Pagi tadi jam 10.00pagi bertempat di hadapan pasar Kuala ,saya bersama teman-teman telah bersama dengan masyarakat setempat berkumpul menyatakan bantahan serta insiden yang melibatkan isu "Babi". Saya pun tak sangka, walaupun saat-saat akhir kami memutuskan untuk hadir bersama , tapi ramai juga saya lihat sahabat-sahabat saya yang turun. Suasana agak terkawal. Tiada insiden yang tidak diingini yang berlaku..Banyak juga Sepanduk yang saya lihat berbaur perkauman.
Tetapi saya ingin tegasnya di sini, hadirnya saya dan juga sahabat-sahabat saya pagi tadi bukanlah kami menyokong 100% apa jua sepanduk dan juga kata-kata yang yang berbaur perkauman itu.Kami cuma hadir di situ sebagai tanda sokongan agar diambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan mengantungkan kepala B*B# di pitu pagar rumah Cikgu Md Rawi.Kami tidak mahu menuduh sesiapa. biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan melalui siasatan mereka sendiri.Begitu jualah kenyataan saya sewaku ditemuramah oleh pihak media pagi tadi. kita tidak boleh menuduh sesiapa.
Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh dikaitkan. Bukan sahaja orang bukan melayu, malah orang melayu juga ada dikaitkan. mana tau, orang dalam ke, orang luar ke, orang UMNO ke, PEMBANGKANG ke...semua ada kebarangkalian..Isu Perkauman ini tolonglah jangan dibesarkan. Ianya sangat sensitif.Sebab itu saya terangkan kepada sahabat-sahabat saya, kenapa kami berada di situ. Semoga tidak disalahtafsir . Kami juga (Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MAsjid TAnah) telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi, supaya diambil tindkan tegas kepada orang yang yang telah menimbulkan serta mengganggu gugat keamanan, keselesaan, keselamatan dan juga kemjuan ekonomi masyarakat tempatan. Tidak ada yang kami sentuh mengenai isu/ perihal perkauman.
Saya juga ada ditanya oleh pemberita, samada patut atau tidak 3 orang yang telah ditangkap itu dikenakan ISA?" . Pandangan peribadi saya tidak perlu,terdapat peruntukan lain yang lebih sesuai yang boleh digunapakai. Peruntukan ISA itu biarlah digunakan dalam hal-hal yang melibatkan ketenteraman dan keselamatan Negara yang serius....Kalau macam tu susahlah sikit-sikit nak guna ISA...sikit-sikit nak guna ISA.Betul tak?
-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Showing posts with label Bantahan. Show all posts
Showing posts with label Bantahan. Show all posts
Sunday, November 23, 2008
Friday, August 8, 2008
Kan dah Kata......
I just got sms from 31218828849... (mana punya no ni?anyone knows?)
TAK TAU SAPA HANTAR re: BAR COUNCIL.
tapi apapun bunyinya macam ramai tak seronok bila mana Majlis Peguam akan teruskan Forum tu.
SMS yang saya dapat:
"WALAUPUN DIBANTAH, majlis peguam akan tetap adakan forum "Memeluk Islam", wahai UAMAT ISLAM , mari kita buat bantahan beramai-ramai esok (sabtu 9/8) jam 8.00pagi di bangunan BAR COUNCIL ( dekat Dataran MerdekA, kl)MARUAH ISLAM DICABAR!!!...SEBARKAN .
Saya masih mengharapkan hingga ke saat ini agar Majlis Peguam tak meneruskannya.... bila perkara seumpama ini berlaku, rasa tak seronok..sedih pun ada..ntahlah... WALLAHUALAM....

Subscribe to:
Posts (Atom)