Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Penangan Orang Muda..

Semalam, walaupun masih lagi bersedih di atas pemergian nenda yang kami panggil "Wan Jeah" namun kami semua tetap bersemangat memberikan sokongan padu kepada Pasukan Malaysia. tahniah Malaysia!!!
Kami Bangga Menjadi anak Malaysia. Tahniah juga buat jurulatih K.Rajagopal....yang menurunkan pemain muda bagi mewakili skuad kebangsaan kali ini. Kepercayaan dan pertaruhan yang dibuat akhirnya berbaloi-baloi apabila Malaysia menjadi juara Bagi Suzuki Cup musim ini.

Tertarik dengan celoteh pengulas sukan sewaktu siaran langsung diadakan semalam....."Barisan Pemain Muda yang diturunkan untuk bermain mewakili Negara Malaysia ini  akan menjadi contoh dan ikutan negara lain". kita boleh tengok sendiri mutu dan corak persembahan pemain muda ini amat baik sekali.

Tapi itu trend bolasepak malaysia kini, bagaimana pula trend politik tanahair (tis is a general question)?
adakah ramai anak  muda yang diberi peluang untuk memimpin , mengepalai sesuatu organisasi?  adakah ramai anak muda yang akan diberi peluang untuk menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti?
kalau ada berapa peratuskah peningkatannya berbanding dengan PRU yang lepas?
hmm..... sama-sama kita tunggu dan lihat.......

Saturday, June 19, 2010

4 hari campur 1 hari tu....=?

hari ni dah masuk hari ke-4 aku kat hospital..,nasib baik la adaa peneman "Lappy" ni... kalau tidak.., comfirmed kekejangan dan kebosanan aku tahap maksima..Lappy aku ni baru je tau beli (eh takde lah baru..awal bulan lepas, kira barulah tu..) .... semata-mata sebab....wopss... haa itu akan aku ceritakan nanti kenapa aku beli laptop baru.. wokey? Kasik can lah aku ceritakan pengalaman aku kat hospital ni..

4Hari ?pheh.... bayangkan dari hari Selasa..ni dah hari Jumaat..ada ke Doctor masa check aku tadi dia kata "i think u still need a rest and can go back home on Sunday". "alamak! " terus aku aku bagitau doctor aku x boleh lama dah..ini pun dah trlalu lama bagi aku dok kat hospital ni.
Esok aku kena keluar jugak dari hospital yang berbahagia ini sebab petang jam 2pm aku nak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang. Lagipun kesihatan pun dah berada pada tahap yang memuaskan..alhamdulillah..Jadi, mahu tak mahu...esok menjelang jam 10am aku dah kena keluar dari hospital untuk mmbolehkan aku sempat balik rumah tukar pakaian yang sesuai.. dan teerus ke sana..
Ini semua demi janji yang telah terbina (ewaahhh) antara aku dengan kpu3 Bukit Bintang MasMirra,...Habis je rasmi terus nak pulang ke Melaka, bagi majlis Penutupan Sukma.(bestnyerrrrrrr)
Oklah, jam pun dah hampir nak ke pukul 1am..sebebnarnya aku mula menulis dari jam 8.53pm..tapi disebabkan ada tetamu yang tidak diduga yang datang (tenkiu friends...) maka msa menulis ni pun panjang...

Semoga hari ini..(19hb.Jun2010) akan mnjadi hari yang baik dan ceria buat anda semua..
"Jangan Lupa Saksikan Pntupan Sukan Malaysia yang ke13 di Stadium Hang Jebat Malam nanti..."



Thursday, June 17, 2010

SUKMA 2010....


aLHAmdulillah,
walaupun bertugas masa pembukaan rasmi SUKMA 2010 ...ke sana-ke sini , tapi sempat juga saya berlari ke tempat duduk anak2 dan suami..join kejap dengan diaorang... baru sambung duty balik...
Teringat masa tengok SUKOM 1998...masih solo lagi, tengok dengan my beloved 11th batch UKM Law Faculty.... yang ni SUKMA pulak... tengok dengan anak2.....akan datang kalau masih lagi Bernafas di maka bumi Allah ini dapat lah tengok SUKOM @ SUKMA...maybe masa tu dengan cucu cicit pulak la kot...insyaallah...
semoga kita semua dipanjang umur...dimurahkan rezeki...ameennn

Tuesday, December 9, 2008

ALAHAI..PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA...

Semalam petang, saya menyaksiakan perlawanan bolasepak Pasukan Malaysia menentang Pasukan Vietnam. Saya bukanlah peminat setia bolasepak tetapi, ikutlah juga perkembangannya memandangkan suami saya pun memang "gila bola" sejak dulu lagi. Tapi kekalahan semalam kepada pasukan Vietnam (2-3) begitu mengecewakan hati peminat bolasepak negara. Walaupun pelbagai imbuhan dah diberikan masih gagal lagi mempamerkan kehebatan mengalahkan lawan. Agak memalukan bila kalah kepada Vietnam. Saya difahamkan oleh suami saya yang vietnam ini tidak seperti Malaysia. Mereka tiada permainan liga...Macam di Malaysia, pelbagai pertadingan dibuat....hmmm..tapi hasilnya.Dah lah mulai tahun hadapan tiada lagi pemian import yang akan beraksi di dalam pasukan Malaysia... Alahai lomah lutut den ni haaa... Pada pandangan anda... siapa yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan terhadap prestasi pemain Malaysia yang semakin lemah..dan lemah..dan lemah ini...SAMADA PEMAIN? PENGURUS PASUKAN? ATAUPUN PRESIDEN FAM? huhuhhuuh
Tolong jawab sikit....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...