Wednesday, December 17, 2008

TEMUBUAL CALON TIMBALAN PRESIDEN YAB DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM: MISI UTAMA MEMPERKASAKAN PARTI

SEBAIK menyatakan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu Mac depan, ramai meragui kemampuannya. Namun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membuktikan beliau mampu melepasi kuota pencalonan bagi melayakkannya bertanding. Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur menemubual Ketua Menteri Melaka itu bagi menyelami hati dan hasratnya bertanding serta pelbagai isu lain.

Ikuti temubual bersama YAB oleh Saudara Amirullah Andi Nur selaku Ketua Biro Berita Harian Melaka di http://mohdalirustam.com . Sewaktu saya menulis ni, saya telah ditunjukkan oleh Ketua Puteri Bahagian Tangga Batu yang duduk di sebelah saya yang beliau menerima sms dari sdra othman hamzah yang telah melancarkan blog menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Jom kita sama-sama singgah dan berikan sokongan anda kepada blog ini sebagai sokongan kita kepada YAB Datuk Seri. Layari: http://alirustam.com

SEMINAR KAEDAH BERKEMPEN UNTUK PEMILIHAN 2008-2009

Pada waktu dan ketika ini, saya sedang mengikuti Seminar Kaedah Berkempen Untuk Pemilihan tahun 2008/2009 di PWTC bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam pemilihan UMNO yang melibatkan salah laku politik wang.
Sesungguhnya saya melihat ini satu usaha yang serius yang ditunjukkan oleh oleh UMNO Malaysia dalam mengatasi masalah ini.Kehadioran oleh wakil seramai 10 orang dari setiap negeri termasuk Setiausaha UMNO Perhubungan, Ketua Wanita, Pemuda & Puteri serta Penolong setiausaha sayap masing-masing Terdapat 3 tajuk besar yang dibincangkan dan 5kumpulan dibahagikan mengikut negeri-negeri.

Kumpulan negeri Melaka bersama Negeri Kedah, Terengganu telah diberi Tajuk "Format dan Kaedah Pemilihan UMNO". Yang meliputi aspek tarikh dan tempoh berkempen, Pentadbiran & logostik, Kehadiran , serta sumber kewangan.

Ini masih lagi sedang pembentangan oleh kumpulan 1.ok...
nanti saya update lagi k..wasssalam

Tuesday, December 9, 2008

ALAHAI..PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA...

Semalam petang, saya menyaksiakan perlawanan bolasepak Pasukan Malaysia menentang Pasukan Vietnam. Saya bukanlah peminat setia bolasepak tetapi, ikutlah juga perkembangannya memandangkan suami saya pun memang "gila bola" sejak dulu lagi. Tapi kekalahan semalam kepada pasukan Vietnam (2-3) begitu mengecewakan hati peminat bolasepak negara. Walaupun pelbagai imbuhan dah diberikan masih gagal lagi mempamerkan kehebatan mengalahkan lawan. Agak memalukan bila kalah kepada Vietnam. Saya difahamkan oleh suami saya yang vietnam ini tidak seperti Malaysia. Mereka tiada permainan liga...Macam di Malaysia, pelbagai pertadingan dibuat....hmmm..tapi hasilnya.Dah lah mulai tahun hadapan tiada lagi pemian import yang akan beraksi di dalam pasukan Malaysia... Alahai lomah lutut den ni haaa... Pada pandangan anda... siapa yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan terhadap prestasi pemain Malaysia yang semakin lemah..dan lemah..dan lemah ini...SAMADA PEMAIN? PENGURUS PASUKAN? ATAUPUN PRESIDEN FAM? huhuhhuuh
Tolong jawab sikit....

Tuesday, November 25, 2008

Cakap Orang Je Lebih....

Dalam mana-mana organisasi pun ada kemelutnya..Tak kecil, besarlah jawabnya. Tapi dalam hal yang selalunya melibatkan Parti UMNO, maka ramai pihak pembangkang akan cuba memperbesarkan isu.Tetap bersangka buruk walau apa jua yang cuba dilakukan itu adalah baik. Tapi apabila terkena batang hidung sendiri, pandai pulak senyap dan tidak menghentam "Sparring Partner mereka...dalam Pakatan Rakyat.

Akhir-akhir ni banyak isu yang melibatkan parti pembangkang...
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali yang didakwa telah menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana tidak tahan dengan kritikan panas yang diterimanya berkenaan isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai Timbalan pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.Manakala ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.Tak tahan dengan mereka, habis dicantasnya...macam-macam hal..

Begitu jua ada juga yang dikhabarkan Di Negeri Jajahan dan pentadbiran PAS. Syabas dan tahniah buat MBnya yang sungguh pemurah mendermakan RM10,000.00 dari duit gajinya untuk tujuan kebajikan. Tapi nampak gaya di Kedah ni, hanya MBnya sahaja yang bersungguh-sungguh memperjuangkan misi dan matlaat mereka. Exco lainn, dengar khabar ramai yang sedang memasang angan-angan (dan badan sekali kot) untuk menjadi MB yang akan datang. Itu belum kira lagi EXCo Kerajaan Negerinya yang sentiasa sibuk bermain g0lop(golf)di dalam dan luar negara sampai lupa tanggungjawab kepada Rakyat!...Begitu juga ada juga dakwaan yang mengatakan ada Exco yang sentiasa memberikan alasan"saya sibuk/ saya di dalam mesyuarat" bila beliau dihubungi oleh rakyat...

Begitu juga konsep perjuangan islam yang sentiasa dilaungkan oleh Pemimpin mereka. Tapi di Negeri bawah kuasa mereka , perkara pokok Perjuangan mereka masih tidak dapat dilaksanakan. Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.Dalam sidang dewan yang belangsung minggu lepas . Bila ditanya berkenaan isu siber dan pusat hiburan yang dibuka ke lewat malam sehinggga mengundang masalah dan gejala sosial.Tetapi Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.aiseh itu macam ka cara jawab YB EXCO?
Saya syorkan PAS Melaka kena bantulah nampaknya PASS Kedah ni.

Di Perak pun, Adun PKRnya yang telah ditahan atas tuduhan Rasuah, ...hmm...seks pun ada....macam-macam halkan....
Yelah bila bercakap mengenai orang lain sedap sahaja mulut dan tangan mengkritik....
Macam contoh, di Melaka ni, apa juga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka ada sahaja salah dan buruk di Mata, Telinga dan HAti Mereka. Seoalah-olah Kerajaan Negeri Melaka langsung tidak ada membuat apa juga kebaikan buat rakyat Melaka dan suka mengambil kesempatan rakyat Melaka (hmm sungguh tidak patut dakwaan itu ...). Tapi bila jadi di Negeri yang meraka berkuasa.. SENYAP!! simpan di bawah permaidani... yelah lumrah manusia kan....
apapun...Cakap orang Je lebih....sendiri mau ingatlah lah kan...Saya pun mengingatkan diri sendiri jugak ni...

Sumber:
1)www.kpmu.net
2)http://ceritayan.blogspot.com

Monday, November 24, 2008

Gambar Sekitar Demo 23/11/2008.


Saya bersama Puteri Dun Lendu saya, Liza MArsita...


Sahabat-sahabat saya yang bersemangat...almaklumlah..ini kali pertama pengalaman mereka menyertai demonstrasi..



Tetap bersemangat...kat belakang mereka ada lagi ramai tapi masih segan nak tunjuk "muka".


Saya sedang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala dengan ditemani oleh Marina Rasol, Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid TAnah dan Marina MAnap iaitu Ketua Penerangan Puteri Bahagian.

Sunday, November 23, 2008

DEMONSTRASI DI PEKAN KUALA 23/NOV/2008.

Pagi tadi jam 10.00pagi bertempat di hadapan pasar Kuala ,saya bersama teman-teman telah bersama dengan masyarakat setempat berkumpul menyatakan bantahan serta insiden yang melibatkan isu "Babi". Saya pun tak sangka, walaupun saat-saat akhir kami memutuskan untuk hadir bersama , tapi ramai juga saya lihat sahabat-sahabat saya yang turun. Suasana agak terkawal. Tiada insiden yang tidak diingini yang berlaku..Banyak juga Sepanduk yang saya lihat berbaur perkauman.

Tetapi saya ingin tegasnya di sini, hadirnya saya dan juga sahabat-sahabat saya pagi tadi bukanlah kami menyokong 100% apa jua sepanduk dan juga kata-kata yang yang berbaur perkauman itu.Kami cuma hadir di situ sebagai tanda sokongan agar diambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan mengantungkan kepala B*B# di pitu pagar rumah Cikgu Md Rawi.Kami tidak mahu menuduh sesiapa. biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan melalui siasatan mereka sendiri.Begitu jualah kenyataan saya sewaku ditemuramah oleh pihak media pagi tadi. kita tidak boleh menuduh sesiapa.

Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh dikaitkan. Bukan sahaja orang bukan melayu, malah orang melayu juga ada dikaitkan. mana tau, orang dalam ke, orang luar ke, orang UMNO ke, PEMBANGKANG ke...semua ada kebarangkalian..Isu Perkauman ini tolonglah jangan dibesarkan. Ianya sangat sensitif.Sebab itu saya terangkan kepada sahabat-sahabat saya, kenapa kami berada di situ. Semoga tidak disalahtafsir . Kami juga (Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MAsjid TAnah) telah membuat laporan polis pada jam 10:50 pagi, supaya diambil tindkan tegas kepada orang yang yang telah menimbulkan serta mengganggu gugat keamanan, keselesaan, keselamatan dan juga kemjuan ekonomi masyarakat tempatan. Tidak ada yang kami sentuh mengenai isu/ perihal perkauman.

Saya juga ada ditanya oleh pemberita, samada patut atau tidak 3 orang yang telah ditangkap itu dikenakan ISA?" . Pandangan peribadi saya tidak perlu,terdapat peruntukan lain yang lebih sesuai yang boleh digunapakai. Peruntukan ISA itu biarlah digunakan dalam hal-hal yang melibatkan ketenteraman dan keselamatan Negara yang serius....Kalau macam tu susahlah sikit-sikit nak guna ISA...sikit-sikit nak guna ISA.Betul tak?

Friday, November 21, 2008

"Susahnya nak menulis di blog sendiri sejak akhir2 ni...."

