Tuesday, September 30, 2008

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH 2008

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH. ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH AKAN BERSIDANG PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:-

tarikh: 11HB OKTOBER, 2008.
JAM : 8.00malam
Tempat: Dewan Besar, Pejabat UMNO Bahagian MAsjid TAnah,
Melaka.


SEMOGA DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN AGAR DAPAT SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SEGALA IDEA DAN JUGA BUAH FIKIRAN SEWAKTU PERSIDANGAN ITU NANTI.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salam Aidilfitri,

Pertama sekali saya ingin m,engucapkan kepada teman--teman dan sahabat-sahabat yang telah mengirimkan kad ucapan selamat Hari Raya dan juga SMS. Maaf sekiranya saya tidak sempat membalas... Ada juga kad yang tidak sempat saya poskan.
Mungkin teman-teman yang lain ada sedang sibuk membeli persiapan akhir, ada juga yang sedang sibuk memasak di dapur, ada juga yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung...apapun yang pasti ramai juga yang masih seperti saya...dududk di pejabat. Masih Bekerja di petang hari Raya.

Apapun yang sedang kita lakukan sekarang, pastikan kita tidak lupa pada yang telah pergi.... ataupun sahabat atau saudara lama kita yang telah lama kita tidak bersua, bertanyakan khabar. INilah masa terbaik untuk kita tautkan kembali hubungan yang telah lama terlerai..walaupun cuma melalui sms..Saya baru sahaja menghantar sms kepada sahabat saya yang telah lama tak jumpa. Kami jarang bertemu, jarang berbual, walaupun kami di dalam organisasi yang sama.Tetapi antara kami seakan-akan ada batu blok yang begitu besar menghalang persahabatan kami. Saya banyak kali beralah....kali ini juga saya beralah. Saya percaya ini bukannya pertandingan. Tidak salah kita kirimkan ucapan memohon maaf...kan?

Jam dah pun menunjukkan pukul 3.09petang. Tinggal kami berlima sahaja di Pejabat Ketua Menteri ini. Punggung pun dah naik panas dengar cerita adik-beradik dah sampai di rumah, memasak lemang dan ketupat.. Hmmm saya masih di sini.. YAB Ketua Menteri Melaka kini sedang melawat bekas wakil-wakil rakyat Negeri Melaka dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan HAri Raya kepada mereka.Jangan lupa, saya bagi pihak YAB Ketua Menteri Melaka menjemput datang ke kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka di Ayer Keroh, Melaka jam 10pgi hingga ke 3petang esok(Hari Raya Pertama).

Buat teman-teman blogawan....
selamat hari raya saya ucapkan. Sekiranya ada terkasar bahasa dan mengecilkan hati dalam kita melontarkan apa jua pandangan, saya Minta maaf ye.

wsalam.....

Wednesday, September 24, 2008

APA ADA PADA NOMBOR?......



Teringat saya Malam tadi..(baru sahaja 5 jam berlalu..), sewaktu Majlis Penutup Pertandingan Tilawah AlQuran UMNO Perhubungan yang berlangsung di Masjid KTIAM, Kuala Sungai BAru... Ramai yang saya jumpa...Ramai juga yang menegur....

Rata-rata menyebut nombor masing-masing....

"jangan lupa tau no #tutpuluh3...." "emy, jangan lupa tau..no.2puluh tut#...".sampaikan kedua anak saya yang ada di sana pun disuruh menghafal nombor mereka...
Saya tahu niatnya bergurau.tapi dalam maknanya...Seronok tengok gelagat masing-masing..

Apapun saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UMNO Bahagian yang akan bertanding nanti.. Bertandinglah secara sihat. Beritahu apa yang boleh anda bantu dalam usaha memulihkan kembali UMNO ini. Paling penting....komitmen kepada PARTI, haruslah dijadikan keutamaan..dan bukannya kerana ingin mengambil kesempatan sekiranya dipilih menjadi pemimpin (sekiranya terpilih laa...).

Selamat hafal nombor!!!!

Akhirnya....

