Monday, October 27, 2008

ALFATIHAH : TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ZULKIFLI LEMAN.

Tengahari tadi saya mendpaat panggilan dan juga sms yang mengatakan sahabat kami Sdra Zulkifli Leman telahpun kembali ke rahmatullah .Saya ingin ucapkan takziah kepada seluruh kelauarga beliau.Jenazah akan dibawa ke rumah kakaknya di Taman seri Duyong dan aka dikebumikan selepas Zohor di Ujong Pasir. Allahyarham yang saya kenal mempunyai "PR " yang sangat baik.., sangat komited dengan tugasnya dan pandai bercakap dalam bahasa cina pulak tuh... Sebab itulah dia terpilih menjadi wakil Kerjaan Negeri Melaka ke Negara China . beliau telah banyak membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam mempromosikan Negeri Melaka dan mebantu urusan pelabur China datang ke Melaka.
Paling saya ingat mengenai arwah, sewaktu saya berucap kali pertama di Perhimpunan Agung UMNO pada Tahun 2006, selesai sahaja ucapan, saya tidak dapat bernafas . Rasa macam jantung nak tercabut. Almaklumlah, berucap kali pertama di hadapan Presiden, Timbalan Presiden, dan orang-orang besar dan Perwakilan UMNO di dalam dewan Keramat PWTC.Abang Zul lah yang telah menyambut saya di belakang dewan, menenangkan saya, mangambilkan minuman saya serta memberi kata-kata semangat....Sampailah saya tenang dan dapat bernafas kembali seperti biasa...
hingga ke saat ini, saya tidak nampak ada sesiapa yang boleh menggantikan "tugas-tugas khas" beliau... membantu semua perwakilan dari Melaka. Ntah macamana beliau sering mendapat PAS URUSETIA ....dan ada sahaja di belakang membantu setiap kali Perhimpunan Agung diadakan...

Semoga Allah swt mencucuri Rahmat ke atasnya...ameen......

Thursday, October 23, 2008

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 30/10/08

Salam semua, lama rasanya tidak menulis. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang sudi meninggalkan pesanan dan nasihat buat saya (terharu rasanya).Hari ini hari yang ke 11 saya berpantang. Tapi tidaklah berpantang sepenuhnya..Ada juga yang saya tak ikut..

Tadi saya baru sahaja terima pesanan ringkas (sms) yang mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 30/10/08. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai perlu atau tidak pemilihan UMNO diadakan pada Disember 2008? walaupun peralihan kuasa di antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri akan dibuat hanya dalam MAC 2009. Dalam hati saya ini mesti gara-gara gesaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...(tidak lama dulu....macam biasalah kan?..). Kasihan saya dengan Presiden Parti yang terpaksa membuat keputusan bagi bincangkan perkara ini lagi sehingga ke tahap ini. Saya dapat bayangkan keaadaan Pak Lah. Walaupun sebelum ini selepas Permatang Pauh, saya juga berpendapat yang Peralihan Kuasa 2010 perlu dipercepatkan. Namun bila pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah bahawa peralihan kuasa akan dibuat pada Mac 2009, maka saya kira semua pihak perlulah hormatinya..Apapun kita tunggu sajalah apa keputusannya...

Ramai kata sebab tempoh pemilihan yang lama ini akan berlakunya gejala politik Wang?Benarkah begitu? Kalau benar sejauh mana ianya berleluasa...?
Bila bercakap soal ini, saya suka nak fokuskan pada pemilihan Puteri UMNO peringkat NAsional, memandangkan bahagian-bahagian sedang bermesyuarat lagi. Saya rasa kiita perlulah ada sikap yakin diri dan juga sedar diri.
= Yakin diri / Sedar Diri maknanya yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri sendiri... Kemana hala tuju dan apakah bentuk perjuangan yang ingin dibawa dalam Puteri Ini nanti.Jadi, pemilihan perlulah berasaskan kredibiliti dan kemampuan seseorang calon. Adalah tidak adil rasanya jika kita memilih seseorang itu jika di atas faktor RM(Ringgit Malaysia). Elaklah dari menjadi seperti ini. Ada juga aduan yang saya terima dari pihak B, katanya yang pihak A main politik wang, lepas itu pulak pihak A pun mengadu yang pihak B juga membuat perkara yang sama dan menafikan yang pihaknya (pihak A) terlibat dalam gejala itu. Pada saya senang, (DENGAN KADAR YANG SEGERA...)jika berlaku keadaan seperti ini, buat laporan secara bertulis beserta dengan bukti. Jadi soal Fitnah mefitnah tidak akan timbul..Kalau nak layan ...sampai 100 tahun pun cerita pasal ni tidak akan berakhir..

