Salam to all..
Saya hari ni cuti, setelah selesai menghantar anak ke sekolah bersama suami, saya singggah sebentar ke rumah adik.Nasib baik ada internet di rumahnya..bolehlah saya update blog...Kalau tak bosan jugak dibuatnya...huhuhhh
Izinkan saya mengulas sedikit tentang apa yang berlaku di Permatang Pauh...
Saya mengulas di sini ingin saya tegaskan bahawa ianya
HANYA pandangan peribadi saya sahaja. Dan ianya tidak langsung berkait dengan sesiapa....
Saya sememangnya menjangkakan P44 ini akan menyaksikan kemenangan Anwar Ibrahim..Walaupun ramai juga sahabat2 dari Pihak lawan yang sms, telefon memaklumkan bahawa BN akan menang pada pilihanraya kali ini... itu saya anggap apart from dari strategi cywar mereka..Termasuklah bro.Sofi (ket.Penerangan PAS Melaka )
Bukan untuk rasa lemah semangat tetapi sebagaimana yang saya maklumkan kepada sahabat2 UMNO saya sewaktu saya melawat dari 1 petiundi ke satiu petiundi dalam Dun Penanti pada hari Pengundian.... Saya mendapat sumber berita dari dalaman PKR bahawa Petiundi Teluk Wang BN akan kalah walaupun berita serta rating yang dibuat dari Jentera BN mengatakan petiundi itu menang.Bila saya maklumkan kepada sahabat2 saya, mereka kata "Taklah...saya yakin kita akan menang di Petiundi Kita!". "saya bagitau balik....aish, cubalah berpijak di Bumi yang nyata"..
waktu itu juga saya sibuk mengambil gambar yang merakamkan pelbagai gelagat penyokong . Tapi gambar yang paling suka adalah gambar saya tangkap menggunka kamera telefon saya shja yang menunjukkan 5 orang kanak2 yang memakai topeng Anwar ibrahim. Tapi bro lembiks,
ianya hanyalah sekadar topeng yang dipakai oleh anak-anak tumpang seronok yang tak tahu apa-apa.....Saya percaya mereka juga tak faham serta tak tahu apa juga perkataan yang dilaungkan termasu.."REFORMASI..DAN ALTANTUYA...mereka cuma diajar oleh ayah/mak/abg /kakak mereka....."
Jauh di sudut hati, saya sebenarnya bersyukur kepada ALLAh swt kerana telah memberi signal ini.walaupun pahit ditelan....serta sakit hati mendengar orang mengata yang bukan-bukan2 mengenai perjuangan UMNO ini di hadapan kita sendiri..Bukan hanya sekadar cakap di mulut sahaja, tetapi termasuk reaksi yang terpancar di MUka seolah-olah mereka ini amat marah marah dan benci dengan pemimin UMNO... Saya ambil kekalahan BN ini secara Positif.
Buat PUTERI UMNO, mulai kelmarin kita mempunyai tugas besar sebagai salah seorang ahli parti.Beban Berat terletak di bahu kita. We must be different dan tanya balik kepada nawaitu kenapa kita masuk UMNO. Berbalik kepada perjuangan yang ingin mamartabatkan bangsa ... jadi kita mestilah benar2 buat sebagaimana niat kita itu. Kedudukan serta pangkat yang kita ada, perlulah kita benar2 gunakan untuk membantu rakyat... Bukannya mengambil kesempatan di atas kedudukan politik....Jika dah diberikan kepercayaan untuk memgang jawatan , maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.Apatah lagi bila ianya dipilih sendiri oleh perwakilan..Janganlah sahabat2 hanya ingin nama tapi tak buat kerja..Ingatan ini bukan untuk Puteri saya sahaja tetpi termasuklah semua..waimah jawatan yang dipegang hanya sebagai AJK biasa sahaja..
Tugas amat besar sekali menanti kita wahai sahabat2 PU3... pada saya apabila kekalahan BN di permatang Pauh, andaian saya, ianya sedikit sebanyak sekali lagi akan memperlihatkan "landscape"/ "Landslide" POLITIK UMNO Negara...Kalau Benar Kita Saya pada PARTI dan juga pada agama Islam kita, Maka kita kena benar2 menyayangi dan memenangi hati rakyat dan penyokong kita.. Tolonglah jangan hancurkan PArti kita ini...Sebagaimana saya maklumkan kepada salah seorang pemimpin tertinggi Negara kita semalam,
"Saya tidak kisah kalau apa jua yang bakal saya lontarkan pandangan saya selepas ini mungkin akan menggugat diri saya sendiri, atau mungkin saya akan kehilangan jawatan saya..atau mungkin saya akan dipancung ...This is not the end of the day,kerana niat saya masuk PUTERI UMNO dari seorang penyokong PEMBANGKANG sejak saya dari tingkatan 2 lagi..bukan kerana pangkat , jawatan dan kekayaan.. (bukan saya riak..bukan saya angkuh..tapi saya sebenarnya juga takut apabila memikirkan nasib dan masa depan UMNo akan terkubur sekiranya kita sendiri tidak mahu berubah.....Kita kena kaji kenapa Rakyat menolak kita, kita kena kaji kenapa Orang Muda tidak mahu kita...".
Sekali lagi saya tegaskan..ini pandangan peribadi saya "MAS ERMIEYATI HJ SAMSUDIN".