Setelah beberapa lama "menumpang kasih" di komputer sahabat-sahabat..., akhirnya dapat juga saya menemui (mohon izin Tuan Sebol )..."modem baby celcom" saya yang rosak akibat teknikal... Haaa.... dapatlah saya kembali menjadi blogawan semula bersama-sahabat-sahabat lain....(eiiii rindunya......)hahahhaa.Sedapnya mak saya buat kuih muruku ni..yum..yum..

Aflah dah pun bercuti...(Pun seronok jugak)..Saya masih lagi bekerja...sampai ke 1 hari raya (separuh hari). Esok Saya dapat cuti pun disebabkan saya terpaksa ambil cuti kalau tidak saya terpaksa pesan orang beli barang persiapan Raya.>>(haru..)
Sedar tak sedar..hari ni dah pun ke 24hbSeptember, 2008. Apa dah jadi dengan cerita sahabat PKR tentang 23hb?...Baru sekejap tadi saya hantar pesanan ringkas kepada sahabat saya AMK di Utara. Dia pun belum tidur lagi...saya tanya.. Apa dah jadi? Sebab kali terakhir saya menemuinya, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang
23hbSeptember ini PKR akan mengambil alih kerajaan....

Beliau membalas balik "Pak LAh tidak mahu lepas jawatan, Agung balik UMrah PAk LAh akan dipanggil mengadap.Final....MP akan dipanggil untuk buat pengakuan peralihan ke Pakatan. Kalau masih degil lagi, tunggu 13hb untuk umum di Parlimen"....

Wah..wah...wah...macam-macam cara kan? Masuk ni dah berapa kali kita diberi pelbagai tarikh....Kejap 16hbSept, Lepas tu 23hbSeptember,kemudian 1hb.Oktober. dahtu..baru kejap tadi dah tukar pulak, ke 13hb.Oktober...Mana satu ni ?.Pening lah..Teringat masa zaman kecil-kecil dulu kan... Tak dapat beli ais krim hari ni, dijanjikan lusa...Tak dapat lusa..dijanjikan minggu depan...Hai... DSAI benar-benar buat kita macam budak-budak...DSAi betul-betul buat penyokongnya teruja dengan setiap bait-bait yang dilagukan dan dan dinyanyikan kepada semua penyokongnya...Maka kasihanlah mereka yang tidak berdosa ini..percaya bulat-bulat...
Sampai depa nak raya pun tak senang hatilah...Nak nyanyi lagi?nyanyilah..

Buat Ahli UMNO seluruh negara.... RAya, Raya juga... tetapi tanggungjawab kita sebagai ahli PArti hendaklah kita teruskan juga. Ini adalah penentu.. Jangan persiakan segala hak yang ada pada kita sebagai ahli PARTI. Saya mulakan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian saya pada 11hb Oktober,2008 jam 8.00malam. Yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian YB Datuk Wira Abu Seman...Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa saya yang telah menang tanpa bertanding.....Jadi malam itu bolehlah kita fokuskan kepada USUL dan juga untuk makluman semua Puteri Bahagian MAsjid Tanah akan melancarkan Blognya nanti...Tunggu!!!!!!

Saturday, September 20, 2008





Pagi tadi berlangsung tilawah alquran di hotel Centrepoint ,kuala lipis. Kami tiba jam 12.30pm, tilawah pun dah selesai. Lewat nampaknya kami. Kmdn saya turut serta dlm mesyt yg dipengerusikan oleh Yab Dtk Seri Mohd Ali Rustam pada jam 4pm mesyuarat biro latihan dan keahlian Umno MAlaysia dan Pahang. Byk agenda dan perkara penting dibincang. Ada satu cdgn yg benar2 menarik hati saya. Tapi saya tidak boleh cerita lagi bab tu. Nanti2 ok... Kmdn pada sebelah mlm diadakan maj.penutup tilawah. Tahniah pda qari saudara budiman dari 4b melaka yg telah berjaya mendapat tempat kedua. Semoga acara yang baik ini akan dpt diteruskan lg pada msa akan dtg. Saya juga tertarik dgn ucapan dtk seri yg memberi nasihat supaya belia kini menanamkan semula semangat sukarelawan di kalangan belia. Rela untuk memberì komitmen tanpa harapkan apa jua balasan. Insya allah.

Majlis Berbuka Puasa Puteri Umno Malaysia bersama Anak Yatim dan Anak PDK.

