Sunday, August 17, 2008

GAMBAR SEKITAR HARI2 AWAL DI PERMATANG PAUH..

hari ke 2 di Permatang Pauh Dun Menanti , dan setelah dapat saya tidur selama 3jam 1/2, saya mulakan hari ke-2 saya dengan settlekan hal telefon dan fax serta keperluan bilik gerakan..sepanjang perjalanan saya ..Berbekalkan kamera Hubby yang dah saya gantikan baterinya....Syok dapat ambik gambar.Cuma belum pro je lagi ambik ....Nak lah saya share bersama kawan2 tengok suasana di Permatang PAuh...


Yang ini Banner BN yang saya ambik dari depan Bilik Gerakan Peti Undi Mengkuang.


HmmmPoster PKR....... bersepah-sepah dah.... almaklum dah lama kak zizah plan nak letak jwtan bgi kat Suami yang dicintaik...


Bilik Gerakan PUteri BN.... I love tis Pic! Bangga sesangat!!!


Bersama dengan Ketua2 Puteri Bahagian Dalam Pulau Pinang...N Mantan Pres Kelab UMNO Manchester "Noni" (yg hujung sekali dok pakai baju kurung kuning...) Gambar ni kami ambik masa taklimat di Bilik Gerakan Wanita BN MAlaysia Bersama KAk Ijat...


Dok Bincang dengan kengkawan di Dalam Bilik Gerakan PU3 BN... pheh..Bz giler la tu...

Friday, August 15, 2008

DARI MELAKA KE PERMATANG PAUH.......




Semalam setelah saya mesyuarat Khas Jentera Puteri Negeri Melaka, saya rasa puas hati kerana AJK Pu3 Negeri saya sangat memberikan kerjsama yang baik dalam menguruskan Jentera kami ke Permatang PAuh nanti... Pujian harus saya berikan kepada Naib Ketua Puteri Negeri saya Kak Faizah yang telah menguruskan segala hal berkaitan anak angkat. Begitu juga Along S/U Pu3 Negeri saya yang membantu saya menyelaraskan kerja2 dan Jentera Puteri negeri . Begitu juga Yaty Ket.Penerangan Pu3 Negeri yang dari Putrajaya yang tidak putus2 menelefon dan sms saya bertanyakan perkembangan serta tugasan yang akan diberikan...serta ajk kami yang lain.. Su yang dalam MC pun hadir ..datang nak serah tugas kepada pembantu beliau Rita yang baru mulakan tugas barunya semalam..lega sikit hati saya....Kerja Puteri banyak yang boleh diselesaikan..

Begitulah harapan saya.....Kita hadir di Permatang Pauh bukan untuk suka-suka, Bukan untuk menunjuk2 kepda Parti lain yang kita ini hebat... Tapi demi semangat membantu BARISAN NASIONAL dan UMNO di sana KAMI HADIR DI SINI.Tambahan pula kali ini kali pertama Puteri diberi peluang untuk membuat Bilik Gerakan dan Bergerak di atas tiket PUTERI BARISAN NASIONAL.. We should feel proud of it!!Saya kira kita semua perlulah ambil peluang,mainkan peranan yang penting ini.Kerana ini medan Pertempuran dan pendedahan yang baik untuk semua PUTERI BARISAN NASIONAL.. Saya berbangga dengan sahabat2 saya yang sudi datang bersama-sama jentera Pu3 mereka tidak kira dari Pu3 Melaka atau PU3 Negeri lain. Padahal kita tahu sekarang tengah hebat musim mesyuarat cawangan....dan banyak antara sahabat2 PU3 saya yang sedang hebat bertanding di bahagian..tetapi demi tugas dan Tanggungjawab, mereka sanggup meninggalkan sekejap bahagian mereka demi menjenguk, membantu shbt2 PU3 Pulau Pinang/ Jentera PU3 BN . Sedikit sebanyak kehadiran mereka saya percaya akan memberi sedikit suntikan semangat kepada sahabat2 JEntera BN di sini.Tahniah saya ucapkan..Yang membezakan kita antara mereka yang lain adalah semangat PUTERI, UMNO DAN BN itu sendiri..itu semua sebahagian daripada jatidiri kita... Tambahan pula, BONUS yang akan kita perolehi di sini adalah Pengalaman. Bagi saya sendiri inilah kali pertama saya mengalami Pilihanraya Kecil Peringkat PARLIMEN. Memang banyak jentera dan kudrat yang diperlukan.......Percayalah sahabat-sahabat PU3...sesungguhnya pengalaman seumpama ini kalau kita tidak rasainya sendiri.... saya PASTI anda akan merasai kerugiannya. Datanglah beb....