Pada saya juga kini bukanlah masa nak tunjuk siapa yang hebat.siapa lantang atau tidak lantang.., Siapa rajin atau siapa yang pemalas, Siapa yang pandai ambil hati bakal ketua atau siapa yang langsung tidak pandai ambik hati... Siapa berduit..dan siapa yang sengkek.. Kita banyak lagi ni agenda perti yang menjadi Misi kita yang perlu kita perjuangkan..

Apapun, Saya bersetuju dengan pendapat Musa Hitam..UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.“Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat,”.

MES: Walaupun sukar nak buang penyakit lama yang dah bertapak dalam UMNO ini, kita kena perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain.., Kita tak boleh patah semangat. Sebagai ahli UMNO kita kena kuat semangat.susah? memanglah...
mana ada benda yang senang dalam dunia ni selain daripada nak buat kebaikan? Nak buat jahat senang saja......(kalaulah kita ada kuasa sakti...huuh teringat cerita masa zaman kanak-kanak dulu.."i dream of jeannie"...).

Monday, October 13, 2008

Aku redha dengan kehilangan baby damia...



Assalamualaikum semua..
hari ni rasanya nak berkongsi perasaan sebagai seorang ibu. Pada saat ini, aku berada di atas katil di hospital Putra, Melaka. Aku dah masuk sejak semalam.Semalam dalam jam 8.30pagi masa menemankan abang long (haiqal) tengok tv, aku rasa tak selesa. Bila pergi ke bilik air, Ya allah.. aku "bleeding"!! terus aku baringkan diri..dan telefon sahabat-sahabat puteri yang juga bergelar ibu yang pernah mengalami saat macam ni.

Kemudian aku telefon Suami yang sedang berada di pasar,mintak dia pulang dengan segera. Kemudian, kami ke Putra hospital .Kena masuk wad. Tak ramai kawan-kawan yang tau... Saja nak rehat betul-betul.
Pagi ni , bila buat pemeriksaan imbasan(scan), Dr.Mahinder bagitau pada aku yang kandungan aku ni nampaknya tak normal... panjang jugak dia terangkan pada aku..Tapi aku tak dapat nak fokus,cuma Yang aku dengar tapi aku rasa macam taknak dengar ialah aku terpaksa cucikan kandungan ni.

Aku menulis ni dengan perasaan sangat bercampur baur. Sedih. Untuk dapatkan baby "Damia" ni agak sukar setelah HAiqal dan HAkim, yang kini dah pun berusia 4 tahun. Usia baby Damia baru sahaja hampir 2 bulan..(baby selepas permatang pauh...) Dan aku terpaksa cuci....masih lagi aku teringat saat-saat aku buat "pregnancy test"..sebulan lepas jam 3.30am.Hari ni pula, jam 2petang aku dijadualkan untuk masuk ke bilik "O.T". Nama Damia ni Helmy(suami) yang pilih.Sejak dari dulu saya mintak dia carikan nama anak, tak pernah dia carikan. Nama anak kami yang lelaki semua saya yang cari.Tapi kali ni bila saya dapat tahu mengandung jam 3.30pagi, Helmy terus peluk dan kucup dahi (mungkin rasa gembira sangat kot...)dia terus cari buku nama pilihan untuk naak-anak dan akhirnya dia memilih Qistina Damia(keadilan/bijaksana). saya teringat betul yang Hakim pun dah pandai panggil "Damia" bila peluk perut saya ni.