Sewaktu menyerahkan duit raya kpda anak yatim.
Yb Nolee bersama Anak Yatim menikmati hidangan.

Monday, September 15, 2008

PERJUANGAN UMNO PENUH LIKU...dI tANGAN KITA PENENTU....wallahulam...

Assalamualaikum semua
Dah lama saya tak menulis. Maaflah. Modem saya yang rosak...memang betul-betul memberi kesan akibat dah lama tidak menulis dan membaca catatan di blog kawan-kawan. Ini pun saya menumpang kasih wi-fi di Old Taste Kopitiam. Dapatlah saya menulis dan maklumkan apa juga perkembangan yang terbaru.

Sebelum itu, petang tadi sempat saya bersama mengikuti Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka 2008 yang telah diadakan di PUteri Resort, Melaka. YAng telah disempurnakan oleh YB Datuk Idris Haron. Ramai juga pemimpin belia yang hadir. Banyak juga agenda penting yang dibincangkan. Tetapi, saya tidak dapat tunggu sampai habis kerana saya mendapat panggilan penting. Mahu tak mahu, saya terpaksa keluar dari Majlis tersebut.

Berbalik pada cerita saya yang awal, dalam 4 hari ini macan-macam hal yang berlaku. izinkan saya menulis selanjutnya......

1)Bukan buta hati, bukan buta mata dan juga bukan pekak telinga.. bukan saya tidak nampak apa yang berlaku dan tidak peka terhadap apa jua yang berlaku. Tapi dalam hal yang berlaku dalam UMNO pada hari ini.Saya benar-benar rasa amat resah. Pada saya sesuatu perubahan yang drastik perlu dilakukan dalam UMNO dengan SEGERA!

2) Saya secara peribadi menyokong bahawa hak saya sebagai ahli dan juga sebagai mewakili kawan-kawan saya yang lain selaku rakyat Malaysia ...rata-rata.hampir kesemuanya meminta supaya pelan peralihan kuasa di antara PM dan TPM perlu dilakukan segera. Memanglah, bila kita cakap mulut....sapa yang nak percaya?.... waimah cakap ketua Puteri Negeri pun orang masih lagi boleh mempertikaikannya.....Sapa saya? Tak kisahlah. Cakap apa yang benar. Mesej dari sahabat-sahabat dan akar umbi perlu disampaikan....walaupun makan diri.

3) Jadi mingu lepas saya dan beberapa sahabat saya yang lain bercadang untuk menjalankan kajian soal selidik tentang apa yang berlaku tentang senario politik di negara kita. Tapi,khusus untuk orang muda negeri Melaka. HAnya secara rambang kajian dibuat terhadap orang muda melaka yang tidak kira latarbelakangnya.Pelajar? Pekerja kilang? Professional? Periaga? Orang susah...Orang kaya?.... semua ada..jadi maknanya, kajian soal selidik ini adalah mewakili suara orang Muda Melaka.

4) Ini sahaja usaha yang kami buat untuk menunjukkan bahawa kami cakap bukan sebarang cakap..tapi dengan bukti dan kerjarumah yang telah kami lakukan...

5) Kami orang muda perlukan nafas baru dalam UMNO dan juga Kerajaan BN. Bukan budaya yang boleh menjadikan kita ini semakin lemah dan dibenci orang. Bukan juga menjadi pemimpin yang tiada pendirian...dan menjaga hati semua orang. Tetapi menjadi pemimpin yang sensitif dengan tuntutan rakyat. Buat kerja dan laksana tanggungjawab baik dengan pendekatan yang terbaik serta boleh diterima oleh segenap lapisan rakyat.

6) Pilihan terletak pada semua ahli UMNO.Kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memilih dan menetukan masa depan UMNO terletak di tangan semua ahli UMNO sekarang. Saya? Dah tentu saya sayangkan PArti dan saya sayangkan Presiden Parti. Tapi, Sayang saya pada Parti Lebih. Jadi saya minta maaf Presiden Parti.... Rakyat dah lama bersuara....KITA KENA BERUBAH...