Ntah apa kena ntah, celcom broadnband saya seakan merajuk....
selalu terputus...kejap ada line..kejap tak ada line..(lupa pulak kita ni kat kawasan luar bandar...huhuhuu). Banyak kali hasrat nak menulis dan letak gambar terpaksa saya abaikan...




apapun, banyak peristiwa yang berlaku..
Tahniah kak ijat, akhirnya berani juga membawa WANIta UMNO ke arah satu pembaharuan... ("berani lawan ketua"?)iyer ke tu? kena ke ayat tuh?
hmmm... rasanya bukan dia saja nak lawan....Tapi, tumntutan akar umbi yang nakkan WANITA UMNO ini berubah dan bukan berada di takuk yang sama...
(saya bukanlah pandai bebenor...)
Tapi hasrat Kak Pidah nak mempertahankan jawatannya tidak nampak begitu mantap.
Rasa macam kelakar pun ada jugak.... Macam manalah orang tak menyampah dengan kita Kak Pidah... , kata nak elak perpecahan..tapi tindakan dia sebenarnya lagi membuatkan perpecahan hebat akan berlaku dalam wanita sekiranya dia masih mempertahankan hasratnya itu..
Buat kak ijat..selamat maju jaya. Kamilia rasanya malam ni sedang lena diulit mimpi...
Percaturannya mengena..."Menang tanpa bertanding..."
apapun dari tiga-tiga orang ni, saya paling suka dan saya paling tabik spring adalah Loyer KAmilia.....


sumber gambar:www.kpmu.net

Monday, November 10, 2008

YELAH APA PULAK NAK BER"KEM"-"KEM"..ref::Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yakin pertandingan jawatan timbalan presiden Umno akan berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan tidak akan mewujudkan kem-kem tertentu.

"Ini kerana keutamaan ahli adalah kepada parti dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti adalah proses demokrasi dalam mana-mana parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohd Ali yang juga naib presiden Umno adalah antara tiga calon yang akan bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Mac depan.Dua calon lagi ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohd Ali mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.Sehubungan itu, Abdullah berharap penyokong tiga calon timbalan presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac depan.

Mengulas mengenainya, Mohd Ali berkata, ahli-ahli Umno sudah matang dan mereka boleh membuat penilaian terbaik terhadap mana-mana calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Katanya, pertandingan perlu dilaku secara sihat dan jangan ada unsur-unsur fitnah memfitnah, memburuk-burukkan lawan atau sabotaj di kalangan calon-calon tertentu.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu akan memberi kesan negatif atau implikasi buruk kepada Umno sendiri."Kepada semua calon yang melepasi kuota pertandingan, saya ucapkan tahniah dan mesti menjaga imej dan mengutamakan parti dalam usaha meraih sokongan untuk menang jawatan yang ditandingi kelak."Kita mesti ada integriti, ikhlas, bekerja bersungguh-sungguh dan sanggup berjuang untuk memartabatkan Umno, BN dan kerajaan untuk memastikan rakyat sentiasa dibela dan memihak kepada kita dalam setiap kali pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau umum.

"Saya kira jika kita ikhlas dan melaksanakan segala kehendak rakyat, sudah pasti mereka akan terus bersama Umo dan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

MES:
Sudah sampai masanya kita buat pilihan kita sendiri.Masih Ada masa untuk menilai prestasi, dan juga sejarah/susur galur perjuangan politik seseorang calon yang saya kira perlu dihayati dan diketahui oleh semua perwakilan. Soal wujud kem-kem ini tidak seharusnya ditimbulkan.Adat pertandingan...waimah lumba lari peringkat sekolah pun kita mempunyai "team" dan kita mempunyai "penyokong" kita sendiri....(huhh teringat pulak wakil sekolah lumba lari 110m lompat berpagar..) Maka mulai dari saat inilah para jentera calon-calon perlu memahami kehebatan dan ketokohan calom pemimpin yang mereka bawa. Silalah beritahu Apa bagusnya dan hebat dan kenapa perlunya kota memilih calon timbalan presiden ini. Bukan dengan memfitnah dan memburukkan lawan...aish...dah la kita semua malu dengan apa yang berlaku pada Mesyuarat UMNO seremban semalam. Nasib baik sahabat saya Ketua Puteri Seremban, kak wan tidak kena apa-apa....
apalah nak jadi....bila emosi menguasai diri kan....?
bukan kat orang UMNO je tau.. kita semua..semua ada emosi jadi kawal-kawallah...

Saturday, November 8, 2008

CALON TIMB.PRESIDEN: DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM LAYAK SETELAH MELEPASI PENCALONAN.

Setakat petang tadi sekretariat melalui Sdra Faisal telah maklmukan kepada saya yang YAB Datuk Seri telah mendapat pencalonan yang ke 41 dari Bahagian Kubang Kerian Kelantan. Puteri UMNO Negeri Melaka ingin ucapkan tahniah di atas kejayaan ini.Tahniah kepada semua penyelaras, dan jentera serta semua yang telah menyokong Pengerusi Badan Perhubungan kami.

Antara Bahagian yang menacalonkan YAB Datuk Seri hari ini:
1) Kubang Kerian, Kelantan.
2) Sapanggar, Sabah.
3) Pasir Putih, Kelantan.
4) Sungai Petani, Kedah.
5) Pendang, Kedah.
6) Ketereh, Kelantan.
7) Pasir Salak, Perak
8) Sandakan, sabah.
9) Tumpat, Kelanatan.

Monday, November 3, 2008

CIK KAK...PENTINGNYA MEMBUAT PEMERIK SAAN KESIHATAN.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua saat saya dimasukkan ke hospital selama 5 hari sejak 28.10.08.Saya membuat (Dilation and Curettage) (D&C) sekali lagi dalam masa 2 minggu diakibatkan pendarahan yang banyak dan tidak berhenti.Doktor juga mencadangkan kepada saya untuk membuang Fibroid yang telah dikesan awal sebelum ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku juga katanya lambat laun juga Fibroid itu juga perlu dibuang jadi buat sekalilah. Cik kak... agak besar tau..dalam 6cm yang telah dikesan melalui scan di Klinik Dr MAhinder.

Setelah selesai dan selamat pembedahan. Dr Mahinder telah melawat saya dan maklumkan kepada saya yang sebenarnya saya tiada Fibroid. APa yang berlaku adalah disebabkan "infection" atas luka lama semasa pembedahan saya melahirkan naak saya yang kedua 4 tahun lalu. BAyangkan .....inilah Besar dan Hebat Kuasa Allah SWT. Kalau saya tidak hamil dan mengalami pendarahan..sudah pasti saya tidak akan dapat mengesan apa yang belaku ke atas diri saya kerana saya tidak langsung merasa sakit...
Ini semua adalah jalan dan Petunjuk yang diberikan oleh Allah. Walaupun kehilangan Damia, tetapi saya dapat mengubati sakit yang selama ini tidak nampak. Huhh... penat saya nak menghabiskan cuti sakit saya selama sebulan ini....Petang ini pula saya dijadualkan untuk membuka balutan pembedahan di perut saya.hmm...Kak long saya pula dijadualkan untuk membuang rahimnya bulan Disember ini .Ini semua disebabkan masalah Fibroid. Beliau dah membuang fibroidnya selama 2 kali dan kali ini Doktor mencadangkan untuk membuang rahimnya. Doa saya agar semuanya akan berjalan lancar nanti..

Buat Teman-teman...
Pentingnya bagi anda semua membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin.Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Luaran nampak sihat tapi dalaman...wallahualam.....Lagi-lagi orang perempuan. Bagi yang lelaki..pun sama..jalanilah pemeriksaan...ajak orang rumah sekali. Jangan lepaskan diri sorang pulak!!
Di bawah ini saya lampirkan sekali sedikit maklumat mengenai Fibroid. Hanya untuk makluman.Sumber saya perolehi dari http://www.medicine.ukm.my



APAKAH KETUMBUHAN FIBROID?
Ketumbuhan fibrod ialah sejenis ketumbuhan bukan kanser ( benign ). Ketumbuhan ini berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot dimana ia mengandungi tisu-tisu fibroid, maka dinamakan ketumbuhan ‘fibroid’. Selalunya fibroid merupakan multifokus ketumbuhan, di mana ia tumbuhnya adalah perlahan dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Saiz fibroid pelbagai di kalangan wanita – kecil (boleh menjadi sangat kecil di mana memerlukan penggunaan mikroskop) dan besar (sebesar saiz sebiji anggur) ataupun sangat besar di mana ia boleh memenuhi ruang dalam abdomen.

Punca ketumbuhan fibroid tidak diketahui. Yang nyatanya, ia tidak tumbuh sebelum badan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen dalam pil pencegah kehamilan dan juga ubat untuk mengurangkan gejala menopause (umur putus haid), mengelakan ketumbuhan fibroid untuk bertumbuh. Fibroid akan tumbuh dengan cepat semasa hamil. Ini kerana apabila hamil, badan tidak menghasikan estrogen. Fibroid selalunya akan mengecut apabila badan tidak menghasilkan estrogen lagi iaitu selepas menopause. Maka wanita menopause tidak akan mengalami masalah ketumbuhan fibroid.

Satu kajian menunjukan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita, sebelum meninggal dunia akan mengalami penyakit fibroid pada rahim tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor. Ini kerana, kebanyakan fibroid tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa ketumbuhan firoid adalah akibat daripada ketidakseimbangan horman. Selepas haid, paras estrogen akan meningkat dan paras progesterone meningkat selepas ovulasi, proses dimana ovari melepaskan ovum (telur). Keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika estogen terlalu tinggi dan progesterone tidak mencukupi dalam badan, ia boleh mendatangkan masalah seperti pendarahan tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta ketidaksuburan atau kemandulan.

Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kelenjar pituitari mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang dialami oleh kebanyakan wanita akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita yang mengalami tekanan.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

GEJALA-GEJALA
Kebanyakan wanita tidak menghadapi apa-apa gejala. Walaubagaimanapun, fibroid boleh menimbulkan banyak masalah bergantung kepada saiz, lokasi dalam rahim dan sedekat mana ia dengan organ-organ lain. Ketumbuhan fibroid yang besar boleh menyebabkan :-

Tekanan
Sakit pada bahagian pelvik
Tekanan pada pundi kencing dan boleh menyebabkan kekerapan atau ketidakbolehan untuk membuang air kecil
Tekanan pada rektum yang menyebabkan kesakitan ketika membuang air besar
Pendarahan dari rahim merupakan gejala yang biasa dialami oleh wanita yang mendapat penyakit ini. Jika fibroid berada berdekatan dengan lapisan rahim, atau mengganggu perjalanan darah ke lapisan berkenaan, ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa haid, senggugut, haid yang berpanjangan atau pendarahan sedikit ketika tidak mengalami haid. Wanita dengan pendarahan yang berlebihan kerana fibroid boleh mendapat penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan besi.

Fibroid tidak mengganggu proses ovulasi, ada kajian yang mengatakan bahawa fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sunday, November 2, 2008

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM PERLU 13 PENCALONAN SAHAJA LAGI!!



