Saturday, May 29, 2010

KAMI PUTERI UMNO MELAKA JUGA BANTAH JUDI BOLA!!!

Salam ,

Saya telah mengadakan Mesyuarat Puteri Umno Negeri Melaka pada 14/5/2010 (ermmm lebih kurang 2 minggu lepas) dan UNTUK MAKLUMAN..hr tuh dah pun kami putuskan sebulat suara yang KAMI JUGA BANTAH JUDI BOLA!!!..

Ahli jawatankuasa saya juga telah turut serta dan bersesama mengeluarkan pendapat mereka sendiri tentang isu JUDI BOLA ini. Alhamdulillah, Pengerusi Biro Agama kami "HJH SURAYA" juga hadir dan turut memberikan pandangan.. PERCAYALAH, banyak masalah yang akan lahir dan kerja kita juga akan bertambah PAYAH mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat... Ini bukan soal untuk mencari populariti @ siapa yang ingin menjadi jaguh,TAPI INI SOAL AGAMA.. yang tidak boleh kita tolak ansur...

JADI KAMI MENGGESA KEPADA PIHAK KERAJAAN MENARIK BALIK KELULUSAN LESEN JUDI BOLA ITU!! itu!!!!

MES:
teringat saat-saat BN tewas di PRK PArlimen Permatang Pauh..
pengalaman itu sungguh mengerikan saya... sampai hari ini saya terbayang-bayang wajah2 PRK P.P dan saya amat memahami perasaan jentera BN termasuk jentera Puteri saya amat takut dengan insiden,perangai2 GILA dan GANAS pihak pembangkang termasuklah rakyat yang tidak berdosa yang TERMAKAN dengan FITNAH pihak PEMBANGKANG...
teringat juga Dalam perjalanan saya pulang dari Permatang Pauh... hati kecil saya berkata..." lepas ni apa nak jadi..jadilah..aku akan akan cakap apa saja yang aku rasakan benar.......insyaallah

Tuesday, May 25, 2010

MUSIM TENGAH LAKU..........

saya nak share dengan sahabat semua yang sejak 2,3 menjak ni....perniagaan apa yang paling laris rasanya kedai kek antara jawapannya. Mana taknya, lepas hari ibu, Hari Guru.. Lepas ni pulak nak sambut hari Bapa pulak kan?...dah la sekarang musim mesyuarat cawangan..jadi ramai yang ambil kesempatan menempah kek untuk menyambut Hari IBU di setiap cawangan....

Tapi pengalaman saya membeli kek untuk sahabat, dan apa juga keraian yang nak disambut...masalah yang timbu selalunya dari segi design yang tak semenggah...rasa yang ntah apa-apa... n beratnya yang tidak mencapai kehendak kita. tapi harga...masyaallah..

Saya pun ada juga teman2 yang buat kek hanya dari rumah dan mempunyai blog untuk memasarkan kek mereka..dan hasilnya..phuh!!! HEBAT!!benar2 hebat lah, jadi di tengah2keheningan pagi ni...saya nak promote sahabat blog saya yang baru saja sudi untuk membuat kek choc.moist dan kek cawan untuk saya walaupun masa dah suntuk dan beliau sedang bercuti..... (TQ Hawa...TQVM...)really appct it very much ..

Tengoklah kek dia.....






Nak tau macamana nak order? hmmm...jom ke http://www.pertmuffins.blogspot.com
blog owner: Cik Hawa....

Thursday, May 20, 2010

HI TEA BERSAMA YAB KETUA MENTERI MELAKA DENGAN NGO & PROFESSIONAL MUDA -anjuran Biro Ngo & Professional Muda Puteri UMNO Negeri Melaka.



Salam, petang ni jom bersama dengan Puteri UMNO Melaka melalui Biro NGO & Professional Puteri UMNO Melaka...ke Majlis Hi Tea dengan YAB Ketua Menteri Melaka dengan professional muda dan NGO, khabarnya ramai doktor, peguam, I.T (programmer), pensyarah, arkitek dan sebagainya...alhamdulillah..

tarikh: 20hb Mei, 2010
tempat: Botanikal Cafe, Ayer Keroh
Jam: 4.30pm..
(tempat sembahyang disediakan)


Semoga, majlis perjumpaan dan dialog ini akan dapat membuahkan hasil yang positif tentang apa jua yang ingin kita lakukan bersama demi membangunkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA...
Sedikit sebanyak, ada juga peranan@ sumbangan yang dapat kita sumbangkan walaupun idea yang kecil tetapi bernas, yang boleh digunapakai bagi memacu pembangunan dan ekonomi negara serta melahirkan rakyat negeri MELAKA yang berkualiti... insyaallah..

realiti insan

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI BELIA:-.."aku masih di sini?."