7) Saya tidak mahu akan datang kawan-kawan dan saudara mara saya menyalahkan saya nanti kerana tidak membuat keputusan yang betul sehingga mengakibatkan UMNO tidak akan hidup dan mekar lagi....Beban pada saya selaku Ketua Puteri UMNO Melaka menyampaikan suara hati anak muda , puteri UMNO Melaka...Mungkin ada sahabat saya yang lain tidak bersetuju dengan saya.Terpulang.........

Saya serahkan segalanya pada ketentuan ILLAHI. Saya dah berusaha, saya dah cakap, saya dah sampaikan pada yang sepatutnya.....Saya tidak akan berhenti..saya akan terus bercakap... dan menulis.

mes:
teringat saya semalam sahabat UMNO Dewasa (bukan tua)ada yang menegur saya kerana katanya saya dah berubah sebab dulu tak macam ni. Saya cakap Inilah saya, cuma dulu saya banyak melihat..tak banyak cakap ,hanya banyak menyimpan di dalam hati...Tetapi sekarang tak boleh lagi.......
apa yang tidak betul, apa yang tidak kena...saya perlu sampaikan.... semoga saya diberikan kekuatan....insyaallah
orang pun dah nak tutup kedai..jumpa lagi..wsalam.... selamat bersahur!!

Thursday, September 11, 2008

GB4B Tangga Batu anjurkan Majlis Pertandingan Tilawah Al-quran dan Nasyid Parlimen Tangga Batu.




Petang tadi saya sempat menyaksikan majlis pertandingan tilawah al-quran dan nasyid yg telah dianjurkan oleh GB4B Tangga Batu. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yb Dtk Idris Haron. Dah lama saya tidak dengar beliau berucap. Petang tadi beliau sentuh tentang pemimpin yg terdiri dari orang muda. Yg perlu diberi peluang dan dibimbing oleh orang dewasa supaya generasi akan datang akan menjadi generasi yang terbaik. Sambil menyentuh tentang Saidina Ali r.a yg telah memberikan perumpamaan orang muda ini adalah cermin pada masa hadapan. Apapun, pujian harus diberikan pada cikgu zali,nurul dan semua ajk program yg telah mengendalikan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga tahniah diucapkan pada pemenang tilawah dan nasyid peringkat Tangga Batu ini. oklah. Saya dah nak bergerak pulang ke rumah ni. Terpaksa menggunakan telefon sahaja untuk gunakan internet. Jumpa lg. Wassallam.

Wednesday, September 10, 2008

AHMAD ISMAIL DIGANTUNG 3 TAHUN.

Akhirnya UMNO membuat keputusan menggantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama 3 tahun. Ini bermakna, pada pemilihan bahagian kali ini Beliau tidak boleh menjadi Ketua UMNO Bahagian walaupun Beliau telah menang tanpa bertanding.Beliau juga tidak boleh memegang apa jua jawatan di dalam parti selama tempoh 3 tahun itu. Persoalannya samada cukup atau tidak hukuman digantung keahliannya selama 3 tahun itu berdasarkan kesalahannya yang telah cukup membuat kaum cina "JK" (JIWA KACAU).Serta adakah hukuman itu setimpal untuk memberikan pengajaran kepada ahli UMNO yang lain supaya jangan diulangi kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Ismail dan penyokongnya.

Cukup atau tidak,UMNO melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Presiden Parti telahpun memutuskan tempoh 3 tahun ini. Hormatilah keputusan yang telah dibuat ini. Semoga dengan kes Ahmad Ismail ini akan memberikan pengajaran khususnya kepada mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO supaya berfikir sebelum bertindak . Pada pandangan peribadi saya juga saya rasa kita sebagai pemimpin perlu sentiasa mengawal anak buah kita supaya bertindak dalam keaadaan berhemah. Ini bagi mengelakkan sindrom" lebih kuah dari sudu" ini akan terus berlaku. Kadang-kadang anak buah lebih garang. Biasalah, nak menunjukkan rasa hormat dan juga rasa ingin melindungi ketuanya. kalau nak lindung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mengguris hati dan perasaan orang lain dengan tindakan kita.