Pagi sebelum tu YAB Ketua Menteri Melaka memberi sedikit ucapan selamat Jalan kepada Petugas semua.Hari ni seramai 30 orang petugas yang bergerak dulu.(UNit IT saya= 10 org, Pegawai Seranta= 20org).setelah selesai semua urusan ,Saya bertolak ke Permatang PAuh jam 11am.Kami tiba dalam jam 5.30pm setelah sesat sekejap di area JURU..dalam perjalanan saya ke Bilik Gerakan, saya sibuk menelefon dan meng"order" barang alatulis bagi keperluan Bilik Gerakan Melaka. Thanks to Idamoerni Exco Pu3 Msia (KPU3 Bukit Gelugor)yang banyak memudahkan urusan saya ke sana. Berbeza di Pilihanarya Batu Talam dan Ijok... saya terpaksa ke kedai alatulis sendiri dan mencari & membeli alatan,Tapi hari ni elok saya rehat sekejap,Jam 6.30pm lori barang alatulis pun sampai.... hmmm alhamdulillah..mudah...Kpu3 Bahagian saya Yaty HAmdzah dari Kota Melaka pun dah sampai .Dia ajak juga tidur di hotelnya tapi saya tak sempat la nak jenguk ..tapi i'm sure esok kita pastu berjumpa...


Bila team IT dok menyebut kueh tiaw...apalagi? kami pun tinggalkan kejap Bilik Gerakan nak mencari Kueh Tiaw di kedai ABg IS...sedap sangat! Sempatlah kami berjumpa dengan sahabat pemuda dari Tasik Gelugor sewaktu di kedai makan tersebut..hmmm Waktu saya menulis blog ini, jam dah pun menunjukkan waktu 4.56 pagi... saya bersama adik2 TEAM IT saya, maznah, jun, asri, Fairuz, Ayu dan Yati masih lagi sibuk menyiapkan persiapan bilik Gerakan kami.. Esok kami kena pastikan Bilik Gerakan BN Melaka ini siap dan lengkap dengan datanya. Banyak perkara yang perlu dilakukan esok pagi juga...huh...nak cari mesin photostat, register telefon dan fax.Beli barang keperluan Bilik Gerakan dan Petugas....(Faisal dah tidur dulu...penat/pening agaknya bau cencalok yang pecah dalam van tadi kuat sangat baunya..). Si maznah pulak tak habis2 asyik ke bilik air....kojap2 ko bilk air..kojap ko bilik air...ntah apa kena ntah salah makan ke?..saya kira dah dekat 5 kali dah ni...hheheheh...
oklah... selamat berjuang semua...apapun jaga diri baik2....
wsalam....

Wednesday, August 13, 2008

MESYUARAT PUTERI NEGERI MELAKA

ASSALAMUALAIKUM AJK pUTERI NEGERIKU SEKALIAN...

KITA AKAN MESYUARAT KHAS HARI NI BERKENAAN JENTERA PUTERI NEGERI MELAKA KE PERMATANG PAUH. sELAIN ITU BANYAK AGENDA YANG AKAN KITA BINCANGKAN UTK PERGERAKAN PUTERI UMNO MELAKA INI NANTI..

OKEH GALS... ADIOS...

PM bidas cadangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera REF: Berita Harian 13/8/08




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera, terutama Melayu, dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang disertai lebih 250 pertubuhan Melayu pula mahu Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu memohon maaf secara terbuka kerana cadangannya menyinggung orang Melayu.

