Wednesday, November 10, 2010

Melawat keluarga mangasa kemalangan 6Nov2010 lalu (allahyarham Rosli Mat Isa)

Al-Fatihah....

Kuat sungguh melihat semangat isteri allahyarham Rosli, salah seorang dari 4 mangsa kemalangan yang terlibat dalam nahas jalanraya apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh sebuah treler membawa muatan kelapa di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di Keratong dekat sini, 6hb November yg lalu. Mereka dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.



Fiqah nama panggilan. baru berusia 30thn. seorang ahli Puteri UMNO cawangan Duyong.Paling menyedihakan hati, Fiqah baru sahaja melahirkan bayi lelaki Hafif namanya....baru je berusia 32hari....
Tapi, Fiqah begitu tenang sewaktu dia bercerita, bagaimana tragedi menimpa suami dan keluarganya. Turut bersama saya ialah Ketua Puteri UMNO Cawangan Fiqah, Cik Haryaty Hamdzah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka. (dia yang maklumkan saya mengenai berita ni...) AJK Puteri UMNO Negeri Melaka yang turut hadir ialah Shidah NAib Ketua Puteri UMNO bahagian Kota Melaka, ellie , Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin dan beberapa ajk dan ahli puteri UMNO Kota Melaka.

Puteri UMNO Melaka memberi sedikit sumbangan yg tak seberapa dan kami semua doakan agar Fiqah akan terus tabah menempuh hari-hari yang mendatang ini. Tahniah dan syabas juga buat Yaty dan Puteri UMNO Kota Melaka  kerana telah mengusahakan untuk majlis Tahlil buat keluarga Arwah ini nanti...syukur alhamdulillah....


pssst:
nak tau ,sebelum tu Suami saya menghantar saya ke Duyong bersama dengan anak-anak..dalam nak ke rumah Fiqah, kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motosikal betul-betul di hadapan BEDUMA. agaknya motor tu nak cepat kejarkan lampu isyarat agaknya.... adoyai..bagai disiat2 hati ni apabila terdengar hentakan kuat di kereta.... (hukhukhuk....)....tapi risau jugak kalau mamat tu apa-apa jadi kang... syukur alhamdulillah...Mamat tu takde apa2..walaupun mukanya agak pucat dan kakinya menggigil..(tak sempat tanya nama pun...). Saya tak tengok kereta pun...(taknak tengok dulu.....) .

Dah selesai melawat Fiqah, ...barulah saya kembali ke BEDUMA dan baru boleh tengok kereta...oklah takde la teruk sangat..(ku membayangkan keadaan kereta lebih teruk lagi...). waaaaaaaaa:(

x nampak sangat..tapi kemek la jugak...atas dan bawah....

hmmm...tak apalah.... sabau ajelah....... kan?...yang penting tak ada nyawa yang melayang.....

Tuesday, November 9, 2010

kongsi suka duka di galas.....

haaa... ini adalah rakaman saya  dan sahabat2 pu3 saya sewaktu hampir 2 minggu kami di galas....

yang ini di Rumah Melaka kami mengadakan pemeriksaan kesihatan anjuran Puteri UMNO dan juga Gerakan Belia 4 B Malaysia.


bersama Puteri MIC sewaktu majlis BBQ.

Melawat makcik yang menderita kerana kanser bersama calon, di rumahnya ada 6 yang menjadi pengundi.

sempat bagi adik2 ni jajan sewaktu melawat perkampungan Orang Asli di Hendrop, Post Brooke.

Bersama doktor Syawal, buat pemeriksaan kesihatan. Di perkampungan Orang Asli, hendrop.

makcik ni dah dapat rumah PPRT. tapi masih gunakan rumah lama ini untuk memasak. Di sebelah saya ada bayi berusia 2 bulan yg sedang nanyak tidur.

menanti ayam bakar untuk siap dimasak..(mana ayam? haaa kat dalam buluh tu haaaaa.... (kg.Orang Aasli,Hendrop)

kasihan adik ni, kakinya tercucuk paku karat sewaktu ingin membuang air di dalam hutan. kakinya membengkak....

macam-macam gaya...

pakcik yang masih gigih berbasikal di sekitar pekan......

