensyen ni saya terus menghubungi sekretariat untuk mendaftarkan diri sebagai peserta. Saya ke konvensyen bersama Emilia, kami tidur di Putrajaya bagi mengelakkan kelewatan menghadiri ke konvensyen keesokan harinya...


Komen?hmmm... ianya adalah kali Pertama dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Nampaknya ia telah memberikan satu petanda yang baik buat institusi kehakiman syariah Malaysia. Apatah lagi apabila Perasmi Konvensyen iaitu YB Dato Dr.Zahid Hamidi telah menjanjikan akan membuat satu perubahan demi penambahbaikan sistem perundangan Syariah di Malaysia dengan Syarat ianya disokong oleh semua.... Bila sesi soal jawab, bermula dengan soalan yang biasa2 kepada soalan yang berbisa-bisa...yelah,NAmpaknya Peguam Syarie makin lantang dan berani bersuara.. Inilah baru seia dan sekata.... Bila sepakat membawa kebaikan kepada profession Guaman itu sendiri.Tahniah kepada Penganjur......

Friday, June 13, 2008

PUTERI MASJID TANAH MENGORAK LANGKAH...



(Ni gambar ajk puteri MT masa makan malam ni Terapung sebelum Pilihanraya hari tu..)

Semalam selepas je pulang dari Taklimat Tataetika saya terus pulang ke Masjid Tanah. Sempat saya singgah ke Poliklinik Rakyat, jumpa doktor ambik ubat . Keadaan tekak saya yang perit dari kelmarin..Keluar dari Klinik jam 8.30pm, kemudian saya terus ke tempat yang saya telah janjikan utk saya berjumpa dengan kesemua G5 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian saya. Semua hadir. tq beb..Marina Rasol (Naib KPU3 BHgn.), Hasnatul Adibah Hassan (S/U), Norini KAtan (Ket.Pen) dan KAmisah Sakidin (Bendahari).Banyak perkara yang dah kami bincangkan..ANtaranya:-

1)Bermain bowling antara ajk pu3 bahagian, mesyuarat Pu3 Bahagian di Menara TAming Sari pada : Tarikh: Isnin (16.6.08),

Jam 3pm- 10pm.

2. Bengkel Penulisan Blog serta majlis Perjumpaan YB Dtk Wira Abu Seman Bersama Ketua Puteri, NAib dan S/U Puteri Cawangan-Cwgn dalam Bhgn Masjid Tanah.Ini semua sebab nak mendedahkan kepada semua puteri tentang apa itu Blog.. Takkan Kpu3 sorang je yang tau blog kan.. kenalahkongsi ilmu dengan puteri-puteri semua...

TArikh: Ahad (22.6.08)

JAm: 8.30am


3. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi pelajar-pelajar Parlimen MAsjid Tanah.


TArikh: Julai, 2008.

Tempat: Kompleks Al-Falak Khawarizmi, Tg Bidara. Melaka

Sasaran:100 pelajar tahun 6.


4. Persiapan Menghadapi Mesyuarat Puteri-Puteri CAwangan. Di samping membantu menyiapkan senarai nama yang boleh bermesyuarat pada tahun ini, Puteri Bhgn juga akan membantu mereka dalam mengendalikan mesyuarat tersebut. To all my gals... haaa semua dah bolehlah war-war kan kepada puteri-puteri kita yang mensyuarat cwgn akan tiba tak lama lagi. Banyak agenda Parti yang perlu dibincangkan....Bolehlah block tarikh untuk kwn2 puteri kita yang bertugas di luar Melaka... Balik kampung..jumpa mak ayah, jumpa kengkawan yang pernah kita main teng-teng bersama... lepas tuh bolehlah ke Mesyuarat ....

selamat berjuang!!!