Setakat tengah malam semalam, Datuk Seri mendapat pencalonannya yang ke 26 bagi Timbalan Presiden.Kita hanya perlukan lagi 13 pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. Beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan juga kelebihannya itu yang tidak ada pada orang lain akan saya sentuh dalam post saya yang lain nanti. Saya dan sahabat-sahabat lain yakin dan percaya beliau akan dapat melepasi kuota pencalonan ini nanti. Kami juga mendoakan agar beliau akan terus sukses dan berjaya dalam membantu membawa perubahan di dalam UMNO serta membawa kegemilangan UMNO semula nanti bersama YAB DAtuk Seri Najib. Insyaallah...BUat Datuk Seri, semoga tabah dan bersabar walaupun banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi sejak akhir-akhir ini. Ramai yang menyokong dan masih berdiri teguh di belakang Datuk Seri.Buat teman-teman yang banyak membantu dan menyokong YAB Datuk Seri MOhd Ali Rustam , terima kasih diucapkan...Sama-sama kita doakan kejayaan beliau..ameen....

sumber gambar:www.kpmu.net

189 BAHAGIAN PUTERI SUDAH BERMESYUARAT. BAKI MENJADI REBUTAN BAGI PENCALONAN KETUA PUTERI MALAYSIA..



Sekali lagi naib ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ketua penerangan pergerakan itu, Datuk Shahaniza Shamsuddin memperolehi pencalonan yang sama banyak.Hari ini mereka menambah pencalonan dan masing-masing memperolehi 61 pencalonan sehingga lewat petang tadi.

Rosnah mendapat pencalonan tambahan hari ini dari bahagian Teluk Intan, Perak dan Pulai, Johor.Manakala Shahaniza pula memperoleh pencalonan dari Temerloh dan Sungai Siput.Seorang lagi calon, setiausaha pergerakan Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapat pencalonan tambahan dari bahagian Kota Bharu dan Tampin.Berikutan itu, beliau sehingga ini memperolehi 24 pencalonan.

Manakala pengerusi tetap Puteri bahagian Petaling Jaya Utara Ida Rahayu Mohd Noor berjaya memperolehi dua pencalonan yang diperlukan untuk layak bertanding jawatan ketua pergerakan itu.Hari ini beliau mendapat pencalonan yang diperlukan itu dari bahagian Kulim-Bandar Baharu.

Pengerusi biro keahlian pergerakan itu, Datin Ismalina Ismail masih kekal dengan 30 pencalonan, Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (10) dan ketua Puteri Terengganu Senator Nordiana Shafie (1).Sebanyak 189 bahagian Puteri telah bermesyuarat setakat ini.

Sumber:-Malaysia Kini

MES:
Dah hampir ke penghujung bab pencalonan. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya mendapatkan pencalonan sebagai Ketua Puteri Malaysia. Walaupun ianya hanya memerlukan sahaja pencalonan bagi melayakan diri sebagai calon Ketua Puteri Malaysia, saya yakin kali ini pemilihan Ketua Puteri Malaysia amat menarik dan akan menyaksikan saingan yang amat mantap. Masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri, prestasi kerja yang baik dan nilai kepimpinan yang tinggi.Saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bekerja dan selamat meneruskan perjuangan dalam kempen anda semua. Cuma dalam waktu yang tinggal 142 hari ini sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO ini, sukalah saya mengingatkan kepada diri saya dan juga kawan-kawan... Walaupun Pemilihan dijadualkan tahun hadapan, ada yang beranggapan bahawa ini masa yang terbaik untuk berkempen habis-habisan. Tetapi, kita mestilah peka dan juga mengambil kira apa juga masalah ahli dan juga masyarakat di sekeliling kita...Janganlah kita jadikan pemilihan ini sebagai alasan untuk kita tidak memperjuangkan nasib rakyat dan juga nasib ahli-ahli yang memerlukan bantuan kita. Pihak pembangkang sentiasa memerhatikan kita dan menunggu sahaja masa untuk kita buat kesilapan dalam kealpaan kita.(pantang silap sikit...,biasalah "Gajah depan mata tak nampak, yang nampak Kuman jauh di seberang sana..") Jadi...sama-sama kita kerja dan teruskan perjuangan dengan penuh semangat setiakawan....

Monday, October 27, 2008

ALFATIHAH : TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ZULKIFLI LEMAN.

Tengahari tadi saya mendpaat panggilan dan juga sms yang mengatakan sahabat kami Sdra Zulkifli Leman telahpun kembali ke rahmatullah .Saya ingin ucapkan takziah kepada seluruh kelauarga beliau.Jenazah akan dibawa ke rumah kakaknya di Taman seri Duyong dan aka dikebumikan selepas Zohor di Ujong Pasir. Allahyarham yang saya kenal mempunyai "PR " yang sangat baik.., sangat komited dengan tugasnya dan pandai bercakap dalam bahasa cina pulak tuh... Sebab itulah dia terpilih menjadi wakil Kerjaan Negeri Melaka ke Negara China . beliau telah banyak membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam mempromosikan Negeri Melaka dan mebantu urusan pelabur China datang ke Melaka.
Paling saya ingat mengenai arwah, sewaktu saya berucap kali pertama di Perhimpunan Agung UMNO pada Tahun 2006, selesai sahaja ucapan, saya tidak dapat bernafas . Rasa macam jantung nak tercabut. Almaklumlah, berucap kali pertama di hadapan Presiden, Timbalan Presiden, dan orang-orang besar dan Perwakilan UMNO di dalam dewan Keramat PWTC.Abang Zul lah yang telah menyambut saya di belakang dewan, menenangkan saya, mangambilkan minuman saya serta memberi kata-kata semangat....Sampailah saya tenang dan dapat bernafas kembali seperti biasa...
hingga ke saat ini, saya tidak nampak ada sesiapa yang boleh menggantikan "tugas-tugas khas" beliau... membantu semua perwakilan dari Melaka. Ntah macamana beliau sering mendapat PAS URUSETIA ....dan ada sahaja di belakang membantu setiap kali Perhimpunan Agung diadakan...

Semoga Allah swt mencucuri Rahmat ke atasnya...ameen......

Thursday, October 23, 2008

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 30/10/08

Salam semua, lama rasanya tidak menulis. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan pesanan dan nasihat buat saya (terharu rasanya).Hari ini hari yang ke 11 saya berpantang. Tapi tidaklah berpantang sepenuhnya..Ada juga yang saya tak ikut..

Tadi saya baru sahaja terima pesanan ringkas (sms) yang mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 30/10/08. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai perlu atau tidak pemilihan UMNO diadakan pada Disember 2008? walaupun peralihan kuasa di antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri akan dibuat hanya dalam MAC 2009. Dalam hati saya ini mesti gara-gara gesaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...(tidak lama dulu....macam biasalah kan?..). Kasihan saya dengan Presiden Parti yang terpaksa membuat keputusan bagi bincangkan perkara ini lagi sehingga ke tahap ini. Saya dapat bayangkan keaadaan Pak Lah. Walaupun sebelum ini selepas Permatang Pauh, saya juga berpendapat yang Peralihan Kuasa 2010 perlu dipercepatkan. Namun bila pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah bahawa peralihan kuasa akan dibuat pada Mac 2009, maka saya kira semua pihak perlulah hormatinya..Apapun kita tunggu sajalah apa keputusannya...

Ramai kata sebab tempoh pemilihan yang lama ini akan berlakunya gejala politik Wang?Benarkah begitu? Kalau benar sejauh mana ianya berleluasa...?
Bila bercakap soal ini, saya suka nak fokuskan pada pemilihan Puteri UMNO peringkat NAsional, memandangkan bahagian-bahagian sedang bermesyuarat lagi. Saya rasa kiita perlulah ada sikap yakin diri dan juga sedar diri.
= Yakin diri / Sedar Diri maknanya yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri... Kemana hala tuju dan apakah bentuk perjuangan yang ingin dibawa dalam Puteri Ini nanti.Jadi, pemilihan perlulah berasaskan kredibiliti dan kemampuan seseorang calon. Adalah tidak adil rasanya jika kita memilih seseorang itu jika di atas faktor RM(Ringgit Malaysia). Elaklah dari menjadi seperti ini. Ada juga aduan yang saya terima dari pihak B, katanya yang pihak A main politik wang, lepas itu pulak pihak A pun mengadu yang pihak B juga membuat perkara yang sama dan menafikan yang pihaknya (pihak A) terlibat dalam gejala itu. Pada saya senang, (DENGAN KADAR YANG SEGERA...)jika berlaku keadaan seperti ini, buat laporan secara bertulis beserta dengan bukti. Jadi soal Fitnah mefitnah tidak akan timbul..Kalau nak layan ...sampai 100 tahun pun cerita pasal ni tidak akan berakhir..

Pada saya juga kini bukanlah masa nak tunjuk siapa yang hebat.siapa lantang atau tidak lantang.., Siapa rajin atau siapa yang pemalas, Siapa yang pandai ambil hati bakal ketua atau siapa yang langsung tidak pandai ambik hati... Siapa berduit..dan siapa yang sengkek.. Kita banyak lagi ni agenda perti yang menjadi Misi kita yang perlu kita perjuangkan..

Apapun, Saya bersetuju dengan pendapat Musa Hitam..UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.“Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat,”.

MES: Walaupun sukar nak buang penyakit lama yang dah bertapak dalam UMNO ini, kita kena perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain.., Kita tak boleh patah semangat. Sebagai ahli UMNO kita kena kuat semangat.susah? memanglah...
mana ada benda yang senang dalam dunia ni selain daripada nak buat kebaikan? Nak buat jahat senang saja......(kalaulah kita ada kuasa sakti...huuh teringat cerita masa zaman kanak-kanak dulu.."i dream of jeannie"...).

Monday, October 13, 2008

Aku redha dengan kehilangan baby damia...



Assalamualaikum semua..
hari ni rasanya nak berkongsi perasaan sebagai seorang ibu. Pada saat ini, aku berada di atas katil di hospital Putra, Melaka. Aku dah masuk sejak semalam.Semalam dalam jam 8.30pagi masa menemankan abang long (haiqal) tengok tv, aku rasa tak selesa. Bila pergi ke bilik air, Ya allah.. aku "bleeding"!! terus aku baringkan diri..dan telefon sahabat-sahabat puteri yang juga bergelar ibu yang pernah mengalami saat macam ni.

Kemudian aku telefon Suami yang sedang berada di pasar,mintak dia pulang dengan segera. Kemudian, kami ke Putra hospital .Kena masuk wad. Tak ramai kawan-kawan yang tau... Saja nak rehat betul-betul.
Pagi ni , bila buat pemeriksaan imbasan(scan), Dr.Mahinder bagitau pada aku yang kandungan aku ni nampaknya tak normal... panjang jugak dia terangkan pada aku..Tapi aku tak dapat nak fokus,cuma Yang aku dengar tapi aku rasa macam taknak dengar ialah aku terpaksa cucikan kandungan ni.