Nasib baik menang......................

Di rumah Melaka, dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Hj Said.

puteri terengganu mengedarkan surat khabar di Bandar Lama Gua Musang.


YAB Datuk Seri Mohd.Ali Rustam bersama Tok Pa sempat melawat seorang makcik yang uzur...

Monday, November 8, 2010

kalau macam tu, bukan anak jantanlah!!!!!!

Pagi tadi berbagai mesej yang saya terima berkenaan dengan Zaid yang telah ,menarik handbrek sebelum berakhirnya pemilihan parti bagi jawatan Timbalan Presiden. Antara calon lain yang turut sama mengintai peluang tIMBALAN Presiden ialah Sdra Azmin Ali. (haaaa mesti dia tengah tersenyum besar dan sedang berangan-anagan nak meraikan sambutan beliau bakal ditabalkan Timbalan Presiden PKR yang baru.

agak2 apa kata gambar ni ek?

(gambar ni pun macam bagus je...macam tau-tau je aku nak tarik diri dari bertanding jawatan no.2...dan aku nak letakk kesemua jawatan yang aku ada dalam parti!!!!.)






katanya dalam blognya http://www.zaiduntukrakyat.com/ ( beliau salah catur...ermm baru nak rasa ke...)

“Saya ditawarkan untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negara ini."

mes: ntah la zaid...
aku tak boleh nak komen banyak-banyak..kalau betul nak jadi pendekar dengan meninggalkan UMNO dan berjuang dalam PKR utk apa jua tujuan yang baik..seperti mana yang beliau nak...pada saya, beliau patut lakukan dulu dalam UMNO. tapi elok jugalah beliau meninggalkan UMNO. tidak sampai berapa lama bersama dengan PKR , kini merajuk pula dengan PKR .(mungkin x boleh nak meninggalkan PKR nanti oang kata asyik macam brahim Ali.lompat sana, lompat sini ,tinggal sana, tinggal sini..walaupun dalam hati sapa yang tau..kan?.hmmm adalah tu, ,.mungkin ada perancangan yang terdekat...kita tgk sajalah!!!

Treingat kata favourite kak aza, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...kalau takut pada cabaran, jangan digelar diri pejuang....). Dengan sabotaj, karenah yang berlaku dan permainan kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan poiltik di dalam PKR, Zaid kini menjadi mangsanya...hahahahahaha......sabau je lah nyah.......(kacau betul... kita baru je nak tengok kerancakan zaid dan kelantangan zaid dalam usaha untuk membetul kan PKR yang tak berapa betul tu....) ..kacau betullah..
itu macam bukan anak jantanlah!!!

Friday, October 29, 2010

Meniti ke Galas....

kita ni dalam masa 3 jam lebih lagi nak berangket ke galas semula..."oh PRK Galas...." baju x packing lagi...
bercinta rasanya nak meninggalkan rumah ni semula... tengok muka anak n suami yang sedang lena diulit mimpi, alamak..rasa syahdunyer nak meninggalkan rumah... :( urrghhhhhh

abang long esok exam paper sains.... tadi masa buat latih tubi, nampaknya bolehlah dia jawab. harapnya dan didoakan anak ibu ni akan dapat menjawab soalan peperiksaaan dengan baik esok...insyaallah.
tadi sempat jugak aku mempengurusikan mesyuarat Gerakan Belia 4B Cawangan Paya Lebar. Kami akan menjadi Tuan Rumah bagi majlis berkhatan Anjuran GB4B Paya Lebar dan GB4B KawaSAn Masjid Tanah dan MGBD..Sempatlah bersembang dengan belia-belia kampung dambil minum secawan teh tarik....
lepas habis sembang...singgah sat kat balai raya, nampak ada budak belia main badminton...waaa bestnyer!!!! apa lagi, tanggalkan selipar, dengan kaki ayam..ku hayunkan reket badminton... dapat main dalam 10 minit aje (10 min.? perghhhh dah berasap badan beb...). adik2 belia ni sempat mintak belikan bulutangkis.... ok lah adik2 ...nanti kakak pass kan pada kak ima 2 bekas bulu tangkis...jangan kau buat makan dah laaaa... :)