Tuesday, June 10, 2008

TETUAN ERMIEY NIZAM & HO


This is my signage yang baru dekat my legal firm....kira oklah tuh, my partner yang pilih....
walaupun dah tak aktif lagi beramal sebagai Pengamal Undang-undang, tapi saya ada juga jenguk mereka di sana sekali sekala..
Saya ada 3 org rakan kongsi. kesemuanya lelaki. Dua darinya adalah sahabat saya sewaktu di UKM dahulu. Sdra. Mohd Khairul Nizam a.k.a "brut" and Sdra.Sharizal Kusin a.k.a "kidin"...haa..diorang nilah rakan sekelas.Kami membesar bersama selama 6 tahun... hahah...Kidin jaga branch kami di Johor. Desmod Ho Chee Cheong a.k.a "des", pulak rakan kongsi saya di Melaka dan sangat arif berkenaan hal-hal litigasi dan mahkamah... Nizam pulak banyak jaga hal "conveyancing" dan "corporate matter" mereka berdualah yang buat...
Saya ingat nak cadangkan pada sahabat saya ni agar kita masuk juga sebagai Peguam Pembela Negeri Melaka. Sekarang ni baru ada 7 Firma guaman yang membantu BArisan Nasional Negeri Melaka. Firma "ENHO"@ "Ermiey Nizam & Ho" belum lagi dalam senarai.. apa salahnya dapat meberikan perkhidmatan kepada mereka yang benar2 memerlukan tetapi tidak berkemampuan... saya rasa sahabat saya pun tidak akan menolak perkara yang baik ni..... "Bila lagi kalau bukan sekarang... Siapa lagi kalau bukan kita!"

BLOG KETUA MENTERI MELAKA DIKLON?

Dear friends, saja nak berkongsi berita. Ni adalah gambar yang keluar di SINAR HARIAN pada 6/6/08 .Gambar ni sewaktu saya bersama Pegawai Unit IT Perhubungan sdra.Faisal Yunos dan PPSM Sdra Fadhil di balai polis Melaka Tengah pada 4/6/08. Faisal selaku Peg.IT telah membuat laporan polis berkenaan blog YAB Ket.Menteri Melaka yang telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memberi komen di dalam blog Tun Dr.Mahathir. iaitu di www.chedet.com . Laporan kedua pula telah dibuat pada 5/6/08 di balai Polis yang sama kerana terdapat satu komen lagi yang dibuat oleh orang yang sama.. Kita memandang serius tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya bila ada aduan dibuat.Pihak Polis melalui Jenayah Komersilnya dan juga pihak Suruhanjaya Komunikasi akan menyiasat perkara ini. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan blog dengan nama orang lain..... Tak baik dan tak berani namanya tu.....

Saturday, June 7, 2008

TAHNIAH PUTERI KOTA MELAKA....







Pagi tadi saya ke PDK Sri Permata dulu, hantarkan makanan dan minuman bagi program gotong royong bersihkan PDK. Sampai2 di sana saya tengok S/U PDK saya dah pun tiba bersama suami.. memang mereka ni pasangan yang istimewalah..yang jugak telah lama bersusah payah dalam idea penubuhan PDK Sri Permata ni.... Maaflah sebab Saya tak dapat nak tunggu lama sebabnak ke KTIAM pulak.Nak mengiringi YB Nolee Ashilin exo Pu3 mSIa merangkap Peng.Biro Pendidikan Pu3 Msia yang akan dtg merasmikan Prog. Gerak Gempur Teknik Menjawab Soalan UPSR. Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Melaka.
YB Nolee tiba bersama dengan 2 shbat exco saya yang lain :-IDAmoerni zakaria dan juga NOrhamizah TAhir...Wah hebat...bila kali pertama masuk ke dalam auditorium... saya tengok..sayup penuh dengan anak2 kecil.... yang kusyuk mendengar ceramah Motivasi yang disampaikan ole Dr Abdol Aziz, seorang perunding Motivasi dari AKEDEMI MINDA BSITARI(kalau sesiapa nak panggil dr ni..sila call 019-3706422).. Dr ni memang hebat..nampaknya adik2 tadi semua sukakan cara penyampaian yang agak berkesan....
Ketua Puteri saya Yaty yang jugak merupakan Ket.Penerangan Puteri Negeri Melaka bagitau dalam ucapan beliau yang kos utk melaksanakan prog ni mencecah ke 20ribu..Pheh..1 angka yang agak besar.. tapi dalam hati saya berkata..buat 20k itu satu pelaburan dan satu komitmen yang tidak ternilai dek mata kasar kerana saya yakin ianya akan terbalas melalui Keputusan UPSR 2008 ini nanti.
YB Nolee pulak dalam ucapan beliau memberi semangat kpda adik2 supaya belajar dengan bersungguh2.. dan tidak lupa juga hormat epada ibubapa dan guru.. Beliau juga menyuntik semangat adik2 dengan memaklumkan pada mereka yang beliau salah seorang belaks pelajar luar negara yang menuntut di Manchester iaitu tempat kelab bolasepak yang ternama dunia..iaitu MAnchester United.. Waaaa.......dengar adik2 tadi berbisik sesama sendiri....
Nampaknya prog Yaty kali ke-4 ni makin lama makin mendatangkan kejayaan...dari 170org pelajar tahun lepas yang mendaftar.. tahun ni 304 pelajar.. 1angka yang begitu memberangsangkan... semoga usaha Pergerakan Puteri UMNO Kota MElaka ini akan mendapat kejayaan... insyaallah.....
Harapan saya juga agar sahabat saya pengerusi Biro Pendidikan Puteri MAsjid TAnah(Suaida Shahardin) akan turut sama melaksanakan program baik seumpama ini... sekurang-kurangnya kita akan membuat 1 perubahan kepada anak bangsa di tempat kita kan....? insyaallah amin.....