Oklah saya dah nak bergerak menuju ke kediaman Ketua Menteri Melaka. Ada majlis berbuka Puasa bersama YAB Presiden PArti ptg ini di sana dan malam ini pula beliau akan merasmikan Majlis Pertandingan Tilawah Alquran UMNO Melaka. Akhir kata,Saya ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua.
wsalam.

Tuesday, September 9, 2008

TDM AKAN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO?

jIKA benar bagai dibaca...phuh... saya pasti bukan saya sahaja yang gembira. Tapi kawan-kawan puteri saya yang lain juga turut geMbira dengan berita ini...TAPI jika benar bagai dibacalah... ( www.pemudaenggang.wordpress.com).

Buat apa nak membawa hati yang lara..melihat UMNO dari kaca luar. Alangkah baiknya jika TUN kembali bersama UMNO kini, dan membantu apa yang patut dilakukan di dalam .
Persoalan demi persoalan mungkin akan banyak yang timbul.

Apapun..yang pasti kembali TDM ke dalam UMNO bukan sebarang kembali..tetapi KEMBALI YANG PENUH ERTI.

ISU PERKAUMAN: Satu Petanda yang amat bahaya...

Apabila melihat kekecohan yang berlaku melibatkan isu minta maaf Datuk Ahmad ISmail semalam. Saya menggelengkan kepala. Malu.Malu yang amat sangat dengan perangai penyokong yang tidak matang serta bertindak yang keterlaluan di luar batasan seorang rakyat Malaysia. Berlatarbelakangkan lambang UMNO, dengan perasaan marah mengoyak gambar Mantan Ketua Menteri P.Pinang.Tidakkah terlintas di fikiran mereka yang tindakan ini bakal menggugatkan perpaduan Kaum, serta mencalar UMNO itu sendiri.Memang sebelum ini saya ada komen mengenai isu Datuk Ahmad ismail ini.Ingatkan ianya akan berakhir,tetapi (ada lagi?!!) nampaknya berlarutan..malah melarat hingga insiden mengoyak gambar Pemimpin. Ini tidak bagus..sungguh tidak bagus. Saya sebagai Ahli PArti UMNO pun rasa tindakan penyokong Datuk Amad ISmail ( saya kira penyokong..sebab saya tidak kenal pun mamat tu).


Kini, ada pula cadangan dari Panglima Angkatan tentera Malaysia, yang menyarankan Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membangkitkan isu perkauman kerana ianya boleh mengancam keselamatan Negara. Saya secara peribadi, merasakan bahawa cadangan itu sangat baik. Cuma, harapan saya biarlah tindakan yang dikenakan itu terpakai kepada semua.Jadi mana-mana pihak selepas ini yang cuba membakar api dia akan fikir dua, tiga kali.. Sayang mulut sikit bila bercakap...
Tidak ada soal "aku kebal...engkau tidak kebal..oleh itu aku boleh cakap dan buat apa sahaja". Tapi selepas ini sekiranya ada apa-apa insiden seumpama ini kenalah disiasat siapa yang bertindak ke arah itu. Yelah, kadang-kadang lebih sudu dari kuah. Orang yang bercakap tidak ada apa-apa, tetapi..orang lain yang lebih menunjukkan perasaan dan emosinya.Keduanya berkait. Cuma beban tu kenalah pada mereka yang benar-benar membangkitkan isu kaum yang boleh cetus kepada kestabilan dan keselamatan negara.

Tambahan pula selepas Insiden ini , sekiranya ada lagi tindakan yang melibatkan ahli parti. Maka, Parti yang terlibat hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parti mereka yang boleh kita kategorikan sebagai "mulut longkang "itu.Janganlah biarkan mereka ini mengganggu-gugat keharmonian kaum negera kita ini,khuatir ada pihak yang akan "cuba menangguk di air yang keruh nanti".

Dalam kes Datuk Ahmad Ismail ini, kemarahannya kepada Koh Tsu Koon tapi biasalah ianya terpalit juga kepada kaum cina. Saya dah baca ucapan penuh Datuk Ahmad Ismail sewaktu Sidang akhbar semalam...hmmm...penuh bersemangat....
ntahlaaa.....
Apapun, Malaysia ini berbilang kaum. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Cukuplah kes Ahmad Ismail ini. Niatnya, hasratnya saya faham dan saya mengerti.
Buat sahabat-sahabat dari kaum/bangsa cina waimah yang lahir dari setitis darah orang cina... tolong jangan salah tafsir apa yang berlaku semalam. Tidak semua orang Melayu bertindak sebegitu. Kita bersama perlu ada perasaan syukur di atas keharmonian kaum yang telah lama kita kecapi selama ini.