15hb Mei,2010: HARI BELIA

Sepatutnya saya berada di Putrajaya sekarang bersama-sama sahabat Belia di Booth gerakan belia 4(B). tapi kesihatan tidak mengizinkan terpaksalah saya duduk dan berehat sahaja di rumah pagi ini.Ini semua gara-gara terkena hujan lebat jam 2.00 pagi tadi.yang penting semangat, jiwa raga dan karisma Belia tetap bersama saya. Tak kira di mana jua saya berada... Cuma rasa macam eiii geram dan iri hati jugak lah tidak dapat merasai kemeriahan Hari Belia yang julung-julung kali disambut macam karnival.Itu semua hasil cetuusan idea YB Menteri belia & Sukan. Dengar khabar dari cctv dan radio bergerak saya yang melaporkan dari sana:- suasana amat meriah....Tahniah juga buat YB Menteri dan semua mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan hari Belia ini.

Haa..tengoklah sahabat-sasahabat saya dari pempinan tertinggi 4B Malaysia...dengan Mikrolite yang didatangkan khas dari melaka.

Kepada semua Belia...saya ucapkan selamat hari Belia.. Marilah kita fikirkan sejenak, apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada Agama,Bangsa dan Negara selama kita bergelaR Belia ini?

Thursday, May 13, 2010

64 tahun: UMNO masih dan tetap di hati kami.....

11hb Mei:-
SELAMAT HARI ULANGTAHUN UMNO yang ke 64thn..
Di pagi ulangtahun ini aku di pejabat menyelesaikan kerja-kerja yang belum selesai memandangkan semalam aku cuti. Kemudian sempat lah jugak aku mengikuti penilaian 5S. Nampaknya Cik Hajah begitu bersemangat menunjukkan kepada pihak penilian sistem 5S yang dilaksanakan oleh pejabat kami. Pagi ni jugak aku dan Lin(ajk Pu3 Neg) berbincang tentang program biro yang Lin ketuai: NGO & Professional Muda dan sempat jugak aku bersembang dengan kak faizah (naib ketua Puteri Umno Negeri) tentang program pendidikan untuk kami buat di Bahagian-bahagian....
habis sahaja perbincangan, aku terus ke Kuala Lumpur untuk majlis sambutan hari ulangtahun UMNO. Sebelum 3pm aku dah sampai PWTC. Kenapa awal sangat?...hmmm mestilah bersemangat... memandangkan aku tak dapat turut serta masa majlis tu nanti.
Tapi aku sempat juga turun dari Pejabat Puteri ke Foyer bersama-sama dengan YB Datuk Rosnah , Ketua Puteri Malaysia turun ke majlis pelepasan Konvoi Big Bikers oleh Timbalan Presiden UMNO.haa..Ini gambar Tun M yang baru tiba di luar PWTC bagi majlis sambutan tu.


Lepas tu aku terpaksa bergegas pulang ke Masjid Tanah memandangkan Pu3 Dun Ayer Limau, Bahagian masjid Tanah mengadakan mesyuarat penyelarasan dan majlis sambutan Ulantahun UMNO juga di Japerun Dun Ayer Limau.hmm...tahniah aku ucapkan pada Asmah selaku Penyelaras Dun Ayer Limau yang baru menggantikan Suzana yang agak terikat pada komitmen keluarga dan kerja.Asmah walaupun kurang seminggu dilantik sebagai penyelaras baru tapi telah berjaya mengaturkan majlis pertemuan dan mesyuarat serta majlis sambutan Ulangtahun UMNO. Kepada Suzana aku nak merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan PU3 Bahagian kpda dia sbb telah menjaga Dun Ayer Limau selama ini. terima kasih Suzana ye,Yang penting....kita tetap sama-sama bekerja demi agama Bangsa dan Negara!


