Friday, January 21, 2011

Alfatihah..

Sebagaimana semua maklum.. Semalam menyaksikan pemergian Allahyarham YB Dtk.Hidhir ke rahmatullah. beliau menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Putra, wad icu tingkat 5 jam 8.10mlm...saya sempat juga ke hospital ptg smlm. Ramai jugak yang hadir...
Hmm...inlah yang dikatakan jodoh, ajal ..maut di tangan Allah swt. arwah dikhabarkan sihat selesai menjalani procedure yang melibatkan blockage di jantungnya. Tapi disebabkan kekurangan rehat kerana melayani pelawat yang melawat hingga ke 2-3 pagi menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan semula ke icu. Ini yang rasa ralat. Perkara ini sepatutnya boleh dielakkan. Saya teringat pada arwah mak mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman pada paru2 ...sedangkan beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh pemindahan buah pinggang. Arwah mak Sihat, selepas menjalani pembedahan Dan dahpun keluar dari hospital.tetapi x lama lepas tu dimasukkan semula ke hospital kerana mendapat jangkitan kuman pada paru2. Doktor kata sbb ramai dan mcm2 orang melawat Dan peluk arwah mak..dari situ ianya bermula...
Perkara itu yang suami saya kesalkan hingga ke hari ini. Patut doktor menasihat keluarga pesakit spy x membenarkan pelawat dtg.. Ntahlaaa...Nyawa bukannya boleh bertukar ganti....
Semoga arwah mak Dan juga arwah dtk Hidhir tenang di sana. Alfatihah.....

P/s hmmm....nampaknya kena bersiap sedia dengan PRK melimau pulak selepas ni.....

Saturday, January 1, 2011

di ambang tahun baru.....babai 2010

Jam dah pun tunjuk pukul 1:43am...aku baru je sampai rumah dari kl 40minit yang lalu....

Petang tadi aku singgah jap ke majlis pelepasan Konvoi Bermotor kelab Rakan Muda Parlimen Masjid Tanah kat Bukit Beringin. Tak dapat tunggu lama sebab nak menghantar adik lelakiku Ady Iskandar merisik...ala, bukan jauh pun.. kampung sebelah aje...kira orait la tu kan. tak sia2 ady lambat nak kawin.... (kak emy baya ko dulu dah ada anak 2 dah tau..hihihh)

 mak tengah sarungkan cincin merisik kat tangan ain bakal menantu, insyaallah...

eh bro, mana leh amik gambau dulu...tak aci betul laaa
 apapun, kita sama-sama doa agar jalinan yang termeterai hari ini akan terlaksana nanti..insyaallah ...amin

WOKEY..........................cerita lain pulak
hmmm... lepas habis je urusan merisik tu, aku terus balik ke rumah siap2 nak ke kl pulak....dah janji dengan kwn2 lama nak jumpa hari ni...janji jam 4pm, tapi aku paling lambat sampai..jam 7suku baru tiba,.seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama stf 893.  we had so much fun, loads of food...and siap tukar2 hadiah lagi. Ni semua gara-gara aku tengok gambar my stf junior yaang dok buat reunion last november. jeles jeles...jeles....jadi aku pun hantar mesej to eideq a.k.a "madamme dhaka" n i asked her whether boleh ka arrange time for us to get together once she's back from dhaka. alhamdulillah responnya baik...n others pun dok reply in FB.Nizeq pulak volunteer jadi host.... n here we are today (31stdecember, 2010) @ eco park setia...(phuh...lawaaaaa u... rumah sana memang kelassssss-kelasssss nyah...). Bangga akak dapat masuk dalam...hihih


haaa, ni nizeq tuan punya tanah kedaung......phuh...rumah hang memang lawo la beb.....

fizzy badar sedang menunjukkan cara2 utk membuat kopi....(kasik can laa kat rumah dia xde menatang tu...)

KECOH!!!!! memasing tengah tengok apa nombor yang dapat n hadiah mana utk cabutan no bertuah.....

tadaaaaaa..... hati riang selepas dapat n bukak hadiah......(wei nizeq a.k.a mak buyong x aci tutup perut guna bantal...)

ni masa aku mula2 sampai.....(walaupun paling lambat tiba)
hmm....nampak atas meja ada cheese cake, pasta....selamat dah dalam perut memasing...
apapun, thanks to sahabat2 yang memang sporting...ada sanggup drive jauh dari kulim juz to meet up kwn2 lama. macam2 memori lama keluar, dapatlah jugak kita meng"update" berita kawan2 yang mana2 dah m.i.a tu kan.....ada jugak yang tak dapat datang sebab ada ketentuan lain..hopefully , next time around akan lebih ramai yang join, in case ada kwn2 lama yang dok baca post ni...pls contact aku balik, boleh update hp number and address. doa aku buat semua sahabat2 aku ni...wish u all the best for this coming 2011(eh dah 2011 dah pun...) semoga panjang umo, murah rezeki, dipertemukan jodoh , kesihatan yang baik serta bahagia dunia dan akhirat nanti.......amin.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...