Friday, September 5, 2008

Sekadar Untuk Kita renungi bersama: Sikap dan Pemikiran kita.

Bila YAB TPM membuat kenyataan meminta maaf berkenaan dengan insiden ceramah di Permatang PAuh tidak lama dulu yang melibatkan Ahmad ISmail dari Bahagian BUkit Bendera . Ramai yang bising. Ada juga yang melenting katanya memang tak patut kenyataan minta maaf dikeluarkan oleh seorang TPM...Bakal disebut2 sebagai pengganti Pak lah pulak tu....

Kenapa perlunya mintak maaf?....kenapa perlu kita sahaja yang minta maaf?..
perlu sujud...perlu takut.. ? Kerana Khuatir ia akan menjadi suatu budaya yang kelak akan memakan tuannya sendiri...Pagi ini Saya terbaca sebuah penulisan di http://www.pemudaenggang.wordpress.com , Mungkin kita boleh jadikan sekadar renungan dan ingatan kita bersama. .

1. bile lagu negaraku diolah menjadi rap ‘negarakuku’ oleh pencipta lagu Namewee….kenapa tidak ada permohonan maaf dari rakan sebangsa Namewee….

2. bila hindraf buat kenyataan palsu ‘ethnic cleansing’ oleh kerajaan pimpinan UMNO….kenapa tidak ada wakil dari rakan sebangsa hindraf mohon maaf….

3. bila kita buat kenyataan mengenai kepentingan orang melayu..kita digelar racist….

4. dulu kes kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video tapi didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

5. bila ada orang umno keluar kenyataan ‘pendatang’…kita cepat2 mohon ampun maaf….

6. bila bicara pasal perpaduan, surat khabar dan rancangan tv melayu je yang banyak keluarkan iklan…yang lain macam mana??

7. kita bukan lah racist…tapi kadang-kala terfikir juga, takkan kita sebagai melayu tak boleh nak bersuara lebih??….asyik lebih kurang je….silap-silap nanti bangsa melayu yang terkurang…bangsa lain yang lebih….atas semangat lebih kurang, tu yang ekonomi orang melayu asyik kurang….

8. bila terlalu menekan akan hak kita, dikatakan kita racist….bila bangsa lain tekan hak dorang…kita diam je…tak pula kita kata depa racist….

9. kenapa jadi begini, kadang-kala penulis berasa inilah uniknya politik Malaysia. Lain dari yang lain. Pendek kata, tidak ada pendekatan yang ‘generic’ yang digunapakai di negara lain boleh kita guna di Malaysia.

10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua.

11. Hak melayu sama juga dengan hak bumiputra, yakni saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. Jangan lah cerita pasal hak melayu je. Hapus hak melayu maka terhapuslah hak bumiputra juga.

Mes:
Hati kecil Saya pun terdetik...ada benar juga kata-kata di atas..kita semua bukan tak ada kawan2 dari bangsa lain. Malah ada ramai sahabat saya yang teman baiknya adalah dari bangsa lain. Yang penting, kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya benar2 menghormati pendirian Dato Ahmad ISmail yang enggan meminta maaf....BUkan hendak bersikap perkauman.Kadang-kadang hati panas juga bila asyik kita sahaja yang perlu beralah.. Tetapi selepas ini biarlah kita sama-sama menjaga hubungan baik dan sensitiviti antara sesama kita. Bukan hanya hal dan isu perkauman, tetapi juga hal yang melibatkan agama. Yang turut disentuh oleh "The Riding MP" melalui penulisan di dalam blog beliau.