Pada masa yang sama, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di Serdang, menegaskan perkara berkaitan pengambilan pelajar UiTM bukan dalam bidang kuasa Khalid. Khalid Ibrahim
"Itu bukan dia punya kuasa. Hal berkaitan pengambilan adalah hal berkaitan institusi pengajian berkenaan. Mereka yang tentukan dasar," katanya. Ahad lalu, Khalid mencadangkan sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin kelmarin menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor itu sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar, ketika dihubungi Berita Harian semalam pula berkata, cadangan Khalid jelas menunjukkan PKR tidak menghiraukan hak orang Melayu. "Khalid perlu mohon maaf kerana orang Melayu tersinggung dengan cadangannya. Sebagai pemimpin Melayu, Khalid seharusnya mempertahankan hak bangsanya dan bukan membangkitkan kemarahan orang Melayu."Kami melihat cadangan Khalid hanya merugikan orang Melayu dan BBPM berharap kerajaan akan mempertahankan UiTM," katanya.

Osman berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyekat peluang pelajar bukan Bumiputera, tetapi mereka mempunyai peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam lain.Presiden Persatuan Perpaduan Islam Malaysia, Datuk Zulkifli Ahmad, turut membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu, yang menurutnya bukan saja tidak membantu bangsa sendiri, malah akan menyusahkan lagi orang Melayu.

"UiTM sebenarnya adalah peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera miskin untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Kini Khalid mencadangkan supaya 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. Saya merasakan cadangan ini sungguh tidak logik," katanya.

Zulkifli berkata, Menteri Besar Selangor itu perlu sedar tidak semua ibu bapa di kalangan orang Melayu mampu menghantar anak mereka ke luar negara untuk menyambung pengajian. Katanya, selama ini UiTM menjadi tempat pelajar miskin Melayu melanjutkan pengajian dan perkara itu perlu dipertahankan.


MES:

Saya menyokong Penuh bantahan pelajar2 terhadap cadangan "Gila" Menteri Besar Selangor. Kalau saya Jadi Pelajar UITM Sekarang... Saya pun akan buat tindakan yang sama!!Saya benar-benar tak paham....Apa lah ada dalam kepala MB Kesayangan DAP & PKR Selangor? (PAS Dulu sayang la kot... Harapnya Sayangnya kini idakla Lagi,Betui ka?)
Nak kata dia tak Bijak?....Bijak.....,
Nak kata Dia Bukan Melayu?....eH?...dIA mELAyu kan?.....(TULen lagi BAng.....!!)Habis tu apa Ni MB? Habis semua baru je lepas 5 Bulan 4 hari...
Memang betul ada segelintir orang Melayu kita sendiri yang tak sedar dek untung... MAsih mengharapkan Subsidi, Masih tidak dapat berdikari masih lagi manja dan masih lagi dok mengharapkan bantuan kerajaan....TAPI INI SOAL HAK!!! saya Setuju dengan pendapat saudara Pelajar iaitu Khairul Ashraf , 19 dari UITM
“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.

Monday, August 11, 2008

PILHANRAYA KECIL : PARLIMEN PERMATANG PAUH




Saya masih di Pejabat UMNO lagi. Tengah siapkan peralatan dan dokumen untuk mesyuarat esok petang. Esok pagi-pagi lagi dah nak kena gerak ke KL.Mesyuarat di Pejabat Puteri Malaysia. Ini semua disebabkan oleh Bini kesayangan Anwar Ibrahim punya hal... Adosh mak..Tapi takpe.Lawan tetap lawan... Kalah @ Menang ? Itu terpulang kepada kebijaksanaan pengundi Parlimen Permatang Pauh.....

UMNO Melaka akan jaga 2 Peti Undi
1. Mengkuang (kat Masjid Tanah pun ada..tapi Paya Mengkuang..huhuh)
2. Teluk Wang

Team IT saya insya allah akan bergerak hari Rabu. Jumpa di sana...di sana... di sana..

p/s
dengar2 Sdra Sofi Wahab a.k.a Mutaligat (ketua penerangan PAS Melaka) pun tak sabar-sabar nak ke sana membantu Perjuangan Penasihat PKR. Yelah... apa-apa jelah kan...
Tolong jangan tak Tolong Mamat Penasihat PKR yang masih lagi gagah dan Jambu tuh...
hhuhuuuuu.....
Jangan Mare... Nanti kena Jual.....(bak kata dalam filem 3 Abdul..)