habis main, terus ke rumah mak, tengok mak dah tersandar kat kerusi ....penat sangat lah tu..Sibuk tanya kenapa tak bawak balik si kecik...(camana nak bawak....kan tadi emy gi meeting mak..., mak lak ke surau..tak apala, esok diorang baliklah ke kampung....). sebelum balik ke melaka tadi sempat kita membelek kad kahwin adik kita 'ady Irwan" yang akan melangsungkan majlis pernikahannya pada 18hb Disember ni nanti...sekejap je rasa...ok mak..minggu depanlah kita buat mesyuarat keluarga... (harapnya diari aku x penuh time tu...)

oklah.... seronok la pulak dpat menulis balik....., ok...nak sambung mengemas baju balik.....urghhhhh mulalah rasa tak syok balik........@#$&**%$#@@@**&&&&*$&&##@@!!!! (ayat dalam hati yg ku sendiri x paham)


Saturday, August 14, 2010

terabai lagi blog kesayanganku ini...

Salam,
Skrg ni aku berada dekat masjid jamek Serkam. Ada majlis tilawah alquran 4B kawasan Jasin. Aku datang dengan kwn2 puteri... Teringat pulak Blog kesayangan aku yg dah ku abaikan hampir berbulan2...
Masyaallah...memang nak update , mcm2 cerita...tapi hanya tinggal impian jelah...
Xpe, kehidupan perlu diteruskan...
Tahniah diucapkan pada 4B Jasin.
Jumpa nnt 16hb di Alor Gajah, perngkat negeri nanti....

Tuesday, June 22, 2010

Mula Projek Khas

Hari ni hari yang amat teruja bagi aku kerana aku diberi suntikan semangat untuk meneruskan projek "menulis buku" yang telah lama kuilhamkan . Memang  rezeki aku kot nak berjumpa dengan datuk dr.Jamil Mukmin di pejabat IKSEP pagi tadi. Aku dijadualkan utk mesyuart bersama Tn Hj Aziz Ujang, Pengurus Besar IKSEP bagi membincang Seminar Kerjaya yang akan kami laksanakan nanti.Kebetulan Datuk Jamil ada di situ...duduk-duduk saja di kerusi dan menghadapnya... dia terus bingkas bangun dan menuju ke almarai buku yang tersusun rapi..lalu dia ambik 1 buku..ditanya nama penuh aku (dalam hati aku..yes!! dia nak bagi aku buku.."). Aku jawab: "Datuk tulis je nama saya E-M-Y... nama manja EMY tok....". hiihih

Kemudian dia terus menyerahkan aku buku tu .Tajuk: "Gerakan Islam Di Malaysia , Kesinambungan Respons dan Perubahan (1957-2002) yang mana buku ini adfalah merupakan hasil tesis beliau sewaktu mendapatkan Ijazah Kedoktoran di UTM. Aku pun terus mengambil peluang bertanyakan tips-tips bagaimana hendak menulis buku.Almaklumlah..hajat di hati besar..tapi ilmu untuk menulis belum ada....


 
Dia kata nanti dia akan bagi pada aku.. sambil tu dia menuju sekali lagi ke almari bukunya dan mengambil sebuah buku lagi dan terus berikan pada aku.."saya bagi awak pinjam..boleh buat rujukan.."
"wow!menariknya....." hati aku berbunga riang...... Tajuk buku kedua  :Biografi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1993-1996 PEMIMPIN oleh Yusuf Harun"...

Jadi, mulai hari ni, aku akan kumpulkan bahan dan akan aku update dari masa ke masa apa yang aku buat
berkenaan projek khas aku ni...., insyaallah!. Semoga aku juga diberikan kekuatan mental dan fizikal untu memulakan projek ini serta dapat menghabiskannya dalamn tempoh waktu yang aku sasarkan... ermmmm memang bukan mudah tapi bak kata manatan Ketua Puteri UMNO Malaysia( kak Aza..) :-

"kalau bukan kita, siapa lagi..., Kalau Bukan Sekarang..Bila Lagi?.."