Aku menulis ni dengan perasaan sangat bercampur baur. Sedih. Untuk dapatkan baby "Damia" ni agak sukar setelah HAiqal dan HAkim, yang kini dah pun berusia 4 tahun. Usia baby Damia baru sahaja hampir 2 bulan..(baby selepas permatang pauh...) Dan aku terpaksa cuci....masih lagi aku teringat saat-saat aku buat "pregnancy test"..sebulan lepas jam 3.30am.Hari ni pula, jam 2petang aku dijadualkan untuk masuk ke bilik "O.T". Nama Damia ni Helmy(suami) yang pilih.Sejak dari dulu saya mintak dia carikan nama anak, tak pernah dia carikan. Nama anak kami yang lelaki semua saya yang cari.Tapi kali ni bila saya dapat tahu mengandung jam 3.30pagi, Helmy terus peluk dan kucup dahi (mungkin rasa gembira sangat kot...)dia terus cari buku nama pilihan untuk naak-anak dan akhirnya dia memilih Qistina Damia(keadilan/bijaksana). saya teringat betul yang Hakim pun dah pandai panggil "Damia" bila peluk perut saya ni.

Takpelah...aku redha. Aku faham ini Qada dan qadar Allah. Malah aku rasa aku cukup bertuah dapat mengandung pada usia 32 tahun ini walaupun hanya seketika. Aku tahu, ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang masih lagi belum dihadiahkan zuriat walaupun telah lama berumahtangga. Jadi, aku perlu tabah. Siapa yang tak sedih kan?...
Buat sahabat-sahabat yang telah berkongsi kegembiraan aku sewaktu berita aku mengandung, terima kasih atas segalanya. Mohon kalian dapat juga mendoakan agar aku dimurahkan rezeki lagi.... agar dapat pengganti dan pengubat duka kehilangan Damia..
amin....

Sunday, October 12, 2008

JOM SINGGAH! BLOG PUTERI UMNO MASJID TANAH :- http://pu3masjidtanah.blogspot.com

Pada persidangan semalam, Puteri Umno Masjid Tanah turut membuat pelancaran blog yang telah disempurnakan oleh YB Dtk Wira Abu Seman b.Yusof , ketua Bahagian Masjid tanah. Jadi, saya mengalu-alukan rakan-rakan untuk singgah dan memberi komen. Terima kasih.

SELESAI SUDAH PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI MASJID TANAH.





Alhamdulillah puteri umno masjìd tanah telah selesai mesyuart dengan lancar dan baik sekali. Perubahan baik yang paling ketara adalah di kalangan para perwakilan sudah ramai yang berani bersuara,melontarkan pandangan.kupasan idea dan pandangan mereka juga amat baik dan mendapat pujian. Apapun, saya ingin ucapkan ucapan penghargaan kepada semua ajk yang telah banyak membantu. Selamat berjuang!

Friday, October 10, 2008

KEPUTUSAN PENCALONAN KPUM DAN NAIB KPUM MASUK HARI KE-2 MESYUARAT PERWAKILAN.

Salam buat semua, hari ni masuk hari ke2 mesyuarat pergerakan Puteri bahagian-bahagian. Nampak gaya masing-masing agak sibuk menguruskan mesyuarat bahagian , tidak lupa juga masih juga ada yang sempat buat rumah terbuka. Di kesibukan ini, sempat juga saya mengemaskinikan pencalonan bagi Pergerakan Puteri Malaysia. Setakat petang ini pencalonan adalah seperti berikut:

1)besut: kpum: Dato shahaniza
Naib kpum: Nolee ashilin
2)langkawi: -sda-
3)keningau:-sda-
4)kudat :-sda-
5)kuala kedah:-sda-
6)pokok sena:-sda-

7)pdg serai : kpum: Bibi sharliza
Naib kpum:shahanim
8)Baling:-sda-

9)tumpat:kpum :Rosnah shirlin
Naib kpum:nordiana shafie
10)ketereh :KPUM:Rosnah Shirlin
Naib kpum:haslinda zerain
11)Sipitang:Kpum:Rosnah shirlin
Naib kpum:Nolee ashilin

4 bahagian lagi akan bermesyuarat malam ini. Iaitu Tasik Gelugor,cheras, shah alam & beruas. Oklah, saya tak dapat menulis banyak. Hari hujan dan saya menggunakan hp sahaja untuk internet ni. Jumpa lagi.

Thursday, October 9, 2008

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN TELAH BERMULA...

Pagi ini menyaksikan Bahagian Sandakan, Sabah menjadi bahagian yang pertama di dalam Malaysia yang bermesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian-bahagian. Saya mendapat maklumat Jam 9.30pagi telah selesai semuanya. Tahniah dan syabas pada kak Noraini Sulong yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri Bahagian selama ini. Ini adalah saat-saat yang terakhir beliau bersama Puteri UMNO. Tahniah juga diucapkan pada Ketua Puteri Bahagian Sandakan yang baru dipilih (Menang tanpa Bertanding @ MTB). Mesyuarat Perwakilan ini juga menyaksikan pencalonan Ketua Puteri Malaysia yang pertama buat YB Dato shahaniza dan Naib Ketua Puteri Malaysia : YB Nolee Ashilin.

Bahagian-bahagian yang turut bermesyuarat pada hari ini juga pada hari ini ialah Bahagian Pensiangan(Sabah)(Pencalonan KPUM : Dato Shahaniza,Kimanis (sabah)(Pencalonan KPUM: YB Rosnah), Padang Terap (kedah)-sedang bermesyuarat lagi ketika ini), Padang Rengas (Perak)-Malam ini dan akhir sekali Bahagian Machang (Kelantan) Pencalonan KPUM kepada Dato Shahaniza.

Setakat ini sahaja maklumat yang saya perolehi dari rangkaian sahabat-sahabat seluruh negara. Nanti kalau ada maklumat tambahan nanti saya akan maklumkan di di dalam blog ini. Harapan saya agar segala persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-bahagian akan berjalan lancar.Kita hormati segala keputusan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat. Juga ini bukanlah medan pertempuran untuk mengukur kehebatan.Saya juga dengan rendah dirinya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya juga ingin bekerja dan komited lagi dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Banyak komitmen yang perlu diberi bagi membantu memperkukuhkan parti UMNO ini khususnya di kalangan sayap orang Muda. Saya juga sedar walaupun kini bukanlah masa yang terbaik buat UMNO . Pada waktu ini kita perlu bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memulihkan kembali semangat dan keutuhan Parti UMNO yang kita sayangi ini..

Buat semua sahabat-sahabat Puteri seluruh Negara, Selamat Bersidang!!!

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan presiden UMNO pada pemilihan UMNO nanti.

Selepas mempengerusikan majlis mesyuarat tertinggi BN , Pak Lah telah umumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti pada pemilihan Parti UMNO ini nanti. Ini adalah 1 contoh proses peralìhan kuasa yang agak lancar saya kira. Ini juga satu petunjuk bahawa Pak Lah dan ada ramai juga pemimpin UMNO mengamalkan sikap toleransi yang membawa kepada persefahaman dalam perjuangan parti yang mana matlamatnya ke arah menstabilkan keadaan politik tanahair kini. Begitu juga dengan keputusan bagi pengganti kepada Perdana Menteri akan dibuat pada Mac ini kepada siapa yang memenangi Jawatan Presiden Parti ini nanti.apapun kita tau, Bukan mudah keputusan yang dibuat oleh Pak Lah ini. Tetapi, saya yakin dan percaya bahawa ramai yang menghargai dengan keputusan ini. Mungkin ini jalan dan keputusan yang terbaik..

Gambar sewaktu rumah terbuka Dato Shahaniza Adun kuala Sentul, bersama dengan ketua Puteri Pahang 7.10.08


Maaf buat sahabat-sahabat puteri bahagian.


Semalam saya dihubungi oleh kak rini. Katanya nak datang berhari raya di rumah. Saya masa tu dalam perjalanan nak ke Pahang. Tapi bila dicongak masa, sempat saya sampai rumah jam 8malam nanti. Tp tepat jam 6.30pm , saya dapat maklumat abah dimasukkan ke wad di hospital Putra. Saya terus hubungi shbt puteri untuk tangguhkan hasrat untuk berjalan raya .saya perlu ke hospital dengan segera bila tiba di melaka nanti. Mana tidaknya. Abah tidak pernah masuk wad . Terkejut rasanya. Terkilan saya tidak dapat menguruskan kemasukan abah ke hospital. Saya juga ingin minta maaf buat kawan-kawan puteri yang telah bersiap-siap ke rumah saya semalam. Apakan daya. Di luar kuasa kita. Abah dalam masa sebulan telah hilang lebih 10kg. Darah tinggi tiada.begitu juga dengan kencing manis. Sekarang ni saya di klinik. Sedang tunggu pemeriksaan doktor. Harapan saya, agar keadaan abah tidak ada apa-apa..doa saya untuk abah agar cepat sembuh... Amin.

Tuesday, September 30, 2008

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH 2008

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH. ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH AKAN BERSIDANG PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:-

tarikh: 11HB OKTOBER, 2008.
JAM : 8.00malam
Tempat: Dewan Besar, Pejabat UMNO Bahagian MAsjid TAnah,
Melaka.


SEMOGA DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN AGAR DAPAT SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SEGALA IDEA DAN JUGA BUAH FIKIRAN SEWAKTU PERSIDANGAN ITU NANTI.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam Aidilfitri,

Pertama sekali saya ingin m,engucapkan kepada teman--teman dan sahabat-sahabat yang telah mengirimkan kad ucapan selamat Hari Raya dan juga SMS. Maaf sekiranya saya tidak sempat membalas... Ada juga kad yang tidak sempat saya poskan.
Mungkin teman-teman yang lain ada sedang sibuk membeli persiapan akhir, ada juga yang sedang sibuk memasak di dapur, ada juga yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung...apapun yang pasti ramai juga yang masih seperti saya...dududk di pejabat. Masih Bekerja di petang hari Raya.

Apapun yang sedang kita lakukan sekarang, pastikan kita tidak lupa pada yang telah pergi.... ataupun sahabat atau saudara lama kita yang telah lama kita tidak bersua, bertanyakan khabar. INilah masa terbaik untuk kita tautkan kembali hubungan yang telah lama terlerai..walaupun cuma melalui sms..Saya baru sahaja menghantar sms kepada sahabat saya yang telah lama tak jumpa. Kami jarang bertemu, jarang berbual, walaupun kami di dalam organisasi yang sama.Tetapi antara kami seakan-akan ada batu blok yang begitu besar menghalang persahabatan kami. Saya banyak kali beralah....kali ini juga saya beralah. Saya percaya ini bukannya pertandingan. Tidak salah kita kirimkan ucapan memohon maaf...kan?

Jam dah pun menunjukkan pukul 3.09petang. Tinggal kami berlima sahaja di Pejabat Ketua Menteri ini. Punggung pun dah naik panas dengar cerita adik-beradik dah sampai di rumah, memasak lemang dan ketupat.. Hmmm saya masih di sini.. YAB Ketua Menteri Melaka kini sedang melawat bekas wakil-wakil rakyat Negeri Melaka dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan HAri Raya kepada mereka.Jangan lupa, saya bagi pihak YAB Ketua Menteri Melaka menjemput datang ke kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka di Ayer Keroh, Melaka jam 10pgi hingga ke 3petang esok(Hari Raya Pertama).