Friday, August 8, 2008

Kan dah Kata......

I just got sms from 31218828849... (mana punya no ni?anyone knows?)
TAK TAU SAPA HANTAR re: BAR COUNCIL.
tapi apapun bunyinya macam ramai tak seronok bila mana Majlis Peguam akan teruskan Forum tu.
SMS yang saya dapat:
"WALAUPUN DIBANTAH, majlis peguam akan tetap adakan forum "Memeluk Islam", wahai UAMAT ISLAM , mari kita buat bantahan beramai-ramai esok (sabtu 9/8) jam 8.00pagi di bangunan BAR COUNCIL ( dekat Dataran MerdekA, kl)MARUAH ISLAM DICABAR!!!...SEBARKAN .

Saya masih mengharapkan hingga ke saat ini agar Majlis Peguam tak meneruskannya.... bila perkara seumpama ini berlaku, rasa tak seronok..sedih pun ada..ntahlah... WALLAHUALAM....

Puteri minta pertimbang sensitiviti orang Islam- Ref: Utusan Malaysia 8/8/08



KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum Memeluk Islam hanya akan mengundang reaksi negatif masyarakat berbilang agama di negara ini.
Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, perbincangan satu pihak ke atas agama pihak lain boleh membawa suasana kurang senang dalam masyarakat.

Malah katanya, perkara yang ingin dibincang dalam forum itu juga sebenarnya sudah jelas kedudukannya dan tidak perlu dipersoalkan lagi."Perkara ini telah tertakluk dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri-negeri. Maka tidak perlu untuk Majlis Peguam campur tangan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, Majlis Peguam perlu bersifat terbuka dan mendengar keluhan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan forum itu dihentikan.Katanya, adalah dikhuatiri akan ada pihak lain pula mula menganjurkan forum yang mungkin menyentuh sensitiviti masyarakat bukan Islam pula pada masa hadapan.Umpamanya, bila kita persoal perkara sensitif, pasti ada kecenderungan pihak lain untuk turut mempersoalkan kita pula," katanya.

Justeru beliau menyarankan kepada Majlis Peguam agar mengambil tindakan yang wajar memandangkan penganjuran forum itu mendapat tentangan banyak pihak.Forum pada 9 Ogos itu dijangka menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Forum itu juga akan membincangkan keperluan mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.


mes:
Majlis Peguam ni bakal membakar hati dan sensitiviti Umat islam Malaysia. Saya yakin ramai yang tak bersetuju di luar sana. Bukan UMNO sahaja. Tetapi sahabat kami dari Parti PAS pun dah kata kalau Forum ini diteruskan jugak bakal mencetuskan syakwasangka dan ketegangan...
Majlis Peguam, tolonglah hormat sikit sensitiviti kami.. Jangan cabar kami....

MESYT KHAS PU3 MSIA DAN TAKLIMAT BY EZAM 7/8/08 .





Semalam saya ke Putrajaya mesyuarat khas Puteri Malaysia membincangkan tentang Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh.Kak Mehtab bagi taklimat on Permatang Pauh punya data.Che' Na kpu3 Permatang Pauh juga turut hadir . Atas sebab dan faktor keselamatan, Puteri Msia dinasihatkan supaya berhati-hati dalam apa juga tindakan. Pilihanraya 2004 dulu dah menyaksikan aksi ganas penyokong PKR.. sampai dibakarnya BILIK GERAKAN BN.Kita cubalah yang terbaik bagi memenangi hati pengundi Permatang Pauh.

