Wednesday, August 6, 2008

AIK YB NURUL IZZAH...DAH LAIN LAK CARA CAKAP.....- Ref Wilayahkini.blogspot.com

Lembah Pantai -- " Saya tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi saya akan cuba melayan semua permintaan yang ada dalam jadual saya" begitulah reaksi daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai rungutan masyarakat di Bangsar yang kecewa denganya kerana tidak " turun padang".

Kata Nurul Izzah: I cannot please everybody... Sementara itu Wilayahkini difahamkan beberapa penduduk di Lembah Pantai pula sudah bosan dengan sikapnya tetapi ada pula yang berkata , Nurul masih muda dan baru lagi. Apapun, perkembangan terkini di Parlimen Lembah Pantai menyaksikan beberapa perkara yang menarik antara BN dan PKR selepas PRU ke 12. Ramai sudah mula menilai keberkesanan PKR di Lembah Pantai.Ada pula yang berkata " kita miss Shahrizat di Lembah Pantai " !

MES: huuhuu....Yelah... Masa belum bergelar YB, bolehlah kutuk dan mengata orang lain yang jadi YB Palimen (BN ) masa tu.(Kak ijat) ...hmm...la ni bila dah terkena batang hidung sendiri.... camana lagi YB nak bersilat?dont deny...and dont put so much excuses!!Yb kenalah hadap dan buat kerjalah... jangan pandai cakap..cakap....cakap...dan chakap.......Jangan Bikin malu YB dari kalangan pemimpin wanita muda.....

Tuesday, August 5, 2008

"Start Them Young On Politics"- ref: today nst

The suitable age at which a child should learn about politics is from the moment he or she can talk," she said.Smith, who is attending the 54th Commonwealth Parliamentary Conference at the Kuala Lumpur Convention Centre here, was speaking to reporters on the sidelines of a plenary session on democratic elections.

She said in her country, the voting age had over the years been reduced from 25 to 21, and more recently to the age of 18."Age does not determine maturity."There are a lot of older people who do not vote responsibly as well."

Smith said it took her 17 years and six attempts to win her seat in 1989, and that she had received a lot of support from young people.

"There're schoolchildren who say to me 'Hey, I voted for you'. I said, 'No you didn't. You're just 5'. "Then the child said 'No no, it's my family who voted for you'. "That's how involved they are. You know, you can't wait until people are 16 to 18 to talk to them."

She also said it was important for schools to teach civics. Through civics, they should teach children about the importance of voting and what it means to be contributing citizens."But I don't think they should teach partisan politics. I think politicians in each constituency should be doing what they can do to ensure that the children are involved.

"Let the young people speak to other young people. Start from within the family. Let them talk to their friends on what they understand about politics.


MES: Saya setuju dengan pendapat Smith di atas. Bukanlah kita nak mempolitikkan anak kecil ni. Tapi pendedahan seumpama ini amat baik. Ada sahabat saya yang berkata waktu mesyuarat-mesyuarat cawangan inilah kita perlu membawa nak kecil kita . Kerana supaya mereka akan dibiasakan dengan suasansa perjuangan Parti UMNO.Biar mereka biasa dengarkan lagu UMNO. Agar mereka tahu apa itu perjuangan orang lama. Kita yang besarkan mereka... mereka Pewaris kita.. Kalau bukan mereka...siapa lagi? Kalau bukan sekrang... BILA LAGI?.. Seperti saya selalu katakan pada diri saya sendiri... yang baik kita jadikan tauladan..yang buruk kita jadikan sempadan.....
Mereka bakal pemimpin masa depan..jadi kita coraklah mereka sebaiknya-baiknya.....

Wednesday, July 30, 2008

SEHARIAN BERSAMA KETUA PUTERI MALAYSIA


Hari ni terasa betul letih.... Pagi saya ke Pulau Semut dulu . Hasrat di hati naklah tengok tempat yang YAB Ketua Menteri Melaka akan lawat tghri nnt. Baik survey dulu..kang senang kalau ditanya apa-apa hal nanti.Boleh lah menjawab....lama gak kami 3 orang dalam ladang kelapa sawit....sambil menanti yang lain utk dtg dan menunggu panggilan telefon dari Bodyguard CM. Jadi/x dia ke Pulau Semut..YB Datuk Idderis (Adun Lendu pun dah sampai)... Last-last CM Tak jadi ke Pulau Semut memandangkan beliau pernah pergi melawat kawasan tersebut.. saya pun apa lagi, rush lah ke Melaka...(Sempat lagi mencari contact lens..almaklumlah Rabun...huhuhuh)