Buat teman-teman blogawan....
selamat hari raya saya ucapkan. Sekiranya ada terkasar bahasa dan mengecilkan hati dalam kita melontarkan apa jua pandangan, saya Minta maaf ye.

wsalam.....

Wednesday, September 24, 2008

APA ADA PADA NOMBOR?......



Teringat saya Malam tadi..(baru sahaja 5 jam berlalu..), sewaktu Majlis Penutup Pertandingan Tilawah AlQuran UMNO Perhubungan yang berlangsung di Masjid KTIAM, Kuala Sungai BAru... Ramai yang saya jumpa...Ramai juga yang menegur....

Rata-rata menyebut nombor masing-masing....

"jangan lupa tau no #tutpuluh3...." "emy, jangan lupa tau..no.2puluh tut#...".sampaikan kedua anak saya yang ada di sana pun disuruh menghafal nombor mereka...
Saya tahu niatnya bergurau.tapi dalam maknanya...Seronok tengok gelagat masing-masing..

Apapun saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UMNO Bahagian yang akan bertanding nanti.. Bertandinglah secara sihat. Beritahu apa yang boleh anda bantu dalam usaha memulihkan kembali UMNO ini. Paling penting....komitmen kepada PARTI, haruslah dijadikan keutamaan..dan bukannya kerana ingin mengambil kesempatan sekiranya dipilih menjadi pemimpin (sekiranya terpilih laa...).

Selamat hafal nombor!!!!

Akhirnya....

Setelah beberapa lama "menumpang kasih" di komputer sahabat-sahabat..., akhirnya dapat juga saya menemui (mohon izin Tuan Sebol )..."modem baby celcom" saya yang rosak akibat teknikal... Haaa.... dapatlah saya kembali menjadi blogawan semula bersama-sahabat-sahabat lain....(eiiii rindunya......)hahahhaa.Sedapnya mak saya buat kuih muruku ni..yum..yum..

Aflah dah pun bercuti...(Pun seronok jugak)..Saya masih lagi bekerja...sampai ke 1 hari raya (separuh hari). Esok Saya dapat cuti pun disebabkan saya terpaksa ambil cuti kalau tidak saya terpaksa pesan orang beli barang persiapan Raya.>>(haru..)
Sedar tak sedar..hari ni dah pun ke 24hbSeptember, 2008. Apa dah jadi dengan cerita sahabat PKR tentang 23hb?...Baru sekejap tadi saya hantar pesanan ringkas kepada sahabat saya AMK di Utara. Dia pun belum tidur lagi...saya tanya.. Apa dah jadi? Sebab kali terakhir saya menemuinya, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang
23hbSeptember ini PKR akan mengambil alih kerajaan....

Beliau membalas balik "Pak LAh tidak mahu lepas jawatan, Agung balik UMrah PAk LAh akan dipanggil mengadap.Final....MP akan dipanggil untuk buat pengakuan peralihan ke Pakatan. Kalau masih degil lagi, tunggu 13hb untuk umum di Parlimen"....

Wah..wah...wah...macam-macam cara kan? Masuk ni dah berapa kali kita diberi pelbagai tarikh....Kejap 16hbSept, Lepas tu 23hbSeptember,kemudian 1hb.Oktober. dahtu..baru kejap tadi dah tukar pulak, ke 13hb.Oktober...Mana satu ni ?.Pening lah..Teringat masa zaman kecil-kecil dulu kan... Tak dapat beli ais krim hari ni, dijanjikan lusa...Tak dapat lusa..dijanjikan minggu depan...Hai... DSAI benar-benar buat kita macam budak-budak...DSAi betul-betul buat penyokongnya teruja dengan setiap bait-bait yang dilagukan dan dan dinyanyikan kepada semua penyokongnya...Maka kasihanlah mereka yang tidak berdosa ini..percaya bulat-bulat...
Sampai depa nak raya pun tak senang hatilah...Nak nyanyi lagi?nyanyilah..

Buat Ahli UMNO seluruh negara.... RAya, Raya juga... tetapi tanggungjawab kita sebagai ahli PArti hendaklah kita teruskan juga. Ini adalah penentu.. Jangan persiakan segala hak yang ada pada kita sebagai ahli PARTI. Saya mulakan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian saya pada 11hb Oktober,2008 jam 8.00malam. Yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian YB Datuk Wira Abu Seman...Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa saya yang telah menang tanpa bertanding.....Jadi malam itu bolehlah kita fokuskan kepada USUL dan juga untuk makluman semua Puteri Bahagian MAsjid Tanah akan melancarkan Blognya nanti...Tunggu!!!!!!

Saturday, September 20, 2008





Pagi tadi berlangsung tilawah alquran di hotel Centrepoint ,kuala lipis. Kami tiba jam 12.30pm, tilawah pun dah selesai. Lewat nampaknya kami. Kmdn saya turut serta dlm mesyt yg dipengerusikan oleh Yab Dtk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 4pm mesyuarat biro latihan dan keahlian Umno MAlaysia dan Pahang. Byk agenda dan perkara penting dibincang. Ada satu cdgn yg benar2 menarik hati saya. Tapi saya tidak boleh cerita lagi bab tu. Nanti2 ok... Kmdn pada sebelah mlm diadakan maj.penutup tilawah. Tahniah pda qari saudara budiman dari 4b melaka yg telah berjaya mendapat tempat kedua. Semoga acara yang baik ini akan dpt diteruskan lg pada msa akan dtg. Saya juga tertarik dgn ucapan dtk seri yg memberi nasihat supaya belia kini menanamkan semula semangat sukarelawan di kalangan belia. Rela untuk memberì komitmen tanpa harapkan apa jua balasan. Insya allah.

Majlis Berbuka Puasa Puteri Umno Malaysia bersama Anak Yatim dan Anak PDK.

Sewaktu menyerahkan duit raya kpda anak yatim.
Yb Nolee bersama Anak Yatim menikmati hidangan.

Monday, September 15, 2008

PERJUANGAN UMNO PENUH LIKU...dI tANGAN KITA PENENTU....wallahulam...

Assalamualaikum semua
Dah lama saya tak menulis. Maaflah. Modem saya yang rosak...memang betul-betul memberi kesan akibat dah lama tidak menulis dan membaca catatan di blog kawan-kawan. Ini pun saya menumpang kasih wi-fi di Old Taste Kopitiam. Dapatlah saya menulis dan maklumkan apa juga perkembangan yang terbaru.

Sebelum itu, petang tadi sempat saya bersama mengikuti Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2008 yang telah diadakan di PUteri Resort, Melaka. YAng telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris Haron. Ramai juga pemimpin belia yang hadir. Banyak juga agenda penting yang dibincangkan. Tetapi, saya tidak dapat tunggu sampai habis kerana saya mendapat panggilan penting. Mahu tak mahu, saya terpaksa keluar dari Majlis tersebut.

Berbalik pada cerita saya yang awal, dalam 4 hari ini macan-macam hal yang berlaku. izinkan saya menulis selanjutnya......

1)Bukan buta hati, bukan buta mata dan juga bukan pekak telinga.. bukan saya tidak nampak apa yang berlaku dan tidak peka terhadap apa jua yang berlaku. Tapi dalam hal yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.Saya benar-benar rasa amat resah. Pada saya sesuatu perubahan yang drastik perlu dilakukan dalam UMNO dengan SEGERA!

2) Saya secara peribadi menyokong bahawa hak saya sebagai ahli dan juga sebagai mewakili kawan-kawan saya yang lain selaku rakyat Malaysia ...rata-rata.hampir kesemuanya meminta supaya pelan peralihan kuasa di antara PM dan TPM perlu dilakukan segera. Memanglah, bila kita cakap mulut....sapa yang nak percaya?.... waimah cakap ketua Puteri Negeri pun orang masih lagi boleh mempertikaikannya.....Sapa saya? Tak kisahlah. Cakap apa yang benar. Mesej dari sahabat-sahabat dan akar umbi perlu disampaikan....walaupun makan diri.

3) Jadi mingu lepas saya dan beberapa sahabat saya yang lain bercadang untuk menjalankan kajian soal selidik tentang apa yang berlaku tentang senario politik di negara kita. Tapi,khusus untuk orang muda negeri Melaka. HAnya secara rambang kajian dibuat terhadap orang muda melaka yang tidak kira latarbelakangnya.Pelajar? Pekerja kilang? Professional? Periaga? Orang susah...Orang kaya?.... semua ada..jadi maknanya, kajian soal selidik ini adalah mewakili suara orang Muda Melaka.

4) Ini sahaja usaha yang kami buat untuk menunjukkan bahawa kami cakap bukan sebarang cakap..tapi dengan bukti dan kerjarumah yang telah kami lakukan...

5) Kami orang muda perlukan nafas baru dalam UMNO dan juga Kerajaan BN. Bukan budaya yang boleh menjadikan kita ini semakin lemah dan dibenci orang. Bukan juga menjadi pemimpin yang tiada pendirian...dan menjaga hati semua orang. Tetapi menjadi pemimpin yang sensitif dengan tuntutan rakyat. Buat kerja dan laksana tanggungjawab baik dengan pendekatan yang terbaik serta boleh diterima oleh segenap lapisan rakyat.

6) Pilihan terletak pada semua ahli UMNO.Kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memilih dan menetukan masa depan UMNO terletak di tangan semua ahli UMNO sekarang. Saya? Dah tentu saya sayangkan PArti dan saya sayangkan Presiden Parti. Tapi, Sayang saya pada Parti Lebih. Jadi saya minta maaf Presiden Parti.... Rakyat dah lama bersuara....KITA KENA BERUBAH...

7) Saya tidak mahu akan datang kawan-kawan dan saudara mara saya menyalahkan saya nanti kerana tidak membuat keputusan yang betul sehingga mengakibatkan UMNO tidak akan hidup dan mekar lagi....Beban pada saya selaku Ketua Puteri UMNO Melaka menyampaikan suara hati anak muda , puteri UMNO Melaka...Mungkin ada sahabat saya yang lain tidak bersetuju dengan saya.Terpulang.........

Saya serahkan segalanya pada ketentuan ILLAHI. Saya dah berusaha, saya dah cakap, saya dah sampaikan pada yang sepatutnya.....Saya tidak akan berhenti..saya akan terus bercakap... dan menulis.

mes:
teringat saya semalam sahabat UMNO Dewasa (bukan tua)ada yang menegur saya kerana katanya saya dah berubah sebab dulu tak macam ni. Saya cakap Inilah saya, cuma dulu saya banyak melihat..tak banyak cakap ,hanya banyak menyimpan di dalam hati...Tetapi sekarang tak boleh lagi.......
apa yang tidak betul, apa yang tidak kena...saya perlu sampaikan.... semoga saya diberikan kekuatan....insyaallah
orang pun dah nak tutup kedai..jumpa lagi..wsalam.... selamat bersahur!!