Mesyuarat kami selepas itu turut dihadiri oleh Sdra Ezam yang slps tu memberi taklimat sedikit mengenai politik semasa. Gosh!!!Bro Ezam.... Akhirnya dapat juga saya bagitau Ezam yang 10thn dulu... saya menampal gambarnya di dinding bilik saya di UKM (yelah sewaktu saya menjadi apart of family pembangkang...) sekarang tidak lagi. Banyak yang disampaikan. Begitu juga, banyak soalan2 yang ditanya sahabat2 exco.Yelah, bersama-sama lah kita berjuang. Menegakkan kebenaran...Orang nak kata apa...katalah. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan........

Wednesday, August 6, 2008

AIK YB NURUL IZZAH...DAH LAIN LAK CARA CAKAP.....- Ref Wilayahkini.blogspot.com

Lembah Pantai -- " Saya tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi saya akan cuba melayan semua permintaan yang ada dalam jadual saya" begitulah reaksi daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai rungutan masyarakat di Bangsar yang kecewa denganya kerana tidak " turun padang".

Kata Nurul Izzah: I cannot please everybody... Sementara itu Wilayahkini difahamkan beberapa penduduk di Lembah Pantai pula sudah bosan dengan sikapnya tetapi ada pula yang berkata , Nurul masih muda dan baru lagi. Apapun, perkembangan terkini di Parlimen Lembah Pantai menyaksikan beberapa perkara yang menarik antara BN dan PKR selepas PRU ke 12. Ramai sudah mula menilai keberkesanan PKR di Lembah Pantai.Ada pula yang berkata " kita miss Shahrizat di Lembah Pantai " !

MES: huuhuu....Yelah... Masa belum bergelar YB, bolehlah kutuk dan mengata orang lain yang jadi YB Palimen (BN ) masa tu.(Kak ijat) ...hmm...la ni bila dah terkena batang hidung sendiri.... camana lagi YB nak bersilat?dont deny...and dont put so much excuses!!Yb kenalah hadap dan buat kerjalah... jangan pandai cakap..cakap....cakap...dan chakap.......Jangan Bikin malu YB dari kalangan pemimpin wanita muda.....

Tuesday, August 5, 2008

"Start Them Young On Politics"- ref: today nst

The suitable age at which a child should learn about politics is from the moment he or she can talk," she said.Smith, who is attending the 54th Commonwealth Parliamentary Conference at the Kuala Lumpur Convention Centre here, was speaking to reporters on the sidelines of a plenary session on democratic elections.

She said in her country, the voting age had over the years been reduced from 25 to 21, and more recently to the age of 18."Age does not determine maturity."There are a lot of older people who do not vote responsibly as well."

Smith said it took her 17 years and six attempts to win her seat in 1989, and that she had received a lot of support from young people.

"There're schoolchildren who say to me 'Hey, I voted for you'. I said, 'No you didn't. You're just 5'. "Then the child said 'No no, it's my family who voted for you'. "That's how involved they are. You know, you can't wait until people are 16 to 18 to talk to them."

She also said it was important for schools to teach civics. Through civics, they should teach children about the importance of voting and what it means to be contributing citizens."But I don't think they should teach partisan politics. I think politicians in each constituency should be doing what they can do to ensure that the children are involved.

"Let the young people speak to other young people. Start from within the family. Let them talk to their friends on what they understand about politics.


MES: Saya setuju dengan pendapat Smith di atas. Bukanlah kita nak mempolitikkan anak kecil ni. Tapi pendedahan seumpama ini amat baik. Ada sahabat saya yang berkata waktu mesyuarat-mesyuarat cawangan inilah kita perlu membawa nak kecil kita . Kerana supaya mereka akan dibiasakan dengan suasansa perjuangan Parti UMNO.Biar mereka biasa dengarkan lagu UMNO. Agar mereka tahu apa itu perjuangan orang lama. Kita yang besarkan mereka... mereka Pewaris kita.. Kalau bukan mereka...siapa lagi? Kalau bukan sekrang... BILA LAGI?.. Seperti saya selalu katakan pada diri saya sendiri... yang baik kita jadikan tauladan..yang buruk kita jadikan sempadan.....
Mereka bakal pemimpin masa depan..jadi kita coraklah mereka sebaiknya-baiknya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...