Takpelah...aku redha. Aku faham ini Qada dan qadar Allah. Malah aku rasa aku cukup bertuah dapat mengandung pada usia 32 tahun ini walaupun hanya seketika. Aku tahu, ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang masih lagi belum dihadiahkan zuriat walaupun telah lama berumahtangga. Jadi, aku perlu tabah. Siapa yang tak sedih kan?...
Buat sahabat-sahabat yang telah berkongsi kegembiraan aku sewaktu berita aku mengandung, terima kasih atas segalanya. Mohon kalian dapat juga mendoakan agar aku dimurahkan rezeki lagi.... agar dapat pengganti dan pengubat duka kehilangan Damia..
amin....

Sunday, October 12, 2008

JOM SINGGAH! BLOG PUTERI UMNO MASJID TANAH :- http://pu3masjidtanah.blogspot.com

Pada persidangan semalam, Puteri Umno Masjid Tanah turut membuat pelancaran blog yang telah disempurnakan oleh YB Dtk Wira Abu Seman b.Yusof , ketua Bahagian Masjid tanah. Jadi, saya mengalu-alukan rakan-rakan untuk singgah dan memberi komen. Terima kasih.

SELESAI SUDAH PERSIDANGAN MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI MASJID TANAH.





Alhamdulillah puteri umno masjìd tanah telah selesai mesyuart dengan lancar dan baik sekali. Perubahan baik yang paling ketara adalah di kalangan para perwakilan sudah ramai yang berani bersuara,melontarkan pandangan.kupasan idea dan pandangan mereka juga amat baik dan mendapat pujian. Apapun, saya ingin ucapkan ucapan penghargaan kepada semua ajk yang telah banyak membantu. Selamat berjuang!

Friday, October 10, 2008

KEPUTUSAN PENCALONAN KPUM DAN NAIB KPUM MASUK HARI KE-2 MESYUARAT PERWAKILAN.

Salam buat semua, hari ni masuk hari ke2 mesyuarat pergerakan Puteri bahagian-bahagian. Nampak gaya masing-masing agak sibuk menguruskan mesyuarat bahagian , tidak lupa juga masih juga ada yang sempat buat rumah terbuka. Di kesibukan ini, sempat juga saya mengemaskinikan pencalonan bagi Pergerakan Puteri Malaysia. Setakat petang ini pencalonan adalah seperti berikut:

1)besut: kpum: Dato shahaniza
Naib kpum: Nolee ashilin
2)langkawi: -sda-
3)keningau:-sda-
4)kudat :-sda-
5)kuala kedah:-sda-
6)pokok sena:-sda-

7)pdg serai : kpum: Bibi sharliza
Naib kpum:shahanim
8)Baling:-sda-

9)tumpat:kpum :Rosnah shirlin
Naib kpum:nordiana shafie
10)ketereh :KPUM:Rosnah Shirlin
Naib kpum:haslinda zerain
11)Sipitang:Kpum:Rosnah shirlin
Naib kpum:Nolee ashilin

4 bahagian lagi akan bermesyuarat malam ini. Iaitu Tasik Gelugor,cheras, shah alam & beruas. Oklah, saya tak dapat menulis banyak. Hari hujan dan saya menggunakan hp sahaja untuk internet ni. Jumpa lagi.

Thursday, October 9, 2008

MESYUARAT PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN TELAH BERMULA...

Pagi ini menyaksikan Bahagian Sandakan, Sabah menjadi bahagian yang pertama di dalam Malaysia yang bermesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian-bahagian. Saya mendapat maklumat Jam 9.30pagi telah selesai semuanya. Tahniah dan syabas pada kak Noraini Sulong yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri Bahagian selama ini. Ini adalah saat-saat yang terakhir beliau bersama Puteri UMNO. Tahniah juga diucapkan pada Ketua Puteri Bahagian Sandakan yang baru dipilih (Menang tanpa Bertanding @ MTB). Mesyuarat Perwakilan ini juga menyaksikan pencalonan Ketua Puteri Malaysia yang pertama buat YB Dato shahaniza dan Naib Ketua Puteri Malaysia : YB Nolee Ashilin.