Thursday, September 11, 2008

GB4B Tangga Batu anjurkan Majlis Pertandingan Tilawah Al-quran dan Nasyid Parlimen Tangga Batu.




Petang tadi saya sempat menyaksikan majlis pertandingan tilawah al-quran dan nasyid yg telah dianjurkan oleh GB4B Tangga Batu. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yb Dtk Idris Haron. Dah lama saya tidak dengar beliau berucap. Petang tadi beliau sentuh tentang pemimpin yg terdiri dari orang muda. Yg perlu diberi peluang dan dibimbing oleh orang dewasa supaya generasi akan datang akan menjadi generasi yang terbaik. Sambil menyentuh tentang Saidina Ali r.a yg telah memberikan perumpamaan orang muda ini adalah cermin pada masa hadapan. Apapun, pujian harus diberikan pada cikgu zali,nurul dan semua ajk program yg telah mengendalikan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga tahniah diucapkan pada pemenang tilawah dan nasyid peringkat Tangga Batu ini. oklah. Saya dah nak bergerak pulang ke rumah ni. Terpaksa menggunakan telefon sahaja untuk gunakan internet. Jumpa lg. Wassallam.

Wednesday, September 10, 2008

AHMAD ISMAIL DIGANTUNG 3 TAHUN.

Akhirnya UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama 3 tahun. Ini bermakna, pada pemilihan bahagian kali ini Beliau tidak boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian walaupun Beliau telah menang tanpa bertanding.Beliau juga tidak boleh memegang apa jua jawatan di dalam parti selama tempoh 3 tahun itu. Persoalannya samada cukup atau tidak hukuman digantung keahliannya selama 3 tahun itu berdasarkan kesalahannya yang telah cukup membuat kaum cina "JK" (JIWA KACAU).Serta adakah hukuman itu setimpal untuk memberikan pengajaran kepada ahli UMNO yang lain supaya jangan diulangi kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail dan penyokongnya.

Cukup atau tidak,UMNO melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Presiden Parti telahpun memutuskan tempoh 3 tahun ini. Hormatilah keputusan yang telah dibuat ini. Semoga dengan kes Ahmad Ismail ini akan memberikan pengajaran khususnya kepada mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO supaya berfikir sebelum bertindak . Pada pandangan peribadi saya juga saya rasa kita sebagai pemimpin perlu sentiasa mengawal anak buah kita supaya bertindak dalam keaadaan berhemah. Ini bagi mengelakkan sindrom" lebih kuah dari sudu" ini akan terus berlaku. Kadang-kadang anak buah lebih garang. Biasalah, nak menunjukkan rasa hormat dan juga rasa ingin melindungi ketuanya. kalau nak lindung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain dengan tindakan kita.

Oklah saya dah nak bergerak menuju ke kediaman Ketua Menteri Melaka. Ada majlis berbuka Puasa bersama YAB Presiden PArti ptg ini di sana dan malam ini pula beliau akan merasmikan Majlis Pertandingan Tilawah Alquran UMNO Melaka. Akhir kata,Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua.
wsalam.

Tuesday, September 9, 2008

TDM AKAN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO?

jIKA benar bagai dibaca...phuh... saya pasti bukan saya sahaja yang gembira. Tapi kawan-kawan puteri saya yang lain juga turut geMbira dengan berita ini...TAPI jika benar bagai dibacalah... ( www.pemudaenggang.wordpress.com).

Buat apa nak membawa hati yang lara..melihat UMNO dari kaca luar. Alangkah baiknya jika TUN kembali bersama UMNO kini, dan membantu apa yang patut dilakukan di dalam .
Persoalan demi persoalan mungkin akan banyak yang timbul.

Apapun..yang pasti kembali TDM ke dalam UMNO bukan sebarang kembali..tetapi KEMBALI YANG PENUH ERTI.

ISU PERKAUMAN: Satu Petanda yang amat bahaya...

Apabila melihat kekecohan yang berlaku melibatkan isu minta maaf Datuk Ahmad ISmail semalam. Saya menggelengkan kepala. Malu.Malu yang amat sangat dengan perangai penyokong yang tidak matang serta bertindak yang keterlaluan di luar batasan seorang rakyat Malaysia. Berlatarbelakangkan lambang UMNO, dengan perasaan marah mengoyak gambar Mantan Ketua Menteri P.Pinang.Tidakkah terlintas di fikiran mereka yang tindakan ini bakal menggugatkan perpaduan Kaum, serta mencalar UMNO itu sendiri.Memang sebelum ini saya ada komen mengenai isu Datuk Ahmad ismail ini.Ingatkan ianya akan berakhir,tetapi (ada lagi?!!) nampaknya berlarutan..malah melarat hingga insiden mengoyak gambar Pemimpin. Ini tidak bagus..sungguh tidak bagus. Saya sebagai Ahli PArti UMNO pun rasa tindakan penyokong Datuk Amad ISmail ( saya kira penyokong..sebab saya tidak kenal pun mamat tu).


Kini, ada pula cadangan dari Panglima Angkatan tentera Malaysia, yang menyarankan Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh mengancam keselamatan Negara. Saya secara peribadi, merasakan bahawa cadangan itu sangat baik. Cuma, harapan saya biarlah tindakan yang dikenakan itu terpakai kepada semua.Jadi mana-mana pihak selepas ini yang cuba membakar api dia akan fikir dua, tiga kali.. Sayang mulut sikit bila bercakap...
Tidak ada soal "aku kebal...engkau tidak kebal..oleh itu aku boleh cakap dan buat apa sahaja". Tapi selepas ini sekiranya ada apa-apa insiden seumpama ini kenalah disiasat siapa yang bertindak ke arah itu. Yelah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Orang yang bercakap tidak ada apa-apa, tetapi..orang lain yang lebih menunjukkan perasaan dan emosinya.Keduanya berkait. Cuma beban tu kenalah pada mereka yang benar-benar membangkitkan isu kaum yang boleh cetus kepada kestabilan dan keselamatan negara.

Tambahan pula selepas Insiden ini , sekiranya ada lagi tindakan yang melibatkan ahli parti. Maka, Parti yang terlibat hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parti mereka yang boleh kita kategorikan sebagai "mulut longkang "itu.Janganlah biarkan mereka ini mengganggu-gugat keharmonian kaum negera kita ini,khuatir ada pihak yang akan "cuba menangguk di air yang keruh nanti".

Dalam kes Datuk Ahmad Ismail ini, kemarahannya kepada Koh Tsu Koon tapi biasalah ianya terpalit juga kepada kaum cina. Saya dah baca ucapan penuh Datuk Ahmad Ismail sewaktu Sidang akhbar semalam...hmmm...penuh bersemangat....
ntahlaaa.....
Apapun, Malaysia ini berbilang kaum. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Cukuplah kes Ahmad Ismail ini. Niatnya, hasratnya saya faham dan saya mengerti.
Buat sahabat-sahabat dari kaum/bangsa cina waimah yang lahir dari setitis darah orang cina... tolong jangan salah tafsir apa yang berlaku semalam. Tidak semua orang Melayu bertindak sebegitu. Kita bersama perlu ada perasaan syukur di atas keharmonian kaum yang telah lama kita kecapi selama ini.

Friday, September 5, 2008

Sekadar Untuk Kita renungi bersama: Sikap dan Pemikiran kita.

Bila YAB TPM membuat kenyataan meminta maaf berkenaan dengan insiden ceramah di Permatang PAuh tidak lama dulu yang melibatkan Ahmad ISmail dari Bahagian BUkit Bendera . Ramai yang bising. Ada juga yang melenting katanya memang tak patut kenyataan minta maaf dikeluarkan oleh seorang TPM...Bakal disebut2 sebagai pengganti Pak lah pulak tu....

Kenapa perlunya mintak maaf?....kenapa perlu kita sahaja yang minta maaf?..
perlu sujud...perlu takut.. ? Kerana Khuatir ia akan menjadi suatu budaya yang kelak akan memakan tuannya sendiri...Pagi ini Saya terbaca sebuah penulisan di http://www.pemudaenggang.wordpress.com , Mungkin kita boleh jadikan sekadar renungan dan ingatan kita bersama. .

1. bile lagu negaraku diolah menjadi rap ‘negarakuku’ oleh pencipta lagu Namewee….kenapa tidak ada permohonan maaf dari rakan sebangsa Namewee….

2. bila hindraf buat kenyataan palsu ‘ethnic cleansing’ oleh kerajaan pimpinan UMNO….kenapa tidak ada wakil dari rakan sebangsa hindraf mohon maaf….

3. bila kita buat kenyataan mengenai kepentingan orang melayu..kita digelar racist….

4. dulu kes kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video tapi didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

5. bila ada orang umno keluar kenyataan ‘pendatang’…kita cepat2 mohon ampun maaf….

6. bila bicara pasal perpaduan, surat khabar dan rancangan tv melayu je yang banyak keluarkan iklan…yang lain macam mana??

7. kita bukan lah racist…tapi kadang-kala terfikir juga, takkan kita sebagai melayu tak boleh nak bersuara lebih??….asyik lebih kurang je….silap-silap nanti bangsa melayu yang terkurang…bangsa lain yang lebih….atas semangat lebih kurang, tu yang ekonomi orang melayu asyik kurang….

8. bila terlalu menekan akan hak kita, dikatakan kita racist….bila bangsa lain tekan hak dorang…kita diam je…tak pula kita kata depa racist….

9. kenapa jadi begini, kadang-kala penulis berasa inilah uniknya politik Malaysia. Lain dari yang lain. Pendek kata, tidak ada pendekatan yang ‘generic’ yang digunapakai di negara lain boleh kita guna di Malaysia.

10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua.

11. Hak melayu sama juga dengan hak bumiputra, yakni saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. Jangan lah cerita pasal hak melayu je. Hapus hak melayu maka terhapuslah hak bumiputra juga.

Mes:
Hati kecil Saya pun terdetik...ada benar juga kata-kata di atas..kita semua bukan tak ada kawan2 dari bangsa lain. Malah ada ramai sahabat saya yang teman baiknya adalah dari bangsa lain. Yang penting, kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya benar2 menghormati pendirian Dato Ahmad ISmail yang enggan meminta maaf....BUkan hendak bersikap perkauman.Kadang-kadang hati panas juga bila asyik kita sahaja yang perlu beralah.. Tetapi selepas ini biarlah kita sama-sama menjaga hubungan baik dan sensitiviti antara sesama kita. Bukan hanya hal dan isu perkauman, tetapi juga hal yang melibatkan agama. Yang turut disentuh oleh "The Riding MP" melalui penulisan di dalam blog beliau.


"Pendek kata orang Melayu yang beragama Islam telah korbankan hak kewatanan mereka kepada bukan Melayu; dan sebagai ganti dijamin hak orang Melayu/Muslim kepada keistimewaan dan agama Islamnya.Saya berharap isu ini akan membuka mata golongan bukan Islam bahawa bagaimana mereka begitu terasa terguris kerana hak perlembagaan mereka dipertikai..begitulah tergurisnya perasaan umat Islam apabila hak Islam mereka yang dimaktubkan di dalam perlembagaan dipersoalkan"




Jadi cukup-cukuplah tu...Kang huru hara negara kita jadinya..Negara hancur,Ekonomi ntah ke mana, Rakyat menderita....