Saya tiba bersama sahabat-sahabat Puteri dalam jam 3.15pm, cantik bangunan Perkeso.
YB Dato Timb Menteri Sumber MAnusia yang juga Ketua Puteri Malaysia tiba tepat jam 3.30pm sebagaimana dalam jadual... hmm.. She Looks so beautiful bertudung...
(Ayu nyer!!!!) Bila YB Menteri sampai program pun mulalah... saya ingat nak duduk bersama-sama dengan sahabat pu3, tapi saya kena duduk bahagian depan pulak.. aiseh.... Bosan-bosan..Selesai Majlis Pelancaran Bangunan Perkeso tu, diadakan pulak penyampain sumbangan kepada persatuan/ NGO dalam bentuk mesin hemodalysis dan juga wang ringgit... Kemudian, saya diminta untuk membawa Dato Noraini ke Rumah Kediaman Ketua Menteri Melaka. Saja nak sembang..... Ramai juga Puteri saya yang ikut sama... Kmdn dapatlah kami semua bersembang dalam 20 minit..Macam-macam hal parti yang dibincangkan.Semuanya menuju ke arah kebaikan... Alhamdulillah saya mendapat seorang Ketua yang saya amat kagumi kegigihan, kesungguhan dan begitu komited dalam tugasnya sebagai Naib Presiden Parti dan Ketua Menteri Melaka.Banyak juga nasihat yang YAB Datuk Seri berikan pada kami...bak kata beliau " nak dengar/ tidak terpulang...." (ye idak?)


Lepas tuh sebelumke rumah suhana, sempat kami makan di Restoran terapung.. Sempat la Dato KPUM sign pada buku pelawat..Then along lead ke ruma Suhana... sampai2 saja saya lihat ramai Puteri yang dah tungu... Meriah jap... SU!!!! ghindunyer kat s/u kerja aku ni!! huhuh dia dah gemuk sikit yey..yey.... takpe janji sihat kan dik?...
Dapat jugsa saya berbual dengan mak dia..kata kakak ipar su, maknya luaran nampak sihat tapi sbnr dalamannya tidak.. Ayah su pulak pakcik Rahim dah terbaring...Tidur. Penat agaknya.. Biro Kebajikan Puteri Negeri Melaka alhamdulillah dapatlah mengutip derma kilar utk Su dan Family sebanyak RM1250.00(Terima kasih Yatie Zainal, selaku pengerusi Biro). Dato Noraini juga ada memberi sedikit nasihat berkenaan dengan pampasan Perkeso yang boleh dituntut oleh Su.. (i will follow up on that my dear...).
Saya juga ada memohon kepada Dato Noraini melalui Tabung Prihatin Puteri untuk disalurkan bantuan kepada Suhana yang patah kaki akibat kemalangan motor dan juga Asrina(ajk puteri negeri) yang baru membuat pembedahan apendiks...


YB Datuk Idris Haron pun sempat singgah ke rumah Su. Baguih la tu YB turun padang... seronok tengok Datin Fazilah..senang mesra dengan semua orang...macam tu jadi contoh pada isteri YB-YB yang lain...tapi mungkin sebab Umur kami semua lebih kurang sama sebab tu la ok rasanya.... Setelah selesai semua, saya dan yati pun balik...mak oii...penatnya rasanya.....dah tu otw balik ke MAsjid Tanah, dapat pulak mesej dari BR yang mengingatkan saya perlu ke JB jam 9am..lagi dalam hati saya..(MAK DATOK AIIIIII PONEK EH BADAN..........)huhhuhu hhidup perlu diteruskan...
apa-apapun... walaupun penat,hari ni saya betul-betul rasa puas hati dapat selesai banyak perkara....
wsalam..

Saturday, July 26, 2008

NAK KE MANA HARI NI?

Hari ni saya dan ajk Pu3 Bahagian nak ke kawasan Dun Tabih NAning. Nak tengok persidangan Puteri di Dun sana pulak.. Kalau sempat, saya ke tempat lain pula. Hmm..banyak cerita dan banyak pengalaman nak dikongsi ni. Tapi masa pulak tak sempat. Tapi, saya kan masukkan gambar-gambar saya bersama dengan sahabat-sahabat Puteri di Kedah sewaktu lawatan mengiringi TYT dan Ketua Menteri Melaka minggu lepas.. Jumpa lagi nanti k.. wassalam.