Bahagian-bahagian yang turut bermesyuarat pada hari ini juga pada hari ini ialah Bahagian Pensiangan(Sabah)(Pencalonan KPUM : Dato Shahaniza,Kimanis (sabah)(Pencalonan KPUM: YB Rosnah), Padang Terap (kedah)-sedang bermesyuarat lagi ketika ini), Padang Rengas (Perak)-Malam ini dan akhir sekali Bahagian Machang (Kelantan) Pencalonan KPUM kepada Dato Shahaniza.

Setakat ini sahaja maklumat yang saya perolehi dari rangkaian sahabat-sahabat seluruh negara. Nanti kalau ada maklumat tambahan nanti saya akan maklumkan di di dalam blog ini. Harapan saya agar segala persidangan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-bahagian akan berjalan lancar.Kita hormati segala keputusan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat. Juga ini bukanlah medan pertempuran untuk mengukur kehebatan.Saya juga dengan rendah dirinya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya juga ingin bekerja dan komited lagi dengan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Banyak komitmen yang perlu diberi bagi membantu memperkukuhkan parti UMNO ini khususnya di kalangan sayap orang Muda. Saya juga sedar walaupun kini bukanlah masa yang terbaik buat UMNO . Pada waktu ini kita perlu bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memulihkan kembali semangat dan keutuhan Parti UMNO yang kita sayangi ini..

Buat semua sahabat-sahabat Puteri seluruh Negara, Selamat Bersidang!!!

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan presiden UMNO pada pemilihan UMNO nanti.

Selepas mempengerusikan majlis mesyuarat tertinggi BN , Pak Lah telah umumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti pada pemilihan Parti UMNO ini nanti. Ini adalah 1 contoh proses peralìhan kuasa yang agak lancar saya kira. Ini juga satu petunjuk bahawa Pak Lah dan ada ramai juga pemimpin UMNO mengamalkan sikap toleransi yang membawa kepada persefahaman dalam perjuangan parti yang mana matlamatnya ke arah menstabilkan keadaan politik tanahair kini. Begitu juga dengan keputusan bagi pengganti kepada Perdana Menteri akan dibuat pada Mac ini kepada siapa yang memenangi Jawatan Presiden Parti ini nanti.apapun kita tau, Bukan mudah keputusan yang dibuat oleh Pak Lah ini. Tetapi, saya yakin dan percaya bahawa ramai yang menghargai dengan keputusan ini. Mungkin ini jalan dan keputusan yang terbaik..

Gambar sewaktu rumah terbuka Dato Shahaniza Adun kuala Sentul, bersama dengan ketua Puteri Pahang 7.10.08


Maaf buat sahabat-sahabat puteri bahagian.


Semalam saya dihubungi oleh kak rini. Katanya nak datang berhari raya di rumah. Saya masa tu dalam perjalanan nak ke Pahang. Tapi bila dicongak masa, sempat saya sampai rumah jam 8malam nanti. Tp tepat jam 6.30pm , saya dapat maklumat abah dimasukkan ke wad di hospital Putra. Saya terus hubungi shbt puteri untuk tangguhkan hasrat untuk berjalan raya .saya perlu ke hospital dengan segera bila tiba di melaka nanti. Mana tidaknya. Abah tidak pernah masuk wad . Terkejut rasanya. Terkilan saya tidak dapat menguruskan kemasukan abah ke hospital. Saya juga ingin minta maaf buat kawan-kawan puteri yang telah bersiap-siap ke rumah saya semalam. Apakan daya. Di luar kuasa kita. Abah dalam masa sebulan telah hilang lebih 10kg. Darah tinggi tiada.begitu juga dengan kencing manis. Sekarang ni saya di klinik. Sedang tunggu pemeriksaan doktor. Harapan saya, agar keadaan abah tidak ada apa-apa..doa saya untuk abah agar cepat sembuh... Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...