Wednesday, September 3, 2008

Peranan Orang Muda Diperlukan dalam UMNO dan BN.

Saya amat tertarik dengan cadangan oleh Dr Wan Norashikin Ketua Puteri Perak di dalam usaha memantapkan lagi BN yang memerlukan perlaksanaan segera dilakukan. Barisan Nasional (BN) perlu membentuk satu pendekatan khusus bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses pembangunan negara.

Saya juga pernah membincangkan banyak kali perkara yang sama bersama sahabat-sahabat politik di dalam usaha kami menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).Kerana apa yang berlaku kini ramai mereka yang cerah serta yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pemimpin tidak diberikan ruang sepatutnya. Ada dicantas dan dihalang dari menyertai Parti ini.Ini penting supaya golongan muda ini merasai bahawa diri mereka dihargai bila suara mereka didengar.

''Kita dapati kini tidak berlaku proses penggantian yang sempurna kerana golongan muda terutama daripada kalangan profesional dan berkelayakan tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti dan kerajaan untuk membolehkan mereka bersuara.''Apa yang penting ialah kita perlu membaca kehendak golongan ini sebelum membuat sesuatu keputusan yang jitu dan saya sebagai sebahagian daripada golongan itu dapat merasai sedemikian,"kata Ketua Puteri Perak...

Bagi saya, tua dan muda saling perlu memerlukan..gandingan serta kombinasi dari acuan yang baik akan dapat meghasilkan satu kesan yang mendalam. Cuma buat orang lama dalam Politik, saya tak salahkan mereka kerana mereka mungkin berpendapat bahawa anak muda perlu belajar dari bawah dan pengalaman dalam politik akan mematangkan mereka. Sikap sesetengah pemimpin muda yang ingin cepat naik, ghairah berebut jawatan menjadikan ramai pemimpn lama yang kecil hati, terasa hati dan trauma dalam mengambil orang muda dalam Barisan kepimpinan Mereka.Tapi saya yakin dan penuh percaya yang kita ini perlu bersangka baik, amalkan bermusyuawarah... dan insyallah kita akan dapat pemimpin yang dapat membantu apa juga perkara yang kita rancangkan demi kebaikan. Saya ada juga pengalaman di mana ada pihak yang cuba mengganggu Puteri bahagian saya. Bagi saya sungguh senang, sesiapa juga yang ingin menawarkan diri sebagai AJK Puteri Bahagian, dipersilakan. Saya tidak akan menyekat mana-mana pihak. Malah saya gembira dengan perubahan positif yang saya kira agak mendadak ini. kalau dulu, punyalah payah nak mencari calon menjadi AJK Puteri Bahagian. Kali ni pemilihan,ramai yang ingin jadi AJK.

Hmmm... cuma pada kawan-kawan puteri, nak jawatan ni tidak semudah yang disangka. Cuma pesan dari diri saya kurang pengalaman ini, sayajuga bermula dari bawah...kita kena kerja keras, komited dan bertanggungjawab terhadap amanah yang kawan-kawan berikan. Bukan hanya kerana inginkan "populariti"...( tidaklah sepopular mana pun ..). Dan bukan kerana nama. Tapi, kena faham apa yang diperjuangkan. Sekarang saya tegaskan sekali lagi...Kini bukanlah masa yang baik untuk UMNO dan BN. Ini masa yang agak sukar. Oleh itu pemimpin yang berjiwa kental, tidak mudah putus asa dan sikap ingin belajar itu saya perlukan dalam AJK saya nanti... Bodoh tidak mengapa asalkan ingin bertanya, Jangan jadi "bodoh sombong".... itu sakit nanti...
Kalau ada yang pandai, tapi ingin belajar serta hormat pada pemimpin...pun bagus juga.

aish...macam-macam kan.....

Tuesday, September 2, 2008

Selepas kurnian tanah 999 tahun...kini jadi lagi... ref:Utusan

IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.‘‘Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju.

‘‘Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka,” katanya di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan.

Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri.Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka.‘‘Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut,” katanya

Mes:
Janganlah nanti orang kata Kepimpinan MB Perak bagai dicucuk hidung, Sayang seribu kali sayang. YAB MB perak orangnya terpelajar, Kuasa ada di tangan tetapi orang kiri dan kanan bukan betul-betul ingin membantu pentadbiran beliau sebagai MB. Saya menggesa supaya MB Perak boleh contohi YAB Ketua Menteri Melaka,yang sungguh membantu rakyat Melaka tidak kira agama bangsa dan waktu..di mana ada sahaja kesempatan.. .takpun kalau kala tak mahu ikut Ketua Menteri Melaka, sebab pembangkang kan......contohilah MB Kedah..

Sebut pasal kedah...teringat dapat berbual dengan salah seorang exco kanan Kerajaan Negeri Kedah minggu lepas yang juga merupakan pemimpin tinggi PAS Kedah. Beliau sangat baik dan begitu berhemah...Kehidupannya juga begitu sederhana. Saya harap exco kerajaan Negeri Lain takpun wakil rakyat ke..mana-mana partilah, tidak kisahlah di mana jua anda berada di muka bumi ni..bolehlah mencontohi kehidupan Exco ni. Saya mengenali keluarga beliau kebetulan bertemu dengannya...hmm....hidup ni sungguh hebat kan....kadang-kadang kita dapat pengalaman yang tidak terduga oleh kita...

Meraikan Anak Merdeka .

Pada petang ini, YAB Ketua Menteri Melaka akan meraikan anak-anak Merdeka yang lahir pada 31hb Ogos...Ini adalah merupakan sambutan kali kedua diadakan. Tahun lepas anak-anak Merdeka ini diraikan di Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh. Pada kali ini pula akan diraikan di Masjid Bukit Beruang Ayer Keroh, Melaka . Jadi kepada sahabat-sahabat yang mempunyai kenalan sesiapa jua yang lahir pada 31hb Ogos...sekiranya mereka berada di Melaka pada Petang ini harap dapat sama-sama memeriahkan lagi suasana dengan hadir ke Masjid Bukit Beruang bersama keluarga.Jangan lupa bawa kad pengenalan sebagai bukti pengesahan Anda anak kelahiran 31hbOgos!!
Butir-butir MAjlis Petang ini:-

Tempat: Masjid Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.
Waktu: 6pm.
TArikh: 2HB.sEPTEMBER, 2008 (SELASA).

Mengajar Anak Berpuasa....




Barulah saya sedar, payah juga nak mengejutkan anak bujang saya yang baru berusia 5tahun ni untuk bersahur. Macam tu jugalah mak selalu bising mengejutkan kami 6 beradik dulu...hmm...setelah puas memujuk, akhirnya Haiqal mahu juga menurut saya ke dapur...Sampai di dapur terus dia letakkan kepala dia atas meja. Mengantuk sangat katanya. Saya tak jangkakan Haiqal hendak bersama bersahur dengan kami, tapi bila saya bersembang dengan suami katanya anak kawan baiknya yang seusia haiqal dah pun berpuasa. Walaupun separuh hari, tapi semangat yang ditunjukkan oleh anaknya yang buatkan saya dan suami bersepakat mengajar haiqal untuk berpuasa. Terdetik dalam hati saya berkata...."kecil lagi anak aku ni...".

Lepas saya suapkan nasi tak sampai 5 suap ke mulut Haiqal , Dia kata dia dah kenyang..terus bangun. Sempat saya mintakan abahnya untuk mengajar haiqal niat berpuasa....Tersenyum haiqal...Nasib baik sejak bersekolah di TAdika Amirah, Haiqal faham apa itu niat, dosa dan pahala, Surah yasin pun hampir separuh dihafalnya... alhamdulillah...

Semoga hari ni haiqal akan tahan cubaan dan dugaan dari adiknya hakim...(yang baru berusia 4 tahun semalam....).....hakim..hakim..

sumber gambar: ilustrasi dari iklan Roti Ikhwan

Sunday, August 31, 2008

ESOK PUASA..


Hari ni kami masak lemang dan rendang daging. Tapi rasanya byk2 tahun, tis time around, lemang yg dimasak memang best! Lembut, lemak n bestlah. Kat dalam gambar ni my bro yg paling kecik 'uda'. Saja nak buli dia before dia belayar ke mumbai n houston minggu ni. To all , selamat berpuasa. Sama2 kita jaga makan dan ibadah sepjg bulan puasa ni k. Ok.? Ni saya dan family dlm pjalanan ke tesco, nak beli barang dapur.. Wassalam.

SALAM MERDEKA KE 51 TAHUN




Ingat saya masa zaman final year di UKM dulu...., masa kwn2 lain tgh sibuk ke dataran merdeka... bila saya ditanya mana nak celebrate malam merdeka ni? Saya jawab..kat bilik..atas sejadah...Terus kwn2 saya senyap..hahhah reverse psycho jek...
walaupun saya sendiri tak pernah celebrate Merdeka di Dataran Merdeka.

Malam ni..again, saya di bilik...yang beza cuma 9 tahun dulu dalam bilik KAMSIS RAhim Kajai, UKM...sorang-sorang mengadap tesis saya . Kini 2008 , saya dalam bilik juga, bertemankan anak saya 2 orang yg dah tidur seawal jam 9pm.Juga bertemankan laptop dan my beloved celcom broadband..

Sempat saya nukilkan bait-bait puisi?/ ntahlah whatever.... dah lama tak asah bakat... dah naik tumpul dibuatnya..Ni saya nak je share ngan kawan2 yang tak sempat saya hantar tru sms....

"Aku tak percaya...
dah 51 tahun Merdeka
Aku Tak percaya...
tahun ni kusambut Merdeka dalam rumah aje
Aku tak Percaya...
Akan kusambut Merdeka betul-betul atas katil, depan laptop lak tu..huh!
Aku Betul-betul tak Percaya....
Kali ini Merdeka .....aku dah pun bergelar blogger....
Tapi aku benar-benar pervaya...
51 tahun Merdeka, maknanya...pelbagai cabaran, rintahngan hebat di alam maya & global pun bermula....
Kali ini Mertdeka, Jatidiri kena kuat...
Walau apapun perbezaan fahaman/ ideologi/ pendapat kita,
asalkan....selagi kita faham akan nilai/ asas perjuangan
Selagi itu kita tidak akan tersasar.....
Dan kita tidak akan gentar apa jua yang melanda ....insya'allah..."


