Tahniah saya ingin ucapkan khusus kepada Pengerusi Biro Pendidikan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah iaitu Pn Suaida Shahardin. Tidak lupa juga kepada seluruh ajk beliau yang telah bertungku lumus membantu bagi memastikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 ini berjalan lancar.Walaupun masa yang saya berikan kepada Suaida hanya 3 minggu, dan di dalam blog ini juga telah saya paparkan sedikit masa dahulu kejayaan Puteri Kota Melaka dalam Bengkel UPSR-nya..Alhamdullilah.. program kami ini juga telah berjalan dengan baik..
Kami hanya menyediakan sebanyak 78 tempat bagi seluruh peserta UPSR dalam Parlimen Masjid Tanah. Walaubagaimanapun, peserta yang hadir adalah seramai 85 orang..
Bengkel selama 2 hari 1 malam itu telah berjaya mencapai matlamatnya. Ini adalah kerana ianya telah dikendalikan oleh penceramah serta guru-guru Pakar dan antara guru yang terbaik dalam negeri Melaka. Hmm...apa lagi adik-adik...
ilmu da diberi, cuma perlu diamalkan.. kalau tidak diamalkan..sia-sia namanya..
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen MAsjid Tanah merangkap Ketua UMNO Bahagian iaitu YB Datuk wira Abu Seman b.Yusop. Saya mewakili sahabat-sahabat Puteri UMNO Bahagian juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ibu bapa, guru, AJK Puteri UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian dan kawan-kawan kami yang telah banyak memberi sokongan kepada Puteri UMNO Bahagian..
Tidak lupa juga pada pihak JASA Melaka dan juga Paelimen Masjid Tanah.
harapan saya semoga adk-adik akmi ini akan mencapai kejayaan dalam UPSR 2008 dan kita akan aturkan program susulan selepas ini..
All The Best!!