"Pendek kata orang Melayu yang beragama Islam telah korbankan hak kewatanan mereka kepada bukan Melayu; dan sebagai ganti dijamin hak orang Melayu/Muslim kepada keistimewaan dan agama Islamnya.Saya berharap isu ini akan membuka mata golongan bukan Islam bahawa bagaimana mereka begitu terasa terguris kerana hak perlembagaan mereka dipertikai..begitulah tergurisnya perasaan umat Islam apabila hak Islam mereka yang dimaktubkan di dalam perlembagaan dipersoalkan"




Jadi cukup-cukuplah tu...Kang huru hara negara kita jadinya..Negara hancur,Ekonomi ntah ke mana, Rakyat menderita....

Wednesday, September 3, 2008

Peranan Orang Muda Diperlukan dalam UMNO dan BN.

Saya amat tertarik dengan cadangan oleh Dr Wan Norashikin Ketua Puteri Perak di dalam usaha memantapkan lagi BN yang memerlukan perlaksanaan segera dilakukan. Barisan Nasional (BN) perlu membentuk satu pendekatan khusus bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses pembangunan negara.

Saya juga pernah membincangkan banyak kali perkara yang sama bersama sahabat-sahabat politik di dalam usaha kami menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).Kerana apa yang berlaku kini ramai mereka yang cerah serta yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pemimpin tidak diberikan ruang sepatutnya. Ada dicantas dan dihalang dari menyertai Parti ini.Ini penting supaya golongan muda ini merasai bahawa diri mereka dihargai bila suara mereka didengar.

''Kita dapati kini tidak berlaku proses penggantian yang sempurna kerana golongan muda terutama daripada kalangan profesional dan berkelayakan tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti dan kerajaan untuk membolehkan mereka bersuara.''Apa yang penting ialah kita perlu membaca kehendak golongan ini sebelum membuat sesuatu keputusan yang jitu dan saya sebagai sebahagian daripada golongan itu dapat merasai sedemikian,"kata Ketua Puteri Perak...

Bagi saya, tua dan muda saling perlu memerlukan..gandingan serta kombinasi dari acuan yang baik akan dapat meghasilkan satu kesan yang mendalam. Cuma buat orang lama dalam Politik, saya tak salahkan mereka kerana mereka mungkin berpendapat bahawa anak muda perlu belajar dari bawah dan pengalaman dalam politik akan mematangkan mereka. Sikap sesetengah pemimpin muda yang ingin cepat naik, ghairah berebut jawatan menjadikan ramai pemimpn lama yang kecil hati, terasa hati dan trauma dalam mengambil orang muda dalam Barisan kepimpinan Mereka.Tapi saya yakin dan penuh percaya yang kita ini perlu bersangka baik, amalkan bermusyuawarah... dan insyallah kita akan dapat pemimpin yang dapat membantu apa juga perkara yang kita rancangkan demi kebaikan. Saya ada juga pengalaman di mana ada pihak yang cuba mengganggu Puteri bahagian saya. Bagi saya sungguh senang, sesiapa juga yang ingin menawarkan diri sebagai AJK Puteri Bahagian, dipersilakan. Saya tidak akan menyekat mana-mana pihak. Malah saya gembira dengan perubahan positif yang saya kira agak mendadak ini. kalau dulu, punyalah payah nak mencari calon menjadi AJK Puteri Bahagian. Kali ni pemilihan,ramai yang ingin jadi AJK.

Hmmm... cuma pada kawan-kawan puteri, nak jawatan ni tidak semudah yang disangka. Cuma pesan dari diri saya kurang pengalaman ini, sayajuga bermula dari bawah...kita kena kerja keras, komited dan bertanggungjawab terhadap amanah yang kawan-kawan berikan. Bukan hanya kerana inginkan "populariti"...( tidaklah sepopular mana pun ..). Dan bukan kerana nama. Tapi, kena faham apa yang diperjuangkan. Sekarang saya tegaskan sekali lagi...Kini bukanlah masa yang baik untuk UMNO dan BN. Ini masa yang agak sukar. Oleh itu pemimpin yang berjiwa kental, tidak mudah putus asa dan sikap ingin belajar itu saya perlukan dalam AJK saya nanti... Bodoh tidak mengapa asalkan ingin bertanya, Jangan jadi "bodoh sombong".... itu sakit nanti...
Kalau ada yang pandai, tapi ingin belajar serta hormat pada pemimpin...pun bagus juga.

aish...macam-macam kan.....