To all
Hayati salam Merdeka ke 51 tahun ini, dan salam ramadhan...
maaf kalau ada salah dan silap, Jangan Ingat hari raya je boleh mintak maaf...
Hari Merdeka pun boleh tau....

emy
nukilan di ambang hari merdeka
dari atas katil di masjid tanah melaka.

sumber gambar: www.nurnana.wordpress.com

Friday, August 29, 2008

Majlis Baca Yasin dan Penyampaian Alatulis Bg Peserta Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008.

sALAM TO ALL,

Petang ni Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan mengadakan majlis Baca YAssin serta penyampaian Sumbangan Alatulis kepada semua peserta Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 yang telah kami adakan pada Awal bulan julai yang lepas.Ini adalah lanjutan kepada Bengkel yang lepas.

Tetamu kehormat yang akan bersama ialah YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop. Ketua UMNO Bahagian MAsjid TAnah. Beliau telah maklumkan pada saya pagi tadi yang beliau akan bersama dalam solat jemaah maghrib tetapi terpaksa ke majlis lain selepas itu. Takpe YB ,sekejap atau lama tak penting, yang penting YB Datuk Wira sudi hadir bersama anak-anak UPSR ni pun dah cukup besar buat mereka. Betul tak adik2...
kami akan adakan majlis petang ini seperti ketetapan seperti berikut:-


Tempat: Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah. Melaka (hadapan Pejabat Pos Masjid TAnah)
Waktu: 6.45pm
Turut HAdir: Para peserta dan Ibu-bapa/penjaga. serta seluruh ahli puteri bahagian MAsid Tanah.


Jumpa di sana...

Thursday, August 28, 2008

Macam-macam hal....


Teringat semasa saya sedang BZ bangat berkempen di Permatang Pauh, ada saya terima banyak sms dari Puteri saya berkenaan jentera PUTERI yang dihantar membantu BN Melaka di sana.Bukan saya nak lari dari masalah...atau tak mahu mendengar masalah ....
Saya nak menulis ni pun saya fikir 2,3 kali... tak apalah saya tulis jelah.. Sebelum datang ke P.Pauh, saya dah buat meeting khas Pu3 Negeri bagi bincangkan Jentera PU3 Melaka. Struktur dah disusun. Kerja dan amanat dah diagihkan. Hanya tunggu masa "BUAT SAHAJA".

Sampai masa, macam-macam hal yang sampai ke telinga saya. Ikut rasa "hati"...."terbakar". Ikut kata "rasa" jadi "Binasa"..Saat dan tika BN sedang nazak di Permatang Pauh... saat sedang kita sibuk berpanas dan ke hulu ke hilir.. ada juga yang tiidak puas hati. Kan dah diagihkan tugas...sapa yang sepatutnya lead?....petugas2 yang dihantar di bawah sapa?...Jadi carilah mereka ataupun ketua masing-masing kenalah uruskan anak buah masing2.... Ini tidak.. Saya juga yang kena penampar selipar jepun....huhuuhuhuh.. Rupanya saya bukan keseorangan banyak juga kwn2 yang senasib ngan saya..

Wactha!!! itulah harga yang perlu kita bayar bila kita jadi pemimpin...
apa-apapun...PUteri-puteriku... ingat, kak emy bersikap terbuka. Kalau ada yang tak puas hati.. cuba kita settlekan dulu di peringkat kita. Kita kan ada macam2 peringkat /level pemimpin. Cuba dulu... waimah benda yang kecil pun cubalah settle..jangan terus melenting. Ini proses pembelajaran... i do agreed with one of my "beloved friend" yang menulis pada saya yang kita kena jaga org bwh kita...(betul, anak buah kita yang perlu jaga kerana mereka yang banyak bantu..jaga makan mereka, tidur dan pakai sewaktu PRK di P.Pauh) )!! Tapi kdg2 kita kena jugak tengok waktu dan suasananya. Kena atau tidak....Rasa frust toksah dok cakap.. Penat bila badan yang terpaksa bahagi 3 sewaktu di Permatang Pauh. (Bantu Pu3 Malaysia, Jaga Puteri Melaka, Jaga Unit IT BN Melaka di Bilik Gerakan).Janganlah berkira, sebab tu lah saya kalau boleh bantu dalam semua hal..saya sedia membantu.Tapi saya terpikir jugak...(kita ni rambut sama hitam,hati lain2..kadang-kadang tak semua orang fikir dan rasa sama seperti kita..)...Bila saya di "WATCHA"..... saya terima, saya bersabar...dan berharap agar PUTERI-PUTERI saya ini akan terus bersemangat memperjuangkan agenda parti dan bukan soal elaun ka/ makan ka..... tak dapat tshirt ka yang menjadi ukuran...
Kalau tak berubah jugak.....maknanya.......(tak pek den nak jawab kan....)

Buat my jentera UNIT IT MELAKA,JENTERA PUTERI MELAKA, PUTERI BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM DAN PUTERI DALAM CWGN2 DI BAHAGIAN PERMATANG PAUH, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih banyak2 di atas masa, komitmen dan semangat yang ditunjukkan waktu ORK P44 ini. Saya mohon maaf kalau ada yang saya terlepas pandang sewaktu saya di sana. Saya cuma emy...yang hanya ada 2 kaki , 2 tangan...sama jugak macam saudari. Kalau ada yang terkecil hati, terkasar bahasa, atau terkurang segala menda..SAYA MINTA MAAF BYK2. saya tak dapat nak puaskan hati semua pihak...

To PU3 BN,PU3 Malaysia, PUTeri Pulau Pinang.. kita dah cuba terbaik.Semoga pengalaman masa PRK P44 ini akan kita jadikan sebagai ingatan...dan landasan.

"again diingatkan..
"kalau takut dilambung ombak..jangan berumah di tepi Pantai
Kalau takut pada cabaran, jangan digelar diri PEJUANG!!!"


jadi anda bagaimana? Pejuang ataupun bukan?.......


sumber kartun
:wafatsabit.multyply.com

BAHANG PENAMPAR KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANTG PAUH.

Salam to all..

Saya hari ni cuti, setelah selesai menghantar anak ke sekolah bersama suami, saya singggah sebentar ke rumah adik.Nasib baik ada internet di rumahnya..bolehlah saya update blog...Kalau tak bosan jugak dibuatnya...huhuhhh

Izinkan saya mengulas sedikit tentang apa yang berlaku di Permatang Pauh...
Saya mengulas di sini ingin saya tegaskan bahawa ianya HANYA pandangan peribadi saya sahaja. Dan ianya tidak langsung berkait dengan sesiapa....

Saya sememangnya menjangkakan P44 ini akan menyaksikan kemenangan Anwar Ibrahim..Walaupun ramai juga sahabat2 dari Pihak lawan yang sms, telefon memaklumkan bahawa BN akan menang pada pilihanraya kali ini... itu saya anggap apart from dari strategi cywar mereka..Termasuklah bro.Sofi (ket.Penerangan PAS Melaka ) Bukan untuk rasa lemah semangat tetapi sebagaimana yang saya maklumkan kepada sahabat2 UMNO saya sewaktu saya melawat dari 1 petiundi ke satiu petiundi dalam Dun Penanti pada hari Pengundian.... Saya mendapat sumber berita dari dalaman PKR bahawa Petiundi Teluk Wang BN akan kalah walaupun berita serta rating yang dibuat dari Jentera BN mengatakan petiundi itu menang.Bila saya maklumkan kepada sahabat2 saya, mereka kata "Taklah...saya yakin kita akan menang di Petiundi Kita!". "saya bagitau balik....aish, cubalah berpijak di Bumi yang nyata"..

waktu itu juga saya sibuk mengambil gambar yang merakamkan pelbagai gelagat penyokong . Tapi gambar yang paling suka adalah gambar saya tangkap menggunka kamera telefon saya shja yang menunjukkan 5 orang kanak2 yang memakai topeng Anwar ibrahim. Tapi bro lembiks, ianya hanyalah sekadar topeng yang dipakai oleh anak-anak tumpang seronok yang tak tahu apa-apa.....Saya percaya mereka juga tak faham serta tak tahu apa juga perkataan yang dilaungkan termasu.."REFORMASI..DAN ALTANTUYA...mereka cuma diajar oleh ayah/mak/abg /kakak mereka....."

Jauh di sudut hati, saya sebenarnya bersyukur kepada ALLAh swt kerana telah memberi signal ini.walaupun pahit ditelan....serta sakit hati mendengar orang mengata yang bukan-bukan2 mengenai perjuangan UMNO ini di hadapan kita sendiri..Bukan hanya sekadar cakap di mulut sahaja, tetapi termasuk reaksi yang terpancar di MUka seolah-olah mereka ini amat marah marah dan benci dengan pemimin UMNO... Saya ambil kekalahan BN ini secara Positif.

Buat PUTERI UMNO, mulai kelmarin kita mempunyai tugas besar sebagai salah seorang ahli parti.Beban Berat terletak di bahu kita. We must be different dan tanya balik kepada nawaitu kenapa kita masuk UMNO. Berbalik kepada perjuangan yang ingin mamartabatkan bangsa ... jadi kita mestilah benar2 buat sebagaimana niat kita itu. Kedudukan serta pangkat yang kita ada, perlulah kita benar2 gunakan untuk membantu rakyat... Bukannya mengambil kesempatan di atas kedudukan politik....Jika dah diberikan kepercayaan untuk memgang jawatan , maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.Apatah lagi bila ianya dipilih sendiri oleh perwakilan..Janganlah sahabat2 hanya ingin nama tapi tak buat kerja..Ingatan ini bukan untuk Puteri saya sahaja tetpi termasuklah semua..waimah jawatan yang dipegang hanya sebagai AJK biasa sahaja..

Tugas amat besar sekali menanti kita wahai sahabat2 PU3... pada saya apabila kekalahan BN di permatang Pauh, andaian saya, ianya sedikit sebanyak sekali lagi akan memperlihatkan "landscape"/ "Landslide" POLITIK UMNO Negara...Kalau Benar Kita Saya pada PARTI dan juga pada agama Islam kita, Maka kita kena benar2 menyayangi dan memenangi hati rakyat dan penyokong kita.. Tolonglah jangan hancurkan PArti kita ini...Sebagaimana saya maklumkan kepada salah seorang pemimpin tertinggi Negara kita semalam, "Saya tidak kisah kalau apa jua yang bakal saya lontarkan pandangan saya selepas ini mungkin akan menggugat diri saya sendiri, atau mungkin saya akan kehilangan jawatan saya..atau mungkin saya akan dipancung ...This is not the end of the day,kerana niat saya masuk PUTERI UMNO dari seorang penyokong PEMBANGKANG sejak saya dari tingkatan 2 lagi..bukan kerana pangkat , jawatan dan kekayaan.. (bukan saya riak..bukan saya angkuh..tapi saya sebenarnya juga takut apabila memikirkan nasib dan masa depan UMNo akan terkubur sekiranya kita sendiri tidak mahu berubah.....Kita kena kaji kenapa Rakyat menolak kita, kita kena kaji kenapa Orang Muda tidak mahu kita...".

Sekali lagi saya tegaskan..ini pandangan peribadi saya "MAS ERMIEYATI HJ SAMSUDIN".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...