Ni selepas mesyuarat PU3 Dun....walaupun kek kecil je, yang penting ingatan dan komitmen PU3 Dun untuk sama-sama kerja kuat dan berusaha berubah ke arah menjadi yang terbaik agar Parti Keramat ini akan terus dapat dicintai dan diterima kembali oleh anak muda di Parlimen Masjid Tanah ini...insyaallah..amin.....

kek yang Asmah beli....terima kasih as....

SELAMAT HARI IBU...

Salam,rasanya tak terlambat nak mengucapkan selamat hari ibu..walaupun dah hampir 4 hari berlalu...aku sambut hari ibu pun dalam kelas sewaktu kursus di luar Melaka. Dah la terpaksa berjauhan dengan keluarga 2 hari..(macam tak biasa pulak..).Bila telefon anak2 lewat petang pada hari Isni, Abang Long (anak yang sulong) , adoyai..terharu sungguh dengan ayat abang Long "Ibu,... maafkan abang long ibu. Abang Long tak ucapkan dekat ibu"selamat hari Ibu".tapi abang long janji bagi surat hari ibu nanti bila ibu sampai rumah.... ". hmm..sabar jelah, Allah je tau perasaan aku sebagai seorang ibu hari tu.

haa... inilah surat yang abang long haiqal bagi..sebelum dia ke sekolah pagi hari selasa...ayat..."the very bombastic-lah!!", abang long ni memang diketahui kalau setiap kata-kata yang dilontarkan memang boleh tahan jugak la...
yang ini pulak , aku dapat petang tadi bila pulang dari kerja....hmm...cantik kad hakim...and very straight foward...



Saturday, May 8, 2010

anak den.....

salam semua,
waktu aku pegang laptop ni dari jam 12.05am...aku dah bukak dah siap2 blog untuk aku masukkan entri baru..banyak cerita,banyak pengalaman tapi sampai ke sudah aku tak dapat taip waimah 1 patah huruf pun....(punyalah dasyat kalau dah lama berhenti menulis blog, aku rasa sahabat2 aku yg mempunyai blog mesti arif dan setuju ttg perkara ni..)...macam mana nak mula pun aku pun tak tau...hahahha janggal pulak rasanya...

Anak-anak & Famili
Muhammad Hafiy dah pun masuk 6 bulan. berat terkini yang baru je timbang kat klinik hari rabu lepas; is 8.7kg...alhamdulillah sihat, suka senyum...n kalau bad mood@nangis, dia akan terus tersenyum bila dengar lagu bersemangat (yang ibu dia juga suka...hhehe) faizal tahir:gemuruh.
Abang Ngah(muhammad Hakim): sekarang ni tengah demam. ada haa kat sebelah.... da nak masuk 3 hr dah... kalau petang ni tak baik jugak then nampak gaya kena refer doktor balik...dia ni kalau kita bagitau yang kita akan balik lambat, dia akan tanya pukul berapa? kalau kita jawab lambat...malam..., dia akan tak puasa hati..jadi kenalah bagitau dia "ibu balik lambat dalam jam 12.00mlm..."haaa bary dia puas hati...(sama gak cam abg long dia!)
Muhammad Haiqal a.k.a abang long:darjah 1,tak banyak hal..mungkin sebab dia dah besar kot..tapi dia ni agak pemalu ..suka sangat berenang. Dan pandai sgt berenang berbanding hakim..(tapi aku lagi pandailah dari dia kan..itu sudah tentu...hihi) (terima kasih cikgu rosli yg garang). sekarang ni dia tengah memahirkan skill untuk terjun kolam.. macam2 skil yang ditunjukkan, walaupun bukan sewaktu di kolam berenang tapi di atas sofa rumah.Sampai dah habis penyek dah sofaku!!!grrrrrr

apapun kan... kerjalah teruk macamana sekalipun..balik rumah dalam keadaan penat... tapi bila tengok muka anak2 ni...adoyaiiiii hilang terus rasa penat...
alhamdulillah kerana aku dikurniakan dengan anak2 yang hebat... kalau boleh..kau murahkanlah rezeki hambamu ini... Aku nak anak lagi!!!.. tak kisah lah ikut tingkap lagi.., walaupun doktor kata aku boleh lagi 1,tak kisah lah kalau dapat baby boy lagi ke @ baby girl, yang penting bertambah..tapi rezeki semua di tangan Allah kan?...semoga doa aku dapat anak ramai terkabul.. aminnnnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...