Thursday, June 5, 2008

MESYUARAT GERAKWANIS 4B NEGERI


HAri ni jam 5.30pm , saya akan buat mesyuarat Gerakwanis 4B Negeri Melaka. Bertempat di Pejabat GerakaN Belia 4 B Negeri Melaka. Saya panggil semua pengerusi Gerakwanis Kwsn. Ini kali pertama saya akan chair meeting as Pengerusi Gerakwanis Negeri yang baru dilantik bagi sesi ini. Nasib baik Norsuriah (S/U 4B Negeri) yang banyak membantu dan ajar mana yang patut.. tq beb...! Memandangkan saya baru mengambil alih tugasan dari pengerusi yang dahulu, kak hamidah. Saya kira banyak perkara yang perlu diambil berat dan diubahsuai ikut keadaaan semasa. Apapun perkara pertama yang akan saya buat adalah :-
1)sesi suai kenal antara ajk negeri termasuk kawasan..,
2)then sesi brainstorming..
3)Lepas tu buat kursus Team Building
Ini perlu sebab kita nak tau apa yang grass root nakkan dari sebuah platform yg berwadahkan perjuangan belia.. Then barulah kita buat prog2...
hmmmm ada apa idea lain lagi?...........

Wednesday, June 4, 2008

PUTERI PERAK MAHU MULAKAN DENGAN FACEBOOK DAN BLOG.

TAHNIAH SAYA UCSAPKAN KPD KPU3 PERAK DAN Seluruh ahli pergerakan Puterinya...di atas usaha mereka yang mahu mendekati golongan muda dengan Facebook dan blog.Sesungguhnya ini adalah satu permulaan yang baik. Saya sendiri telah mulakan menulis blog bersama2shbt2 yang lain sejak berakhirnya PRU ke -12 yamg lepas.Ada lebih kurang 25 blog yang telah kami kendalikan.... Sebenarnya, saya faham benar.Bukanlah mudah nak mula menulis dalam blog..Bila nak mulakan memang payah, tetapi percayalah bila anda dah mula menulis, anda akan mula menyukainya. Puteri UMNO Bahagian saya, Bahagian Masjid TAnah juga telah bercadang untuk mengadakan bengkel penulisan menulis BLOG . Kami telah diberi kepercayaan oleh DAtuk Wira Ketua Bahagian untuk mengendalikan kelas tersebut di tingkat 3 bangunan UMNO MAsjid TANah. Kelasnya pun sedang diubahsuai. Komputer yang digunakan sewaktu pilhanraya sebanyak 30 unit telah pun diserahkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian untuk kegunaan sewaktu kelas itu nanti. Walaupun ramai yang “berkenan...”dengan Komputer tersebut.Biasalah..barang canggih dan baru pulak tu.. Tetapi amanah tetap amanah... kenalah buat sebagai mana yang telah diamanahkan oleh ketua UMNO Bahagian...... Saya pun belum lagi menyemak di kalangan ajk Puteri UMNO Bahagian-Bahagian, berapa ramai yang dahpun mulakan usaha yang positif ini.... tapi kalau saya kira, saya pasti hasilnya agak positif... almaklumlah..sekarang ni blog dan apa juga bentuk komunikasi di internet merupakan trend anak muda masa kini.. bukan hanya generasi di starbucks sahaja.. saya pun anak kampung.... yang hanya dapat akses internet mengggunakan wifi sewaktu berada di bangunan seri negeri dan menggunakan celcom broadband...RM68 sebulan yang saya bawa modemnya kemana sahaja saya pergi....... tak payah nak lepak2 di kedai kopi starbucks..ahaksss.... to all my friend yang belum start mem'blog'.... cepat mulakan... jangan ketinggalan keretapi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...