TERKENANG SEMASA DULU....

Bila lalu kat tepi jalan nampak ada adik kecil jual buah rambutan.... Teringat dulu masa saya masih lagi belajar di ukm... Rasanya peristiwa ni berlaku sekitar tahun 1998.Memandangkan Anak-anak abah semuanya tengah belajar jadi keadaan kami agak susah... Jadi masa cuti semester,saya ambil kesempatan membantu mak dan abah menjual rambutan di pekan Masjid TAnah. Rambutan tu kami petik dari Kebun Abah di Bukit Chempedak (Kini dah pun jadi Kem Warisan ,PLKN). Bukan mudah sebenarnya nak ikat satu-satu rambutan tu. Tangan pun naik kematu... Dah habis ikat , masukkan dalam kereta kancil kami warna putih tuh. Kemudian, saya dan Uda(adik yang bongsu) pun duduk menumpang di depan kedai Makcik saya yang berhadapan dengan Pejabat Pos Masjid Tanah. Kira alhamdulillah.... Rambutan Gula Batu. Ramai yang suka... dan tak banyak di pasaran...(Teman Lelaki saya, yang kini suami saya pun pernah singgah beli...huuuhu nak beli jiwa la tuh...) Boleh tahan juga dapat masa musim buah ni... itu lah bila lalu kat tempat adik jual buah tadi...betul-betul saya teringat, saya juga pernah mengalami susah senang... Adik saya yang kini Pegawai Audiologi di Hospital Besar Kuala Lumpur juga pernah mengikat perut dengan memakan tempe sahaja waktu di UKM. Menagis mak bila dapat tahu..Sekarang alhamdulillah..masing-masing dengan kerjaya masing-masing.. anak mak dan abah semuanya dah habis belajar. UDA pun tengah tunggu nak belayar ke Eropah (ALAM)dalam bulan depan... semoga saya , dan adik-beradik saya yang lain akan mengingati pengorbanan mak dan abah serta membalas segala jasa waktu mereka masih ada.....insyaallah..

Sunday, July 20, 2008

MAKIN HANGAT...SEMUA ORANG TAK SENANG DUDUK....

Badan sangat letih, begitu juga dengan fikiran saya...Tapi mata ni tak boleh lelap...jadi saya ambik keputusan untuk terus berada depan laptop . Boleh jugak saya menulis apa yang ada di dalam hati...dan di dalam fikiran saya. Suami saya pun ada di sebelah.Dia ada menemani saya sambil khusyuk membaca suratkhabar #%R%#aH...Saya memang beli banyak suratkhabar yang melawan arus ..saja nak dapat informasi.... Saya dah baca suratkhabar #%R%#aH ni sejak saya berumur 14tahun.... hmm..jadinya dah 18 tahun saya dah baca surat khabar tu...
Ptg tadi sewaktu saya ke cwgn Air Hitam Darat ...sayang sekali Puterinya hanya ada 10 orang sahaja yang berdaftar. Belum cukup untuk menubuhkan Puteri Cawangan. Di Cawangan itu juga menyaksikan pencalonan buat Ketua UMNO Bahagian dibuat untuk Datuk Rahman dari Cwgn Sg Jernih. Pencalonan Ketua Pemuda pula buat Team Sdra HAsnoul Hisyam. Wanita pula kekal pada YB Latifah Omar.. Masa yang agak panas dan hangat... apa-apapun... Masa masih panjang.... Semoga semua pihak yang bertanding akan berkempen secara sihat......
Malam Tadi pula saya ke Cawangan KAk Marina, Naib Ketua Puteri Bahagian MAsjid Tanah. Cawangan dia Balik Batu mesyuarat hari ni. Puteri tak ada masalah, alhamdulilllah... Begitu jugak dengan yang lain di cwgn kak Marina nampaknya semua berjalan lancar... hah..lupa nak cerita, Sebelum sampai ke cawangan Kak Marina saya mendpat panggilan dari salah seorang Ketua Puteri dalam Melaka.., Agak mengejutkan apa yang saya dengar dari beliau. Sedih pun ada. I can't tell u guys apa yang berlaku...this is not the good time to reveal everything..tetapi kesimpulan yang boleh saya buat ialah apabila Sayap Puteri ini yang saya kira masih lagi bewarna putih... dan apabila kita corakkan mengikut warna yang kotor, maka lama-kelamaan ia akan menjadi tercemar juga. Sekiranya benar bagai apa yang disampaikan kepada saya, saya merasakan tidak sepatutnya hal ini belaku....Saya benar-benar simpati atas apa yang berlaku...
ntahlaaa...... phening..

