aLHAmdulillah... pagi2 lagi Dr.Malek dah check...sume clear. N dia bagitau Emy u dah boleh balik... Tapi kena dtg next week.. Check up pulak. Dr.Ganesh pun dah dtg ..... huhuuhuh tak sabar nak balik jumpa anak2,HUbby..mak abah..n friends...
Tq to all yang dah dtg melawat... su,faisal,fadhil,asri,kak shima,asrina n adik,ina n hubby, atie n hubby,atie alai,kak suzana n hubby,pu3 kota melaka..(haa...wakil kpu3 dialah tu....tq beb..),mak ngah n pak ngah, afad n nan,n tak lupa gak..k.G.K..(jauh datang...really appct it very much!
tq for all the food..bunga2...n doa u all... May allah bless u guys..
-inilah hidupku,catatanku.. utk kehidupan yang amat mencabar ni.... Kita perlu warnainya..corakkan ia... dan jaganya...-
Saturday, May 31, 2008
Friday, May 30, 2008
BETUL KE NI EZAM....?
Teringat saya masa saya belajar tahun akhir di UKM pda thn 99 dulu... Saya memang pada waktu dan ketika itu bukan menjadi ahli mana2 parti. Tetapi saya lebih mirip kepada pembangkang .Apa lagi kalau bukan PAS dan Keadilan.. (ITU DULU,TAPI SEKARANG SAYA BANGGA MENJADI AHLI DAN PEMIMPIN UMNO!) Pada waktu itu kes Anwar hebat diperkatakan.. saya melihat EZAM sebagai salah seorg pemimipin muda yang agak boleh dikatakan menyerlah dalam perjuangan Parti Keadilan. Ada sahabat telahpun memberikan saya poster Ezam. Dan saya telah tampal poster beliau di dalam bilik saya...
Hari ni bila beliau menyatakan tentang keihlasan beliau menyetai UMNO... Ramai pihak yang berbunyi.. Saya melihat kemasukan beliau sebagai satu perkara yang positif.. Tetapi, kita perlulah mengambil kira beberapa perkara penting. Mungkin adalah lebih baik Ezam ini jangan diberikan / ditawarkan apa2 jawatan dalam parti dahulu. Macam nak terima menantu. Kita tengoklah dahulu bagaimana dia membawa diri dalam keluarga UMNO. Kerana, Kita nikan semua manusia biasa.Pernah buat silap. Perlu bagi masa yang lebih untuk beliau menyesuaikan diri dalam suasana UMNO hari ini.Kalau dah ok, barulah kita benarkan beliau menjalinkan iktan sah dengan kita. Janganlah kita buat silap lagi... Dan jangan pula kita menutup ruang buat org luar / parti lain untuk menyertai kta kerana sekarang kita perlu lebihkan penyatuan bangsa melayu yang semakin berpecah belah.
To Bro Ezam, saya pernah melihat anda pemimpin hebat.. buktikan perjuangan anda memasuki UMNO ini sebagai usaha untuk menyatupadukan orang melayu... Janganlah anda mengecewakan kami khususnya buat golongan muda yang semakin keliru dengan perjuangan PKR....Tahniah Bro... (saya ingat macam nak jemput Ezam la datang ke forum /bincang2 bersama puteri atau belia kami di Melaka..). Amacam? Ada mau?
Thursday, May 29, 2008
Tangan dah lenguh...
Nak menaip panjang2 pun x leh sangat...ni tangan dah bercucuk jarum.. Pastuh cik2 nurse dok cucuk masuk ubat lagi... Takdelah sakit..cuma x selesa & lenguh cepat lak rasa... haha..(tangan dah tua kot..).Aiseh ..waktu saya tgh menaip ni, cik kak nurse dok hantar lagi gas..untuk saya sedut.. Hm....Terasa bosan pulak dok wad ni.Yelah dah biasa ke hulu ke hilir... Nasib baik ada my "buddy laptop" ni peneman kebosanan. Kalu tak mati kejung! ahaks.. Tak ramai yg tau saya warded..saja xnak bgtau, cuma mak abah,KSUS, my suk, n ada lah a few of my gals..(puteri) yang tau..dan yang ter"tau"...
Bila dok sorang2 ni... elok juga .Dapat menenangkan diri. Berfikir. Be focus.... teringat pada arwah sahabat di Pejabat Ketua Menteri (Arwah hj.Sharif) beliau sangat rajin dan komited orgnya wpun tidak berapa sihat, beliau masih lagi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasnya..Tapi, hal itu juga buat saya tefikir ..kita kena sayangi diri kita.Jaga diri kita. Kerja kerja jugak...politik..politik jugak.... kan? Hidup kita ni tak lama.... jadi apa yang kita buat kita cuba buat yang terbaik. Saya juga berazam, selagi hidup dikandung badan, selagi saya memegang apa juga tanggungjawab yang diamanahkan, saya cuba buat yang terbaik. Kita pun bukannya sempurna.. sebab itu kita perlukan insan2 di keliling kita yang ikhlas dan yang boleh menjadi cermin pada kita. Sebab mereka yg ikhlas inilah yg akan memberitahu kita kekurangan, kesilapan dan mungkin kehebatan kita.Sapa yang ikhlas?....Mana nak tau..? Tepuk dada,tanya hati,bukak minda dan petunjuk..insyaallah kita akan tau.......
Selamat datang ke blog saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ni saya bulatkan tekad untuk menulis kembali ke dalam blog saya, yang lama dulu saya tukar dan ambil mana yang perlu sahaja.nanti saya masukkan ke dalam blog ni. Bukan apa... a friend of mine dok bising... dah lama benau berhenti. Sebenarnya waktu saya menulis ni saya berada di hospital Putra, Melaka. Having treatment with my ashtma... hahha... dapat la merasa dok hospital Putra ni.. Kalau x asik lah datang sini melawat kawan2... At least ada masa untuk buat medical check up sekali...(yg mana kita ni lagi2 orang perempuan...kenalah jaga) dan ada masa juga untuk merehatkan diri..(tidak juga.. masih lagi menerima panggilan telefon dengan kerja2 pejabat, parti dan kawan2..)
Yup... hidup perlu diteruskan....... tidak kira apa juga keadaan..., tidak kira hebat mana dugaan. Kita perlu tabah..kan? sebab itu perlukan keluarga tersayang...dan juga kawan2...
Subscribe to:
Posts (Atom)