Tuesday, September 2, 2008

Selepas kurnian tanah 999 tahun...kini jadi lagi... ref:Utusan

IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.‘‘Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju.

‘‘Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka,” katanya di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan.

Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri.Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka.‘‘Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut,” katanya

Mes:
Janganlah nanti orang kata Kepimpinan MB Perak bagai dicucuk hidung, Sayang seribu kali sayang. YAB MB perak orangnya terpelajar, Kuasa ada di tangan tetapi orang kiri dan kanan bukan betul-betul ingin membantu pentadbiran beliau sebagai MB. Saya menggesa supaya MB Perak boleh contohi YAB Ketua Menteri Melaka,yang sungguh membantu rakyat Melaka tidak kira agama bangsa dan waktu..di mana ada sahaja kesempatan.. .takpun kalau kala tak mahu ikut Ketua Menteri Melaka, sebab pembangkang kan......contohilah MB Kedah..

Sebut pasal kedah...teringat dapat berbual dengan salah seorang exco kanan Kerajaan Negeri Kedah minggu lepas yang juga merupakan pemimpin tinggi PAS Kedah. Beliau sangat baik dan begitu berhemah...Kehidupannya juga begitu sederhana. Saya harap exco kerajaan Negeri Lain takpun wakil rakyat ke..mana-mana partilah, tidak kisahlah di mana jua anda berada di muka bumi ni..bolehlah mencontohi kehidupan Exco ni. Saya mengenali keluarga beliau kebetulan bertemu dengannya...hmm....hidup ni sungguh hebat kan....kadang-kadang kita dapat pengalaman yang tidak terduga oleh kita...

Meraikan Anak Merdeka .

Pada petang ini, YAB Ketua Menteri Melaka akan meraikan anak-anak Merdeka yang lahir pada 31hb Ogos...Ini adalah merupakan sambutan kali kedua diadakan. Tahun lepas anak-anak Merdeka ini diraikan di Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh. Pada kali ini pula akan diraikan di Masjid Bukit Beruang Ayer Keroh, Melaka . Jadi kepada sahabat-sahabat yang mempunyai kenalan sesiapa jua yang lahir pada 31hb Ogos...sekiranya mereka berada di Melaka pada Petang ini harap dapat sama-sama memeriahkan lagi suasana dengan hadir ke Masjid Bukit Beruang bersama keluarga.Jangan lupa bawa kad pengenalan sebagai bukti pengesahan Anda anak kelahiran 31hbOgos!!
Butir-butir MAjlis Petang ini:-

Tempat: Masjid Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.
Waktu: 6pm.
TArikh: 2HB.sEPTEMBER, 2008 (SELASA).

Mengajar Anak Berpuasa....




Barulah saya sedar, payah juga nak mengejutkan anak bujang saya yang baru berusia 5tahun ni untuk bersahur. Macam tu jugalah mak selalu bising mengejutkan kami 6 beradik dulu...hmm...setelah puas memujuk, akhirnya Haiqal mahu juga menurut saya ke dapur...Sampai di dapur terus dia letakkan kepala dia atas meja. Mengantuk sangat katanya. Saya tak jangkakan Haiqal hendak bersama bersahur dengan kami, tapi bila saya bersembang dengan suami katanya anak kawan baiknya yang seusia haiqal dah pun berpuasa. Walaupun separuh hari, tapi semangat yang ditunjukkan oleh anaknya yang buatkan saya dan suami bersepakat mengajar haiqal untuk berpuasa. Terdetik dalam hati saya berkata...."kecil lagi anak aku ni...".

Lepas saya suapkan nasi tak sampai 5 suap ke mulut Haiqal , Dia kata dia dah kenyang..terus bangun. Sempat saya mintakan abahnya untuk mengajar haiqal niat berpuasa....Tersenyum haiqal...Nasib baik sejak bersekolah di TAdika Amirah, Haiqal faham apa itu niat, dosa dan pahala, Surah yasin pun hampir separuh dihafalnya... alhamdulillah...

Semoga hari ni haiqal akan tahan cubaan dan dugaan dari adiknya hakim...(yang baru berusia 4 tahun semalam....).....hakim..hakim..

sumber gambar: ilustrasi dari iklan Roti Ikhwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...