SEKITAR KURSUS KEPIMPINAN & JATIDIRI PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN 11-13JULAI 2008


Saturday, July 19, 2008

BILA MASA CEPAT BERLALU.....

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua.... Dah hampir 2 minggu saya tak dapat meluangkan masa untuk menulis. Macam-macam hal nak dikongsi bersama... nak menjawab soalan sahabat2.. tapi ada sahaja perkara yang menghalang.. Ni saya ada masa 30 minit sahaja untuk menulis segalanya.. Ptg ni jam 2.30pm saya menjadi Wakil UMNO Bhgn. ke mesyuarat UMNO Cwgn Air Hitam Darat, Dun Tg Bidara.Hmm.. kali pertama dapat peluang menjadi wakil UMNO Bhgn. Walaupun saya tengah demam ni..peluang ni takkan saya persiakan.. Bagi UMNO BHGN MT, cawangan telahpun bermula bersidang hari semalam...Saya belum dapat apa-apa berita pasal persidangan semalam. Kali ini mungkin agak menarik kerana tahun ini tahun pemilihan... jadi saya dapat menjangkakan pelbagai perkara yang menarik akan berlaku..Apapun, saya ingin ucapkan selamat bersidang kepada semua ahli UMNO yang layak untuk memilih dan dipilih.. Semoga anda dapat memilih dengan sebaiknya dan sekiranya dipilih maka jadilah pemimpin yang bertanggungjawab.. Kalau tak tahu,Belajar dan tanya pada yang tahu... Jangan jadi Bodoh Sombong...Ini masa yang agak mancabar buat semua ahli UMNO. Masa depan UMNO terletak di tangan kita.Kita yang corakkan ia....


Macam-macam hal jugak yang berlaku. Semalam sewaktu saya sdg mesyuarat di KL aya dpt sms yang mengatakan S/U Kerja Pu3 Negeri Melaka Suhana terlibat dalam kemalangan. Peha kiri patah. Then saya terus rush balik ke Melaka. Tiba di hospital Putra, jam 4pm...saya sempat lihat dia dibawa masuk ke OT. Kebna operate nak masukkan besi ke dalam pehanya. Difahamkan hasil pemeriksaan xray, tulang pehanya patah dan hancur. uish...saya rasa sungguh sedih... semoga Sue tabah dan banyak bersabar. segala yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang bila tunggu di hospital tiba-tiba badan saya rasa seram sejuk..macam nak demam..Badan mula panas..last2 saya tumpang lepak di bilik 8-katil 18..kebetulan AJK Puteri Negeri saya, Asrina pun warded di situ. Baru selesai pembedahan appendiks.... nampak luaran dia macam kuat..tapi...heheh...ok ok..kak emy takkan kutuk awak ok.. to asrina jugak take a good care of urself... saya tahu dia seorg yang tabah..Bila suami saya sampai , saya terpaksa pulang ke rumah bila badan makin panas.Kepala pening. Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian yang telah saya susun pun terpaksa saya wakilkan kepada ajk saya untuk handlekan mesyuarat..saya betul-betul tak larat......


Pagi ni, panas badan kurang sikit...tapi saya belum sihat sepenuhnya. Saya sempat telefon SUe. Sue kata dia ok..Alhamdulillah..Dia dah terima hadiah coklat yang saya belikan semalam..Biar dia makan dan relax di hospital...Saya pun sempat mintak bantuan Pengerusi Biro Kebajikan saya Yati Zainal untuk membuat sedikit kutipan derma sumbangan ahli-ahli puteri untuk membantu Suhana. Untuk makluman sahabat-sahabat puteri semua, kedua ibu dan ayah suhana mengalami "Stroke". Mereka tidak boleh berjalan dan tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Selama ini Suhana yang banyak berkorban membantu mereka.. to all my gals..., sudi-sudilah membuat sumbangan dan sama-samalah kita membantu.


Hmm...sekejap je masa berlalu dah pun hampir 1.30pm... pkl 2pm dah nak gerak ke Air Hitam DArat....semoga saya akan dapat luangkan masa lagi...Insyaallah...To Sahabat Mutaligat, t.k kerana concern jugak blog ni lama tak di update.. Boleh...no hal.. akan masukkan pautan blog anta kat sini..tapi hari ni tak sempat laa.... jumpa lagi semua.. wsalaam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...