Saturday, June 19, 2010

4 hari campur 1 hari tu....=?

hari ni dah masuk hari ke-4 aku kat hospital..,nasib baik la adaa peneman "Lappy" ni... kalau tidak.., comfirmed kekejangan dan kebosanan aku tahap maksima..Lappy aku ni baru je tau beli (eh takde lah baru..awal bulan lepas, kira barulah tu..) .... semata-mata sebab....wopss... haa itu akan aku ceritakan nanti kenapa aku beli laptop baru.. wokey? Kasik can lah aku ceritakan pengalaman aku kat hospital ni..

4Hari ?pheh.... bayangkan dari hari Selasa..ni dah hari Jumaat..ada ke Doctor masa check aku tadi dia kata "i think u still need a rest and can go back home on Sunday". "alamak! " terus aku aku bagitau doctor aku x boleh lama dah..ini pun dah trlalu lama bagi aku dok kat hospital ni.
Esok aku kena keluar jugak dari hospital yang berbahagia ini sebab petang jam 2pm aku nak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang. Lagipun kesihatan pun dah berada pada tahap yang memuaskan..alhamdulillah..Jadi, mahu tak mahu...esok menjelang jam 10am aku dah kena keluar dari hospital untuk mmbolehkan aku sempat balik rumah tukar pakaian yang sesuai.. dan teerus ke sana..
Ini semua demi janji yang telah terbina (ewaahhh) antara aku dengan kpu3 Bukit Bintang MasMirra,...Habis je rasmi terus nak pulang ke Melaka, bagi majlis Penutupan Sukma.(bestnyerrrrrrr)
Oklah, jam pun dah hampir nak ke pukul 1am..sebebnarnya aku mula menulis dari jam 8.53pm..tapi disebabkan ada tetamu yang tidak diduga yang datang (tenkiu friends...) maka msa menulis ni pun panjang...

Semoga hari ini..(19hb.Jun2010) akan mnjadi hari yang baik dan ceria buat anda semua..
"Jangan Lupa Saksikan Pntupan Sukan Malaysia yang ke13 di Stadium Hang Jebat Malam nanti..."



Thursday, June 17, 2010

tepi jalan dicat HIJAU -PUTIH?

saya tergelak tengok beita yang baru je keluar di TV1 tadi.
ada ke patut....simen(tembok) tepi jalan..ala yang belang2 warna hitam putih tu....  rasanya kat semua negeri memang itu aja warnanya..
yang ni dicat kaler hijau putih...pheh!!!! hebat betul kerajaan Negri Kedah, mamng sampai ke tembok pun nak ikut tunjuk lagak ikut Parti..hhihiihih.... kelakar..ntah macamanalah diorang ni pikiaq gitu sekali..
Tak ke buat digelak dek orang jek.... sapalah kontraktor malang yang buat kerja tu... comfirmed kena buat balik la....... adoyai... dah la dapat berapa sen kerja ngecat tu....




SUKMA 2010....


aLHAmdulillah,
walaupun bertugas masa pembukaan rasmi SUKMA 2010 ...ke sana-ke sini , tapi sempat juga saya berlari ke tempat duduk anak2 dan suami..join kejap dengan diaorang... baru sambung duty balik...
Teringat masa tengok SUKOM 1998...masih solo lagi, tengok dengan my beloved 11th batch UKM Law Faculty.... yang ni SUKMA pulak... tengok dengan anak2.....akan datang kalau masih lagi Bernafas di maka bumi Allah ini dapat lah tengok SUKOM @ SUKMA...maybe masa tu dengan cucu cicit pulak la kot...insyaallah...
semoga kita semua dipanjang umur...dimurahkan rezeki...ameennn

Tuesday, June 1, 2010

TAK HABIS-HABIS....


Dunia dikejutkan semalam dengan kekejaman ISRAEL menyerang kapal dalam MISI Bantuan ke GAZA,..... MARI KITA KUTUK BERSAMA DENGAN SEKERAS-KERASNYA PERBUATAN KEJAM MEREKA INI..




kita sama-sama doakan keselamatan rakyat mALAYSIA DAN semua yang berada di sana ...
YA ALLAH LINDUNGILAH MEREKA....ameen......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...