Friday, August 8, 2008

Puteri minta pertimbang sensitiviti orang Islam- Ref: Utusan Malaysia 8/8/08



KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam hanya akan mengundang reaksi negatif masyarakat berbilang agama di negara ini.
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, perbincangan satu pihak ke atas agama pihak lain boleh membawa suasana kurang senang dalam masyarakat.

Malah katanya, perkara yang ingin dibincang dalam forum itu juga sebenarnya sudah jelas kedudukannya dan tidak perlu dipersoalkan lagi."Perkara ini telah tertakluk dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri-negeri. Maka tidak perlu untuk Majlis Peguam campur tangan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, Majlis Peguam perlu bersifat terbuka dan mendengar keluhan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan forum itu dihentikan.Katanya, adalah dikhuatiri akan ada pihak lain pula mula menganjurkan forum yang mungkin menyentuh sensitiviti masyarakat bukan Islam pula pada masa hadapan.Umpamanya, bila kita persoal perkara sensitif, pasti ada kecenderungan pihak lain untuk turut mempersoalkan kita pula," katanya.

Justeru beliau menyarankan kepada Majlis Peguam agar mengambil tindakan yang wajar memandangkan penganjuran forum itu mendapat tentangan banyak pihak.Forum pada 9 Ogos itu dijangka menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.


mes:
Majlis Peguam ni bakal membakar hati dan sensitiviti Umat islam Malaysia. Saya yakin ramai yang tak bersetuju di luar sana. Bukan UMNO sahaja. Tetapi sahabat kami dari Parti PAS pun dah kata kalau Forum ini diteruskan jugak bakal mencetuskan syakwasangka dan ketegangan...
Majlis Peguam, tolonglah hormat sikit sensitiviti kami.. Jangan cabar kami....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...